Pages

Makanan Dan Resepi Penambah Darah Bagi Ibu Hamil

Pernahkah kita terfikir adakah makanan yang kita makan setiap hari merupakan makanan yang cukup nutrisi yang di perlukan oleh badan kita atau tidak? Antara punca berlakunya kekurangan darah ialah kekurangan 4 nutrisi penting dalam penghasilan darah dalam badan kita iaitu Asid Folik, Vitamin B12, Vitamin C dan Zat Besi.

Bagaimana pula ibu hamil yang mempunyai masalah anemia atau Hb rendah? Pastinya ibu-ibu risau memikirkan macammana caranya untuk meningkatkan Hb rendah. Di sini saya akan kongsikan Makanan Dan Resepi Penambah Darah.

Jenis-Jenis Makanan Tambah Darah

Tanpa kita sedari sebenarnya makanan untuk tambah darah @ meningkatkan Hb boleh di hidangkan dalam sajian seharian kita.


Ikan




Ikan mengandungi asid lemak Omega-3. Antaranya seperti  Ikan Salmon. Ia  boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung .Ia mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterolnya.


Bagi anda yang menggemari telur ikan pula, ini berita baik untuk anda! Telur ikan juga mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.


Daging Merah


Berbanding dengan daging putih dalam ayam , daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko pada jantung.

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil.


Tembikai




Tembikai merupakan  salah satu makanan yang dapat membantu menambah darah . Buah ini kaya dengan vitamin A.

Vitamin A terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.


 
Jambu Batu





Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren



Pisang




Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.


Buah Delima




Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


Buah-buahan Kering



Buah-buahan kering sangat sesuai sebagai makanan kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil.

Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.


Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi




Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah.

Selain itu roti jagung, bijirin penuh serat (whole grain), pasta, ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.

Oat memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna.


Kekacang Dan Bijian



Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol. Anda boleh memakan kekacang sebagai snek atau kudapan.

Antaranya kekacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan, sehingga dapat mebantu menaikkan tekanan darah. 
*pastikan anda tidak mengalami sebarang alahan terhadap kekacang ini.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat bermanfaat. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandung 15 mg zat besi, iaitu 83% dari nilai anjuran harian.




Sayuran Berdaun Hijau




   




Sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan vitamin, zat besi dan asid folik semulajadi membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

Sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau seperti bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, dan sawi juga membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.

Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. 


Kerang




Kerang juga salah mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.


Telur


Telur yang bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.


Madu



Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, dan bukan yang tiruan atau diletakkan gula.
Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.


Kurma




Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma memang tidak dapat disangkal lagi. Ia juga dapat membantu memberi tenaga dan meningkatkan penghasilan sel darah merah.



Resepi Penambah Darah


Berikut ialah resepi cadangan jus bagi menambah kuantiti darah dalam badan anda, terutamanya ibu mengandung.



Jus Daun Ketumbar



Daun ketumbar ni kebiasaanny dimasukkan didalam masakan kan? Daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.

Bahan-bahan :

1 ikat daun ketumbar
1 biji timun
1 biji epal hijau atau buah oren
1/2 biji perahan lemon

Cara- cara :

Basuh bersih dan masukkan bahan-bahan diatas ke dalam  juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.


Jus Bayam, Ubi Bit dan Beri



Jus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini.


Bahan-bahan :

1 cawan buah beri merah
3 biji radish kecil (sejenis lobak)
2 genggam bayam
1 biji ubi bit
1/2 biji perahan lemon

Cara-cara:

Basuh bersih dan masukkan bahan-bahan diatas ke dalam  juicer atau pengisar.Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari.

Jus Ubi Bit
 



Ubi bit antara tumbuhan yang juga kaya dengan zat besi, manakala lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah.


Bahan-bahan :

4 saiz sederhana ubi bit merah
4 biji lobak merah
1/2 biji lemon
2 sudu masak yis


Cara-cara:

Basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.



Dapatkan Nasihat Doktor

Rujuklah kepada pakar sekiranya anda berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini.

Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang.

Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan di atas.


Suplimen Tambahan

Selain daripada pengambilan makanan yang berkhasiat seperti di atas, pastikan anda meminum air kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas. Elak atau kawal pengambilan kafein dan makanan rapu yang berlebihan.

Jika bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut rutin yang telah ditetapkan atau boleh juga ikhtiar dengan suplimen tambahan produk hebat dari Shaklee yang sememangnya di luluskan oleh KKM, halal, dan semulajadi.

Rujuk Petua Atasi Hb Rendah Ketika Hamil

Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Alhamdulillah dan tahniah anda hamil. Namun apabila hamil perkara yang biasa menjadi topik perbualan hangat antara ibu-ibu adalah mengenai HB..tinggi ke , rendah ke, maintain ke? Betul kan?




Hb rendah ketika mengandung bukanlah perkara yang luar biasa namun ia sama sekali tidak boleh di pandang enteng. Saya yakin ramai di kalangan  ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama . Adakah penurunan Hb ini membawa petanda positif atau negative? So harini suka untuk saya kongsikan Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil.

HB (hemoglobin) tu apa ye?

Hemoglobin atau HB merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk di angkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan.




Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin pula kebiasannya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Aras normal adalah :-

1 - Baru lahir : 17-22 gm/dl
2 - Usia seminggu : 15-20 gm/dl
3 - Usia sebulan : 11-15gm/dl
4 - Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
5 - Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
6 - Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
7 - Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
8 - Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl


Apa itu anemia atau kurang darah?




Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Lazimnya kita mengenali sebagai "kurang darah" atau HB rendah .

Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil pasti akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Apabila ibu hamil dikesan mengalami masalah Anemia, ia bermaksud darah tidak berupaya membawa bekalan oksigen yang cukup untuk keperluan fungsi tubuh.

Tanpa oksigen yang mencukupi, sel tisu dan organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan baik seperti yang sepatutnya.

Anemia perlulah di atasi sebaiknya dengan segera, jika tidak, risiko atau komplikasi berpanjangan kepada bayi yang dikandung.


Apakah Punca Hb Rendah?





Menurut Dr Jumeah Shamsudin, pakar perbidanan dan sakit puan DEMC Specialist Hospital, ibu  hamil yang mengalami anemia sering keletihan, tidak bermaya, mudah berasa penat dan sentiasa mengantuk .

Salah satu punca Hb rendah adalah kerana kekurangan nutrisi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang dan lemahnya penyerapan nutrisi dalam tubuh.

Hb rendah kebiasanya menunjukkan badan anda kekurangan nutrisi berikut :


1- Kurang zat besi (iron)







Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. . Ia mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.


2- Kurang Vitamin B12







Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Ibu hamil yang tidak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.



3-  Kurang Asid Folik (vitamin B9)





Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya akan menyebabkan badan gagal menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Ibu hamil diwajibkan mengambil asid folik kerana kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.


Risiko kekurangan Hb






Risiko Kepada Bayi:


- Keguguran.
- Bayi meninggal di dalam kandungan.
- Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir.
- Bayi menghidapi anemia.
- Bayi  menghidapi lewat perkembangan.
- Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.


Risiko Kepada Ibu

- Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat.
- Kemurungan selepas bersalin.
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Mudah mendapat jangkitan.
- Kematian ibu


Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil Dengan Shaklee

Hb rendah janganlah di pandang sebelah mata. Ia melibatkan nyawa seandainya tidak di atasinya dengan baik.


Empat produk ini merupakan asas dalam set kehamilan Shaklee. Ia ada inisiatif bagi membantu anda untuk mengatasi masalah Hb rendah semasa mengandung iaitu :-


Vitalea with Iron Formula 


-Mengandungi 28 Multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.


Sustained Released Vita C Plus




-Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan


B Complex 


-Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B12 dan folat. Membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.


Ostematrix


-Membekalkan keperluan kalsium,magnesium dan vitamin D kepada ibu. Sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu yang sering mengalami sengal-sengal badan, kejang kaki atau cramp, sukar tidur malam, dan sembelit sangat digalakkan untuk mengambil ostematrix.


TESTIMONI 1

Jom tonton video di bawah , beliau kongsikan bagaimana beliau mengatasi Hb rendah.


TESTIMONI 1









Selain dari mengambil suplimen tambahan anda juga sangat di galakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Di sini juga saya ada kongsikan  Makanan Dan Resepi Penambah Darah




Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012-364 5895 klik saje di bawah ni:-


www.wasap.my/60123645895



ATAU


Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=09cf7074bd4cb67ef52bdb5e160a7002






Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Merawat Tulang Retak Dan Patah

Seram sejuk badan bila bercerita mengenai  tulang retak atau patah. Terlintas di fikiran boleh ke pulih seperti sedia kala. Teringat pula ketika anak lelaki saya patah tulang di sikunya akibat terjatuh ke dalam longkang.

