Pages

Cara Mengurangkan Sakit Slipped Disc

Pernahkah anda mengalami sakit belakang?Adakah sakit belakang anda merupakan sakit lenguh biasa tau mungkihkah anda menghidap ‘slipped disc’?




Hampir 70 peratus manusia dewasa mengalami sakit belakang pada satu-satu masa kehidupan mereka. Lebih 50 peratus daripada jumlah ini akan sembuh dalam masa seminggu selepas mendapatkan rawatan dan 90 peratus lagi sembuh antara 1 hingga 3 bulan selepas menjalani rawatan. Dan sebahagian daripadanya mengalami masalah slipped disc. Harini saya akan kongsikan Cara Mengurangkan Sakit Slipped Disc.


Apa itu Slipped Disc?

Slipped disc merujuk kepada bahagian disk atau kusyen pelapik tulang belakang yang beralih tempat, membonjol ke belakang lantas menekan bahagian saraf tunjang (spinal cord) atau saraf akar (nerve root) tulang belakang pesakit. Bagi pengamal perubatan, ia dikenali sebagai Prolapsed Intervertebral Disc (PID) atau Herniated Nuclus Pulposus (HNP).





Disk tulang belakang kita terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu Annulus fibrosus dan Nucleus pulposus. Ia berfungsi sebagai pelapik antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan serta membenarkan pergerakkan berlaku antara tulang belakang kita.




Masalah slipped disc ini berlaku apabila struktur Annulus fibrosus terkoyak dan ini membolehkan Nucleus pulposus menerobos keluar dan menekan struktur saraf.




Bagaimana Terjadinya Slipped Disc?

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, pad bulat rawan (tisu perantara) yang dipanggil cakera.




Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan.  Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.




Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Tidak jelas apa yang menyebabkan tisu penghubung untuk pecah. Walau bagaimanapun, penyusutan cakera sering berlaku hasil daripada peningkatan usia.



Simpton-Simpton Slipped Disc

  • Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan.
  • Individu tersebut mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain-lain.
  • Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing.
  • Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.
  • Kadang-kadang, seseorang yang mengalami slipped disc berasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu).
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
  • Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri.
  • Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)


Faktor Penyebab Berlakunya Slipped Disc


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Slipped Disc seperti:

  • Kurangan nutrien yang menyebabkan kemerosotan stabiliti dan elastisiti otot
  • Kerapuhan tulang (osteoporosis) akibat peningkatan usia.
  • Berlakunya trauma – contohnya pesakit jatuh terduduk atau mengalami kemalangan jalanraya yang menyebabkan kecederaan otot atau patah tulang belakang.
  • Mengangkat bebanan yang berat – contohnya kerana pekerjaan yang memerlukan mengangkat barangan berat, atau mendukung anak untuk tempoh masa yang lama.
  • Tidak menjaga atau salah postur belakang ketika duduk atau mengangkat barang. Posisi membongkok akan menyebabkan disk menekan saraf di belakang. Kedudukan atau postur badan yang tidak betul semasa melakukan kerja-kerja berat atau mengangkat barang-barang
    berat
  • Duduk terlalu lama – contohnya pemandu lori dan bas yang duduk berjam-jam lamanya kerana memandu
  • Bersukan atau berat badan berlebihan yang mengakibatkan berlakunya tekanan berterusan pada struktur tulang belakang.
  • Obesiti -Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera
Postur badan yang salah dan betul


Cara Mengurangkan Slipped Disc


Elakkan daripada melakukan aktiviti yang memudaratkan tulang belakang

Jaga postur dan elakkan perkara yang membebankan tulang belakang. Apabila menundukkan badan, tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan juga sendi pinggul. Posisi tulang belakang perlulah lurus ketika mengangkat barang.




Ketika duduk perlulah dalam postur menegak. Jangan bengkok ataupun menyandar sehingga tulang belakang menjadi bengkok.

Bagi pesakit yang hendak baring, baring pada sisi terdahulu dan barulah pusing untuk baring secara menelentang. Elakkan baring secara meniarap.

Ubat untuk relakskan otot

Sakit slipped disc akan menyebabkan kekejangan otot di bahagian tulang belakang dan perkara tersebut menyebabkan kesakitan. Ubat itu dapat merelakskan otot  dan membuatkan rasa sakit berkurangan.

Ubat tahan sakit dan anti-keradangan

Penggunaan ubat tahan sakit serta anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAID) seperti mefenemic acid, diclofenac, dan naproxen sodium dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan simptom tersebut. 


Rawatan secara pembedahan

Pembedahan yang selalunya dilakukan untuk masalah ini ialah ‘Disectomy’ iaitu melibatkan pengeluaran Cakera intervertebra yang menekan saraf pesakit Slipped disc.

Rawatan pembedahan diperlukan apabila pesakit mempunyai kriteria seperti:-
  • Kesakitan pada bahagian kaki dan belakang yang berlaku lebih daripada 4 minggu dan ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan memerlukan ubat tahan sakit yang kuat
  • Mempunyai komplikasi kelumpuhan
  • Imej MRI menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan


Cara Mengurangkan Sakit Slipped Disc Dengan Shaklee


Shaklee mempunyai rangkaian produk makanan tambahan atau supliment yang terbukti kajian saintifiknya  selamat, semulajadi dan berkesan dalam membantu memberi kesihatan yang lebih baik baik waktu sekarang atau masa hadapan.

Antara cadangan produk bagi mengurangkan masalah Slipped Disc adalah seperti:-



VIVIX



Mengandungi resveratrol yang mempunyai kuasa antioksidan yang membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan memeliharanya dari kerosakan.

Bertindak sebagai agen anti penuaan dimana ia mampu menjaga keanjalan struktur Disc tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped .

Ramuan Vivix juga bagus kerana ia membantu menyokong kesihatan sendi dan kesihatan tubuh dengan memberikan keperluan secara menyeluruh.



OMEGA GUARD



Ia merupakan anti inflamasi yang baik dan ia membantu dalam mengurangkan keradangan akibat slipped disc.Omega juga megurangkan degradasi tulang.


OSTEMATRIX




Ostematrix mengandungi kalsium, Vitamin D dan magnesium yang sangat penting untuk sendi, otot dan ligamen yang sihat dan kuat. Vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium dengan lebih cekap dan untuk pertumbuhan tulang .Kalsium sangat baik untuk tulang dengan memastikan tulang kuat dan padat.


COLLAGEN POWDER




Struktur dan sistem tulang belakang perlukan sumber kolagen. Kolagen membantu memelihara komposisi matrik struktur sendi dan tulang rawan. Kolagen juga membantu mencegah kehilangan jisim akibat penuaan dan mengatasi kesakitan sendi dan inflamasi otot.



Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895

www.wasap.my/60123645895



ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=838b5a042f1761ef0b5981585a0a7f38



Shaklee ID : 1246697
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697


Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


2 comments: