Pages

Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa

Anda pernah sembelit? Rasanya majority pernah mengalaminya kan..Tetapi malu nak cerita. Biasalah kan kalau melibatkan kawasan sulit memang agak berat untuk kita menceritakan kepada orang lain.

Malangnya kita lebih cenderung untuk menahan sakit akibat masalah sembelit tersebut daripada menceritakan masalah ini untuk mendapatkan rawatan. Ramai yang pandang ringan jika mengalami sembelit. Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa?


Sembelit adalah masalah yang biasa bagi ramai orang. Ia nampak macam simple tapi sangat memeritkan kepada pesakit yang menghidapnya.

Sembelit berlaku apabila pergerakkan usus menjadi perlahan dan menyebabkan anda tu kurang ke tandas berbanding hari-hari biasa. Pergerakkan usus yang perlahan menyebabkan anda membuang air besar lebih lama dari kebiasaannya. Anda mungkin terpaksa meneran, najis keras seperti batu dan bersaiz kecil dan rasa seperti tidak lawas.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Punca sembelit

Antara punca sembelit ialah:

🍀 Kurangnya minum air
🍀 Kurang pengambilan serat
🍀 Perubahan corak pemakanan
🍀 Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh
🍀 Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
🍀 Pengambilan ubatan tertentu
🍀 Masalah saraf dan otot dalam sistem penghadaman
🍀 Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia
🍀 Tekanan

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.


Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.


Bahaya Sembelit

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus..


Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.
Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Cara-cara untuk merawat sembelit

🍀 Minum banyak air

-Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. Mestilah air kosong paling bagus. Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit.

-Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksindaripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.

🍀 Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari.


-Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

🍀 Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian

-Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari.
-Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune.

🍀 Makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

-Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

🍀Anda juga boleh mengambil suplemen seratselain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah.

-Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

-Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

🍀 Bersenam

Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

🍀 Guna tandas cangkung

-Jangan pandang remeh benda ni. Tandas cangkung lagi bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.

-Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

🍀 Minyak Zaitun (Olive Oil)

-Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit juga tau. Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong.

🍀 Jus lemon

-Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat detoks jugak


Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa Dengan SHAKLEE


Selain dari cara-cara di atas , SHAKLEE juga ada beberapa produk untuk membantu mengatasi masalah sembelit.

1)HERBLAX
Terdiri daripada 9 herba semulajadi. . Semuanya dari sumber semulajadi .Tak de langsung ubat sintetik dari bahan kimia tau

Herblax bukan sahaja membantu merawat sembelit. Tapi ia juga bertindak mendetoks badan kita dari segala toksin yang terkumpul di dalam usus dan perut akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang.

Kandungan Herblax:-

🍀Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
🍀Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
🍀Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
🍀Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
🍀Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
🍀Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.
🍀Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
🍀Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
🍀Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Kebaikan Herblax

🍀 Pembersihan najis yang tersekat.
🍀 Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
🍀 Membantu masalah sembelit.
🍀 Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
🍀 Mengempiskan perut.
🍀Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
🍀Memudahkan fungsi usus.
🍀Menghilangkan jeragat.
🍀Mengurangkan bau badan


Siapa yang perlu HERBLAX?
🍀Pengamal tegar ubat tahan sakit.
🍀Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit .
🍀Mereka yang banyak jerawat.
🍀Pesakit gout.
🍀Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen



2) OSTEMATRIX

Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Apa Peranan Ostematrix Dalah Set Sembelit Shaklee?

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.


Kalsium dan magnesium yang meransang pergerakan peristalsis pada dinding usus, menguatkan saraf dan otot dinding usus supaya lebih sensitif dan peka kepada signal 'membuang' daripada otak.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancer.

**Ibu hamil yang menghadapi masalah sembelit disyorkan untuk mengambil Ostematrix..calcium yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, Boron dan Vitamin D.

Bagi ibu hamil, Magnesium dalam Ostematrix membantu melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya dan selamat untuk ibu hamil… Badan lebih bertenaga dan rasa lebih ringan tubuh untuk bangun pagi.**



3)ALFAFA COMPLEX




Sejenis tumbuhan herba yang memiliki gred yang paling tinggi,kaya dengan klorofil dan khasiat pelbagai nutrisi seperti:-
🍀protein
🍀asid amino
🍀klorofil
🍀serat
🍀fitokimia
🍀10 vitamin
🍀8 enzim
🍀15 zat galian
    Merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang bebas daripada racun serangga dan hanya menggunakan baja kompas yang bebas daripada bahan kimia.

    Pengambilan 10 biji tablet alfalfa bersamaan dengan segelas susu segar.
    Alfalfa membekalkan zat galian yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain.

    Ia adalah sejenis makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghapuskan toksin, mencuci hati, darah dan usus serta mencantikkan kulit dan otot.

    Alfalfa juga baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti sebu, kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit selain boleh menghapuskan kolesterol jahat.


    4)LECITHIN


    Bertindak sebagai pelembut najis, memecahkan molekul lemak dan minyak yang tersumbat dalam salur usus penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.


    TESTIMONI 1


    TESTIMONI 2



    TESTIMONI 3




    Masalah sembelit, jika di biarkan berlarutan, berkemungkinan boleh menyebabkan kanser usus atau kanser kolon. Nauzubillah mintak dijauhkan dari segala penyakit merbahaya. Bertindak segera untuk mencuci segala kekotoran dalam usus.


    Dengan set ini, bukan sahaja perjalanan ke tandas menjadi lancar, tapi juga boleh kempiskan perut yang buncit akibat mendakan kotoran, lemak, dan toksin pada organ perut dan usus. ALL IN ONE gitu..


    Jika anda berminat untuk order bolehla whats up saya


            whats app LIZA 012-3645895
    @
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin


    ATAU

    Anda juga boleh order secara online di website Shaklee di sini

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ce6771b7c1f859f5f56119792ae868d4


    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



    Tips Menjaga Luka Bersalin Caeser Dengan Berkesan

    Anda bersalin secara normal atau pembedahan? Alhamdulillah saya bersalin normal. Ramai juga dikalangan kenalan saya bersalin secara pembedahan atau ceaser. So hari ni saya nak kongsikan Tips Menjaga Luka Bersalin Caeser Dengan Berkesan.

    Pembedahan caesarean (juga dikenali sebagai c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan.



    Pembedahan ini adalah pembedahan besar yang paling biasa di kalangan wanita.

    Kenapa Pembedahan Caesarean Dilakukan?

    Pembedahan caesarean dilakukan kerana ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal.

    Terdapat 2 keadaan yang menyebabkan pembedahan itu dijalankan. Jika ibu menghidap darah tinggi dan diabetes semasa kehamilan, selain saiz bayi dalam kandungan terlalu besar, caesarean dilakukan secara pilihan.

    Kaedah caesarean turut dilakukan bagi mengurangkan risiko ibu mengalami keguguran, mandul dan masalah uri rendah. Pembedahan caesarean akan dilakukan secara kecemasan jika bayi lemas dan ibu menanggung sakit bersalin yang terlalu lama.

    Tulang punggung ibu kecil manakala bayi terlalu besar, dan laluannya dikhuatiri tidak muat.

    Ibu tidak boleh meneran atau tidak dapat mengatasi tekanan semasa kelahiran kerana sakit, koma atau pengsan dan sebagainya.

    Pintu rahim tidak boleh terbuka walaupun sudah di induce (poor progress).

    Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan sebagainya.

    Bayi songsang – dibimbangi semasa bersalin kepala bayi tidak dapat keluar.

    Bayi lemas – bayi berak dalam perut, lemas, jantung bayi berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Apabila itu berlaku, pembedahan kecemasan perlu dibuat ketika itu juga bagi menyelamatkan bayi.


    Apa itu luka caesarean?



    a. Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

    b. Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali. Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

    c. Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

    Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina.


    Tips menjaga luka bersalin Caeser Dengan Berkesan


    Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa.

    1. Membuat pergerakan diawal pembedahan


    -Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku.

    2. Makan makanan berzat dan seimbang

    Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.


    Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan

    Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

    3. Minum air secukupnya


    Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan.


    Untuk saya yang telah melahirkan 2 orang anak , sewaktu berpantang saya memang minum banyak air lagi bila kerap menyusu akan terasa cepat haus.

    Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan.

    Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

    4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional


    Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.

    Anda perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

    5. Makan pil penahan sakit

    Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

    6. Menyusu badan secara eksklusif

    Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

    7. Pastikan luka kering dan bersih

    Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

    Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:

    • cuci luka ketika mandi

    • keringkan luka dengan pengering rambut

    • sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung


    8. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa.

    Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.

    Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

    Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.

    Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

    9. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.

    Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

    10. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

    11. Pakai bengkung


    Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.

    Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

    Jika anda ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

    • letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka


    12. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

    Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

    13. Dapatkan bantuan ahli keluarga

    Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.


    Jangan pandang remeh pada Tanda-Tanda amaran atau serius selepas ceasarean


    1. Demam berterusan.

    2. Sakit pada tempat luka

    3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

    4. Keluar nanah dari tempat luka

    5. Tanda kemerahan pada sekitar luka

    6. Keluar air jernih dari tempat luka

    7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak

    8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


    Tips menjaga luka bersalin Ceaser Dengan Berkesan menggunakan SHAKLEE



    Vivix

    Salah satu jenis Polyphenol, yang dipanggil Resveratrol, memang sangat bagus, dalam ujian makmal membuktikan DNA lebih kuat dari kerosakan dengan mengamalkan resveratol. Wanita yang bersalin, bila ambil vivix, luka akan cepat sembuh

    Ostematrix

    Membantu menghilangkan lenguh-lenguh otot

    Ostematrix juga sangat bagus untuk atasi masalah sembelit. Magnesium di dalam Ostematrix Shaklee membantu menarik air ke dalam usus yang seterusnya bertindak untuk melembutkan najis bagi mengelakkan berlakunya sembelit





    B-Complex

    Membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses bersalin

    Bertindak sebagai anti stress dan menjadikan ibu lebih tenang


    Sustained Release Vitamin C


    Membantu menyembuhkan luka jahitan dan memulihkan tisu yang rosak selepas bersalin.


    Membantu tubuuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh.


    Penting dalam membentuk kolegen untuk kesihatan dan kecantikan kulit.


    Vitalea Iron Formula

    Melengkapkn vitamin harian dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh.

    Membantu pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk badan kembali cergas.

    Zinc Complex

    Penting dalam membaiki luka pembedahan dan luka dalaman

    Membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zinc melalui penusuan susu ibu.


    TESTIMONI

    Ikuti pengalaman testimoni ini



    Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar!







    Dengan Set Bersalin Caesar Shaklee ini, ia dapat mambantu ibu-ibu agar lebih selesa semasa berpantang dan mengurangkan risiko-risiko selepas bersalin seperti :

    🍀 Kesakitan dari pembedahan
    🍀 Trauma bersalin kerana kesakitan melahirkan
    🍀 Badan tidak selangsing dahulu
    🍀 Sembelit
    🍀 Keguguran rambut
    🍀 Kuantiti susu badan yang sedikit

    Jika anda berminat untuk order whats up saya




    whats app LIZA 012-3645895
    @
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895
    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin




    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.






























    Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin Dengan Semulajadi

    Sembelit selepas bersalin atau semasa berpantang adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan kaum-kaum ibu yang baru melahirkan anak. Personally saya juga tak terkecuali mengalaminya.. Sembelit selepas bersalin membuatkan kita rasa takut dan fobia untuk membuang air besar. Takut untuk meneran kerana risau kan luka jahitan yang masih baru.


    Jangan tak percaya kalo saya katakan ada ibu yang menjadi fobia dan serik untuk bersalin lagi hanya semata-mata mengalami pengalaman sembelit yang teruk semasa berpantang.Saya ingin kongsikan Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin Secara Semulajadi.

    Normal ke sembelit selepas bersalin?

    Adalah perkara yang normal jika anda tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi. Kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan.

    Di hospital, anda mungkin tidak rasa hendak membuang air jika anda diberi enema semasa peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh membuang air besar:

    Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit.

    Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

    Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah.

    Punca-Punca Sembelit

    🍀 Melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;

    🍀 Mengambil pil zat besi yang boleh menyebabkan sembelit;(tetapi bukan kalsium magnesium)

    🍀 Mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan diman luka bersalin anda memerlukan jahitan (bagi yang bersalin normal)

    🍀Kurang minum air, biasanye ketika berpantang kita berbengkung kadang kite sudah berbengkung kemungkinan kita malas untuk membuka bengkung.

    🍀 Pengambilan jamu atau akar kayu yang brsifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, sekaligus menyebabkan sembelit.

    🍀 Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’.

    -Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

    🍀Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.

    🍀 Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

    🍀Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

    Faktor-faktor masalah sembelit kepada ibu selepas bersalin

    Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

    Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
    Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

    Sakit ke membuang air besar selepas bersalin?

    Perasaan takut untuk membuang air besar mungkin membuatkan masalah ini lebih teruk. Kegusaran boleh membuat anda mengetatkan otot, bukannya mengendur dan membukanya. Cuba alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

    Jika anda dikenakan jahitan, jangan bimbang kalau-kalau ia akan terkoyak apabila anda membuang air besar. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak membuang air besar kerana sembelit akan meregangkan lantai pelvis anda.

    Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin

    1) Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.


    2) Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.


    3) Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.

    4) Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.

    5) Sesetengah doktor akan membekalkan ubat julap atau pelembut najis apabila anda keluar daripada hospital.


    6) Mula makan dan minum dengan kerap sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

    7) Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari.

    8) Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring untuk jangka masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

    9) Lipat sekeping tuala wanita yang bersih menjadi dua, dan pegang berhampiran perineum anda atau melitupi jahitan, dari arah hadapan. Ini membantu menyokong lantai pelvis anda. Ia juga membantu anda merasa yakin bahawa jahitan anda tidak akan terbuka (ini tak akan berlaku!).

    -Apabila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila membuang air besar. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah semasa anda meneran.

    10) Ketika membuang air besar ,posisi mirip mencangkung. Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung. Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki. Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.






    Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin  
    Secara Semulajadi dengan SHAKLEE


    Ostematrix

    Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

    Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.

    Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

    Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.

    Kalo nak lagi best amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE

    TESTIMONI



    “Alhamdulillah, selamat bersalin 3 Feb 2012 baru nie. Hari nie genap 6 hari berpantang, dan 6 hari gak saya dah mula makan set berpantang shaklee + makan OsteMatrix cegah sembelit.. Saya tak sembelit langsung, jahitan tak rasa sakit sangat dan luka nampak cepat sembuh dari dulu.”


    TESTIMONI

    Jom kita saksikan video ni , tiada lagi fobia sembelit selepas bersalin..





    Seksanya sembelit hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu. Untuk order :-


    whats app LIZA 012-3645895

    @

    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin

    ATAU

    Anda terus boleh order online melalui website Shaklee




    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ba91c53141a643c6e46492fc64d8eebb


    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


    Kembali Kurus Dan Sihat Selepas Berpantang

    Sesudah bersalin ibu2 akan menghadapi tempoh berpantang selama 44 hari. Walaupun sesetengah pihak memandang ringan ketika berpantang tetapi di zaman serba moden ini masih ramai ibu2 mengambil berat ketika berpantang.Tersilap langkah boleh menyebabkan meroyan.
    Menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat mencabar buat ibu terutama sekali bagi yang pertama kali melahirkan anak.

    Penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan juga naik turun tahap kesihatan. 

    Pada pengalaman saya berpantang antara waktu yang paling seronok dan boleh juga kadang2 menguji kesabaran .Di sini saya akan kongsikan, mudah-mudahan memberi manfaat kepada kita semua bagaimana cara untuk ibu2 Kembali Kurus Dan Sihat Selepas Berpantang

    Kebanyakan wanita yang baharu melahirkan anak akan berasa tertekan untuk mendapatkan semula bentuk badan ramping. Ia merupakan cabaran paling sukar selepas melalui kesukaran dan kesakitan bersalin.

    Sebenarnya tidaklah sesusah mana jika anda mempunyai disiplin yang tinggi dan azam yang kuat untuk kembali langsing. Yang pasti, anda perlu patuh kepada cara-cara berpantang ini untuk mencapai impian tersebut.

    🍀 Pakai bengkung

    Jangan malas memakai bengkung sepanjang berpantang! Lagi baik kalau boleh diteruskan lebih daripada 40 hari tempoh berpantang anda. Memakai bengkung dengan kemas dan ketat membantu mengembalikan bentuk badan dengan cepat serta mengekalkan posisi yang baik ibu selepas bersalin.