Waktu tu saya belum mengenali Shaklee. Tetapi penyembuhan antara kanak-kanak dan orang dewasa tak sama ye. Kata doctor Orthopedik kanak-kanak lebih cepat sembuh berbanding dewasa atau orang yang lebih berusia.


Bagaimana Tulang Boleh Retak/Patah?


Keretakan /patah tulang boleh terjadi apabila berlakunya trauma seperti kecederaan sukan, kemalangan dan terjatuh. Keadaan seperti osteoporosis kebiasaannya bagi warga emas menyebabkan tulang retak / patah dengan lebih mudah, walaupun berlakunya trauma kecil dan jatuh boleh menjadi sangat serius.

Masalah tulang retak atau patah berlaku apabila daya yang dikenakan terhadap tulang lebih kuat daripada kesanggupannya daya oleh tulang tersebut.

Ini mengganggu struktur dan kekuatan tulang, dan membawa kepada kesakitan, kehilangan fungsi dan kadang-kadang pendarahan dan kecederaan di sekitar tapak. Tulang adalah sejenis tisu perantara, diperkukuh dengan sel-sel kalsium dan tulang.

Tulang mempunyai pusat yang lebih lembut, yang dipanggil sum-sum, di mana sel-sel darah dibuat. Fungsi utama rangka tulang ialah menyokong badan kita, membolehkan pergerakan dan melindungi organ-organ dalaman kita.


Bolehkan Tulang Retak / Patah Pulih?


Bagi pesakit yang mengalami tulang retak / patah umumnya perlu menunggu masa berminggu-minggu bahkan mungkin berbulan-bulan untuk mengembalikan kekuatan tulang seperti sedia kala sebelum patah.

Proses penyembuhan yang sempurna insyaAllah akan membolehkan tulang retak atau patah cepat sembuh dan pesakit kembali sihat seperti biasa malah tulang lebih kuat dan dapat berfungsi seperti sediakala.

Pentingnya pemulihan yang cepat dan sempurna bagi mengelakkan dari sebarang masalah lain seperti luka bernanah akibat jangkitan kuman, tulang sembuh dalam posisi yang salah dan tulang tidak bercantum dengan sempurna.

Menurut Dr. Zubaidi Haji Ahmad, proses penyembuhan tulang melalui 3 proses secara serentak iaitu berlakunya pembengkakan (inflamasi), penyingkiran sel-sel tulang yang rosak dan pembentukan semula tulang yang baru.




Proses pembengkakan mengambil masa beberapa hari. Pembekuan darah akan berlaku ditempat yang patah bagi memberikan kestabilan kepada struktur dan rangka awal tulang yang baru. Kemudian, sel-sel tulang yang rosak beserta darah beku tadi dikeluarkan bagi memberikan ruang kepada sel-sel tulang baru yang kuat dan kaya dengan kalsium.

Hakikatnya proses penyembuhan sebenarnya agak rumit. Tempoh penyembuhan berbeza mengikut individu atas beberapa faktor seperti tempat patah, usia pesakit, nutrisi pemakanan, wujudnya penyakit kronik yang melambatkan penyembuhan, dan lain-lain.

Jenis Keretakan Tulang


Terdapat beberapa jenis keretakan tulang. Bergantung kepada kekuatan dan arah daya, tulang tertentu yang terlibat, dan umur individu itu dan kesihatan umumnya. Keretakan tulang biasanya berlaku pada pergelangan tangan, pergelangan kaki dan pinggul.




Keretakan pinggul paling kerap terjadi pada individu yang lebih tua. Patah tulang pula mengambil masa 4-8 minggu , malah boleh mengjangkau berbulan-bulan lamanya  untuk sembuh, bergantung kepada umur dan kesihatan individu itu .

Komplikasi Patah Tulang 


Kehilangan darah - tulang mempunyai bekalan darah yang kaya. Satu patah buruk boleh membuat anda kehilangan sejumlah besar darah

Kecederaan kepada organ-organ, tisu atau struktur di sekitarnya - contohnya otak boleh rosak oleh keretakan tengkorak. organ dada boleh tercedera jika retak tulang rusuk

Pertumbuhan tulang terbantut
- jika tulang panjang kanak-kanak pecah berhampiran dengan sendi di mana plat pertumbuhan dijumpai.


Cara Merawat Tulang Retak Dan Patah Dengan Shaklee


Klik video di bawah :-



Suplimen untuk merawat tulang retak atau patah agar cepat sembuh ini akan memastikan nutrisi yang betul yang diperlukan oleh tubuh ketika dalam proses penyembuhan cukup , terutamanya bagi mereka yang lebih berusia, kekurangan nutrisi, ada penyakit sedia ada dan merokok.

Berikut adalah nutrisi penting yang perlu di ambil untuk membantu menyokong penyembuhan tulang .





Vivix


Vivix merupakan antioksidan yang terbaik yang mampu membaiki sel-sel tubuh badan sehingga ke peringkat DNA. Jika DNA kita sihat, maka keseluruhan badan kita juga akan sihat.


ESP Soy Protein

- Sumber protein non-GMO bukan seperti soya di pasaran. Ia kaya dengan sumber protein yang diperlukan tubuh bagi membina semula tulang yang telah patah dan retak.

Dalam tulang manusia juga terdapat sel-sel hidup. Di sinilah pentingnya protein yang baik dan berkualiti dalam memulih dan menyokong penghasilan sel-sel tulang yang baru, demi menggantikan sel-sel tulang yang telah rosak dan mati akibat patah tulang .

Seandainya tubuh tak cukup protein sel-sel tidak dapat membaikpulih dengan sempurna? Jadi untuk apa jua kes penyembuhan mesti ada protein. Protein juga dapat memberikan tenagabagi mereka yang terpaksa berpantang makan atau selepas menjalani pembedahan.


Ostematrix

- Lengkap dengan gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium merupakan mineral utama dalam komposisi tulang manusia dan sangat penting untuk tulang terutamanya dalam proses pemulihan.

Ostematrix ni terkenal sebagai vitamin kalsium. Kalsium sangat penting untuk tulang, otot dan gigi. Kalsium yang cukup akan bantu tubuh kita untuk bina semula tulang kuat dan sihat.

Ostematrix lebih bagus berbanding pil-pil kalsium lain sebab ada magnesium dan vitamin D. Di mana ia  membantu penyerapan optimum kalsium ke dalam darah dan tulang.

B-Complex

- Bertindak sebagai penenang saraf dan mengurangkan rasa sakit. Ia turut bertindak sebagai alternatif lain menggantikan pil tahan sakit. (Dulu sebelum mengenali Shaklee  ketika saya mendapat rawatan otot dan tulang di Hospital Ampang Puteri doctor Ortopedic jugak membekalkan vitamin B.)


OmegaGuard

- Minyak ikan yang kaya dengan khasiat Omega-3, DHA dan EPA. Bertindak sebagai anti keradangan, membantu mengurangkan bengkak, mencegah degradasi tulang rawan pada sendi serta memulihara sendi yang tercedera kerana retak atau patah.

Ia juga bertindak sebagai pelincir dalam melancarkan pergerakan sendi.


Fungsi Set Patah Tulang




Set ini membekalkan keperluan nutrisi yang diperlukan oleh pesakit yang mengalami masalah tulang patah atau tulang retak.

Khasiatnya penting bagi :-

1. Mempercepatkan penyembuhan luka

2. Mempercepatkan proses pertumbuhan tulang dan sel-sel yang tercedera/mati.

3. Menguatkan tulang dan mengelakkan kekejangan otot akibat kepatahan.

4. Menguatkan imun tubuh dan membantu mengelakkan jangkitan pada bahagian luka atau patah.

5. Merawat keradangan atau bengkak dan bertindak sebagai pelincir untuk memudahkan pergerakan.



TESTIMONI 1





Pada Februari 2016 , kami buat keputusan nak hijrah ke Ampang. Jadi masa sibuk nak packing barang nak pindah. Ziela masuk dalam bilik, sebab nak keluarkan baju dalam bilik. Sebab anak tengah tidur masa tu Ziela tak on lampu. Dalam gelap, tarik kotak. Tiba-tiba kaki rasa kebas. Rupanya bola bowling suami yang berat tu jatuh atas kaki. Ya Allah. Sakit sangattt. Allah saje tau. Menangis tengok. Tiba-tiba kaki membengkak. Dalam keadaan sakit heret kaki keluar. Tunjuk kat suami. Sambil menangis cakap. "Bang kaki sayang cacat dah.. Tulang retak patah dah" sambil menangis.