    Ia juga dapat mengelakkan ibu masuk angin serta memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor. Bengkung sangat berkesan membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak yang banyak di bahagian paha, punggung dan perut. Jadi, bagi yang belum bersalin pastikan bengkung masuk dalam senarai barang wajib beli!


    🍀 Berparam

    Biasanya ibu moden zaman sekarang memang malas hendak pakai param semasa berpantang. Katanya rimas! Tetapi tahukah anda, kesan memakai param sangat menakjubkan.

    Param adalah sejenis campuran herba yang bertujuan untuk memanaskan badan. Biasanya param disapu di seluruh badan terutama perut yang buncit. Ia memang bagus untuk ibu lepas bersalin yang perlu sentiasa dalam keadaan panas.
    Sekarang set param ada dalam bentuk losyen yang lebih memudahkan ibu memakainya berbanding bentuk serbuk dan perlu dibancuh. Jadi, tiada alasan lagi ya!



    🍀
    Bertungku


    Ini lagi satu amalan berpantang yang memang sedap dilakukan tetapi ramai lagi yang malas hendak buat. Bertungku dikatakan dapat membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan kesegaran badan.

    Kini ada bermacam tungku moden yang memudahkan ibu menggunakannya sepanjang berpantang. Bertungku perlu dilakukan selama sejam atau sekurang-kurangnya setengah jam sepanjang berpantang.


    🍀
    Sentiasa dalam keadaan hangat




    Memakai stoking memang sinonim dengan ibu berpantang. Tujuannya untuk memastikan ibu sentiasa dalam keadaan hangat. Ini kerana ibu lepas bersalin tidak boleh dalam keadaan sejuk kerana dibimbangi akan mengalami bentan.

    Dengan memakai stoking, berbaju lengan panjang dan berbaju sejuk, ia dapat membantu ibu kekal hangat dan berpeluh. Jangan sekali-kali makan dan minum makanan dan minuman yang berais ya.


    🍀
    Bersauna

    Okey yang ini memang seronok dilakukan. Ia memang akan membuatkan badan terasa segar kembali. Sauna akan membuatkan pengaliran darah lebih lancar, badan kembali bertenaga dan dapat memecahkan lemak-lemak yang berkumpul dalam badan kerana ibu akan berpeluh dengan banyak sekali ketika bersauna.


    🍀
    Berurut


    Urutan yang betul dapat melancarkan pengaliran darah, memulihkan kekejangan otot, memecahkan lemak dan membuang angin. Badan menjadi lebih segar dan bertenagan serta mengurangkan kelesuan.

    *Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan, urutan di sekitar perut hanya boleh dilakukan selepas 6 bulan melahirkan kerana luka pembedahan belum sembuh sepenuhnya sehingga tempoh 6 bulan. (ini bukan kenyataan suka-suka) Dapatkan khidmat nasihat doktor dan bidan sebelum berurut, Bidan juga menyarankan tempoh 6 bulan adalah terbaik untuk memastikan luka jahitan benar-benar sembuh. Namun begitu urutan di tempat selain luka jahitan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja*

    🍀 Menyusukan bayi

    Bayi memerlukan antara 300 hingga 500 kalori sehari. Dia akan mengambil kalori yang diperlukan itu daripada lemak-lemak dalam badan ibu ketika menyusu. Jadi, tak sempatlah lemak ibu hendak membiak.


    🍀 Jaga makan
    Jangan makan sebarangan! Pastikan anda berdisiplin makan makanan orang berpantang. Jangan pantang nampak makanan! Makanan berpantang yang lebih kepada cara memasak kukus, panggang, bakar dan tanpa minyak sememangnya menyihatkan dan membantu ibu kembali kurus dengan cepat.

    Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.


    🍀 Mandi air rebusan (ini paling saya suka)




    Kehebatan pokok-pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat-sangat membantu.

    Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membantu menenangkan badan dan fikiran.

    Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mandian herba : -

    Sintok
    Daun mengkudu
    Serai wangi
    Daun pandan
    Daun sireh

    Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum pada badan.