Mintak suami ambikkan botol Vivix dan Herbal Blend. Picit sebanyak nya Herbal Blend atas kaki. Dan terus minum Vivix tanpa sukatan.
Malam tu tak boleh tidur. Sebab malam kan sejuk. Angin masuk banyak sebab bengkak. Menangis sambil tidur. Sebab berdenyut.
2-3 hari solat sambil duduk, tak boleh pakai kasut, kaki bengkak sentuh kain pun ngilu.

Alhamdulillah selepas hari ke-4 kami pindah. Punggah barang, saya dah rasa 95% hilang rasa sakit. Cuma bila tekan. Masih rasa la. Dan dapat rasa tulang tak ditempatnya. Dan harini, dah masuk bulan ke 10. Ziela nak bgtau. Alhamdulillah Ziela tak cacat. Tak tempang. Dengan habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu. Dan maintain vitamin kesihatan lain. -Puan Ziela-




TESTIMONI 2


“Pengalaman ayah saya baru sahaja di timpa kemalangan multiple fracture. Saya berikan ayah 5 biji OsteMatrix dan 3 biji B-Complex. Alhamdulillah, 3 hari sahaja boleh keluar hospital, dan sekarang dah 9 minggu, masih dalam proses penyembuhan.

OsteMatrix dan B-Complex bantu kurangkan kesakitan yang berkaitan dengan saraf. Sekarang (tanpa suplemen), pesakit boleh bertahan dengan mengambil pil penahan sakit, yang (in long term) boleh beri komplikasi pada hati dan buah pinggang.

Sekarang ayah daya dah boleh bekerja semula dengan light duty” -Puan Siti Aisah.




TESTIMONI 3







TESTIMONI 4



Jom tonton video di bawah untuk ketahui rahsia beliau sembuh dengan Shaklee.












Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya


whats app LIZA 012-364 5895
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini  www.wasap.my/60123645895


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5bad1ee29d26170d91491dab90d8fd3c



Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





















Petua Awet Muda Wanita Menopause

Insan bergelar wanita memang sinonim dengan kecantikan. Sememangnya setiap wanita impikan kulit wajah yang cerah, licin, dan segar serta tubuh badan yang ramping.

Bila usia semakin bertambah, pengurangan hormon estrogen berlaku. Akibatnya menyebabkan garis halus terbentuk pada tepi bahagian mulut, mata dan tangan. Disini saya nak kongsikan Petua Awet Muda Wanita Menopause atau di usia emas.





Apa itu Menopause?


Menopause adalah satu fasa dalam kitar kehidupan seorang wanita. Keadaan apabila seseorang wanita itu sudah tidak menghasilkan ovum lagi, dia akan mengalami putus haid dan sekaligus tahap kesuburan wanita tersebut akan berkurangan.

Ketika fasa menopause, hormon estrogen akan menurun. Ia menyebabkan pelbagai simpton atau gejala seperti :-

- rasa tidak selesa
- gangguan emosi atau perubahan mood
- jangkitan kuman mudah terjadi di bahagian sulit
- kerapuhan tulang (osteoporosis)
- kulit kering dan berkedut
- pertambahan berat badan
- haid yang tidak teratur
- vagina kering dan menyebabkan rasa sakit ketika bersama suami
- rasa panas dan berpeluh waktu malam
- sukar tidur



Petua Awet Muda


Tahukah anda bahawa penuaan boleh di lewatkan?



Minum air




Jadikan rutin meminum air suam setiap pagi selepas bangun tidur dipercayai dapat membantu menggiatkan organ dalaman, malah ia juga ritual bagi mengekalkan kecantikan kulit dengan cara paling mudah dan sangat  praktikal.


Makan lebih serat





Salah satu kunci untuk awet muda adalah menjaga pemakanan seharian. Ini kerana ia mempengaruhi kesihatan pencernaan dan pakar kesihatan menyarankan 25 gram serat di ambil setiap hari.
Serat banyak terkandung di dalam buah- buahan, sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gandum.