    Jika sukar untuk sediakan air rebusan daun herba, boleh juga pek uncang atau serbuk daun herba di kedai-kedai jamu.


    Pantang Larang Ketika Berpantang

    1. Di larang Tidur Tidak Berbantal
    Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seseorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

    2. Memakai Sarung Kaki (Stokin)

    Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan di masuki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah.
    Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

    3. Jangan Duduk Mencangkung
    Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

    4. Mandi Duduk Di Bangku

    Ketika mandi hendaklah duduk di bangku. Ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan.
    Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

    5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
    Jika tidur hendaklah kaki dirapatkan. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

    6. Jangan Terlalu Aktif
    Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu.
    Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga.
    Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

    7. Jangan Makan Ubi-Ubian
    Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut.
    Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu berjangkit kepada anak.

    8. Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik  Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik. Ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit.
    Lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

    9. Jangan Tidur Waktu Senja
    Ibu-ibu yang baru bersalin, di larang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran.
    Jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

    10. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
    Ibu-ibu dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

    11. Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
    Ibu-ibu dalam pantang di larang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

    12. Ibu Jari Kaki Tidak Boleh Terhantuk

    Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terhantuk.
    Pada satu-satu tempat, jika terhantuk, boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

    13. Cara Mandi
    Ibu-ibu selepas bersalin, hendaklah mandi dengan cara duduk di bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

    Sebelum mandi, hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih bagi menyembuhkan luka-luka selepas bersalin.

    Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.
    Ratakan air di seluruh badan jangan sampai menggigil dan kesejukan.
    Mandi pada setiap pagi dan petang.
    Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

    14. Cara Berbaring / Tidur
    Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah di larang bagi ibu-ibu di dalam pantang.
    Tidur dengan bantal tinggi adalah digalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

    Amalan-amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh, bertujuan untuk memeliharakan kesihatan dan kewanitaan perempuan Melayu.

    Kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. 

    Selain dari cara-cara berpantang yang dinyatakan di atas, SHAKLEE juga mempunyai rangkaian produk untuk di ambil ketika berpantang.

    ESP Soy Protein Isolate Powder


    🍀 Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.

    Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)


    🍀 Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu.

    🍀Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah.
    Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.

    Vitamin C


    🍀Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian.
    Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin.

    🍀Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit.
    Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

    Alfalfa


    🍀Raja segala tumbuhan
    🍀Membantu meningkatkan imunisasi
    🍀Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.
    🍀Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu


    Omega Guard

    🍀Boleh mengurangkan kemurungan bagi ibu yang berpantang
    🍀Boleh mengurangkan sakit kepala
    🍀Boleh mengekalkan tekanan darah normal- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak.

    Ostematrix


    🍀Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit.
    🍀Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang.
    🍀Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak.
    🍀Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang. 

    Vitamin B-Complex



    🍀Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang.
    🍀Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.


    Zinc




















    Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut.

    Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

    Kesemua suplemen di atas adalah dicadangkan kepada ibu-ibu semasa menjalani proses berpantang.Sebaik-baiknya ambillah full set untuk kesan yang maksimum demi menjaga dalaman badan kita. Tapi terpulang pada bajet masing2.. kan


    TESTIMONI

    Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
















    Doktor dan Pakar Perubatan menyarankan agar ibu-ibu berpantang mengamalkan pengambilan vitamin sepanjang proses pemulihan berpantang tidak kira samada bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan.

    Petikan Dari Doktor Pakar Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat :

    “Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”



    Ramai wanita Melayu bersedia dan mahu mengikuti pantang dan kekangan yang menjadi sebahagian daripada tradisi selepas bersalin yang diwarisi turun-temurun. Dikatakan bahawa wanita yang benar-benar mengikuti amalan berpantang tradisional Melayu ini akan mendapat semula bentuk badan sebelum bersalin, tahap kesihatan dan kecergasan, serta rupa paras yang menawan.

    Ditambah pula mengambil suplimen tambahan menggunakan bahan semulajadi yang telah di modenkan dalam bentuk tablet

    Kesimpulannya, hendak cantik dan langsing mestilah kena berkorban dan berdisiplin. Jangan malas buat semua itu kemudian 'KOMPLEN' kenapa badan bagai dipam-pam selepas bersalin.



    whats app LIZA
    012-3645895
    @
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin


    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.