Makanan kaya antioksidan



Menurut buku Staying Young: The Owner’s Manual for Extending Your Warranty tulisan Dr. Mehmet C. Oz, M.D., membuktikan bahawa antioksidan adalah makanan anti penuaan. Salah satu sumber makanan antioksidan adalah blueberry.
Menurut beliau semua makanan anti oksidan adalah berwarna gelap dan memiliki zat antioksidan yang dapat melindungi tubuh.


Makan ulam-ulaman



Ulam raja cukup sinonim dengan masyarakat Melayu dan lazimnya ia dijadikan ulam. Khasiat ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen akan melancarkan proses peredaran darah dalam tubuh.

Makanan yang Kaya dengan Herba dan Rempah-ratus






Herba dan rempah-ratus mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Maka, tidak hairanlah kebanyakan masakan Thai menggunakan herba dan rempah-ratus dalam setiap menu. Patutla orang Thai cantik- cantik kan?

Antara herba dan rempah-ratus yang sering digunakan seperti kunyit, serai, asam jawa, rempah kari, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, daun kesum dan daun pudina.

Herba dan rempah-ratus berkesan untuk kesihatan dalaman kerana ia melancarkan peredaran darah, melawaskan sistem pencernaan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, bahan-bahan ini juga merupakan sumber semula jadi pelbagai vitamin seperti vitamin A dan C yang baik untuk kecantikan kulit dan rambut.


Kunyit


Kunyit sering digunakan dalam penghasilan produk kecantikan seperti skrub dan sabun di Thailand. Kunyit yang mengandungi antiseptik berupaya menghilangkan jerawat malah membantu mencerahkan kulit dan menjadi ritual kecantikan bagi wanita Thai.

Cara-cara:-
Ambil 1cm kunyit hidup, setengah camca asam jawa dan bedak sejuk. Campurkan semua bahan dan sapukan pada wajah setiap hari sebelum tidur.



Petua Awet Muda Wanita Menopause Dengan Shaklee


SET AMAZING GOLDEN+FREE MEMBERSHIP+CASH BONUS


Sebenarnya gabungan produk ini sesuai untuk wanita yang memerlukan supplement untuk kesihatan menyeluruh,dan untuk wanita yang hampir menopause/menopause.







VIVIX

Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Ia merupakan jus pekat yang tinggi antioksidan dan terbuktik secara saintifik di mana is memperbaiki sel hingga ke DNA.

Vivix melindungi sel-sel supaya sihat. Vivix melambatkan penghasilan AGE protein sebanyak 90%. dimana penurunan protein AGE ini perlu untuk mengelakkan anda dari penyakit kencing manis atau sakit jantung kerana AGE protein membantu kolestrol untuk aktif dan berkumpul didalam plak dan salur-salur darah badan kita.



OMEGA GUARD

Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.Ia juga penting untuk membantu dalam ketumpatan tulang dan mengurangkan keradangan .


VITALEA

Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum. Multi vitamin dan multi mineral yang membantu menjaga fungsi tubuh secara keselururan.

B-COMPLEX

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*


GLA COMPLEX

Diformulasi khas untuk membantu wanita mengekalkan kesejahteraan menyeluruh sepanjang kitaran haid bulanan dan membantu mengatasi permasalah hormon wanita.


OSTEMATRIX

Diformulasi dengan kalsium, vitamin D, magnesium dan empat nutrien pembina-tulang untuk membantu menjaga tulang dan gigi yang kuat dan sihat.*


ESP

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.

Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


VITAMIN C

Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigigusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang
membentuk tubuh badan kita.



Perkara yang paling merisaukan bagi wanita ialah apabila  sampainya  masa untuk menopause.
Setiap wanita harus bersedia untuk menghadapi fasa menopause ini. Segalanya boleh diatasi jika kita bersedia dari awal.

Untuk memenuhi keperluan nutrisi anda dan menjadikan anda kekal sihat dan aktif di usia emas. Menyediakan tenaga yang berterusan, menyokong kesihatan yang baik dan mengekalkan tulang yang sihat.


**DENGAN PEMBELIAN FULL SET INI ANDA BERHAK MENDAPAT FREE KEAHLIAN+CASH BONUS


Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya

whats app LIZA 012-364 5895

bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697





Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.