Bagaimana Perniagaan Shaklee Berfungsi

Apabila mendengar MLM kita akan bayangkan perlu mencari orang sebagai downline kita dan perlu melabur ribuan ringgit kan? Tapi bisnes Shaklee ni adalah bisnes MLM yang patuh syariah siap di luluskan oleh Jakim ye.

Tiada istilah downline kerja kuat upline hanya goyang kaki. Dalam Shaklee sangat adil dan saksama kalau downline bekerja keras tidak mustahil downline akan mendapat ganjaran bonus melebihi upline nya sendiri. Dengan Shaklee anda akan membina empayar anda sendiri.




Jadi bagaimana nak memulakan bisnes Shaklee ni ?


Jika anda telah memutuskan untuk bermula dalam perniagaan yang baru bukan hanya memerlukan ketekunan,komitmen, inisiatif dan momentum, malah sikap positif dan keinginan untuk berjaya perlu ada dalam diri.


Apakah prinsip-prinsip yang perlu dalam  membina empayar perniagaan anda?

Redah aje - Buatlah secara ringkas.

Tiada ilmu - pengetahuan akan datang dari pengalaman. Disediakan kit yang dapat membantu anda , juga kumpulan sokongan yang hebat yang akan membantu dan menyokong anda untuk berjaya.

Kualiti - Produk-produk kami berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan.

Terbukti - Model perniagaan kami telah terbukti berjaya.

Pemasaran - Industri Shaklee berkembang maju, permintaan sentiasa ada.

Kemudahan
- Banyak alat sokongan tersedia untuk anda.

Bermentor - Jadilah seorang individu yang mudah dilatih. Dan pastikan anda memilih mentor yang tepat.

Enjoy - anda mesti seronok dalam apa yang anda lakukan secara tak langsung komitment akan menyusul, bila anda memberi komitment sepenuhnya anda pasti berjaya.


Siapakah Pengedar Bebas Shaklee (Shaklee Independent Distributor-SID)?


Sebagai seorang Pengedar Bebas Shaklee , anda mempunyai hak pengedaran EKSLUSIF untuk berkongsi produk Shaklee dan peluang terbuka secara global.

Satu-satunya jalan untuk orang luar  membeli produk Shaklee dan memulakan perniagaan Shaklee adalah melalui ANDA sebagai Pengedar Bebas Shaklee.


Bagaimanakah perniagaan Shaklee berfungsi?

Model perniagaan Shaklee adalah berkisar tentang membangunkan komuniti dan mendapat ganjaran daripadanya. Sekitar tahun 1956, Dr. Shaklee, menerokai satu model revolusi perkongsian dan penyebaran maklumat kesihatan, di mana ia digelar Pemasaran Sosial.

Ia bermakna anda akan:

GUNA

Setelah anda sendiri menggunakan produk Shaklee, anda akan memahami betapa besarnya potensi perniagaan Shaklee. Lebih-lebih lagi anda akan merasai Shaklee Effect hasil dari menngunakannya sendiri . So jadikanlah diri anda sebagai testimoni terbaik! Kita bukan semata-mata menjual malah kita juga mengamalkannya.


KONGSI

Apabila anda merasai kelebihan menggunakan sendiri produk Shaklee maka kongsikan kepada umum. Prospek anda ingin tahu apakah yang membuat anda tertarik dengan Shaklee dan bagaimana ia telah merubah hidup anda, jadi just share berdasarkan pengalaman peribadi anda sendiri .
Nampak simple kan tetapi ini adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mengembangkan perniagaan anda.


MEMBINA

TAJA atau sponsor para pelanggan ataupun sesiapa sahaja di dalam perniagaan anda dan KEMBANGKAN perniagaan anda dengan mengajar yang lain di dalam pasukan anda untuk berkongsi di samping menaja. Jangan risau kumpulan sokongan akan membantu anda dari Zero to Hero.


Seperti mana yang saya nyatakan di atas, di Shaklee anda membina perniagaan untuk diri anda sendiri, tetapi sebenarnya anda tidak bersendirian. Syarikat, penaja dan pemimpin perniagaan akan memimpin dan menyokong anda untuk mencapai kejayaan. Tetapi ingat ianya adalah perniagaan anda sendiri, jadi sama ada kecil atau besar berjaya atau tidak ianya bergantung pada diri anda sendiri.


Apakah yang menjadikan model Pemasaran Sosial berjaya?


Kami menggelarnya “Kuasa Duplikasi”. Pernah tak menonton iklan makana segera kemudian kita sendiri mencubanya, dan selepas tu , kita akan kongsikan dengan rakan-rakan kan?  Sama juga konsepnya dalam mempromosikan Shaklee.

Apabila anda menaja  pengguna atau pembeli produk dan rakan kongsi perniagaan yang baru, berdasarkan kepercayaan dengan saranan dan pengalaman anda, mereka akan berkongsi dengan  bercerita dengan orang lain pula tentang Shaklee dan secara tak langsung kumpulan anda mula berkembang.

Anda pula membantu mereka belajar cara untuk berkongsi tentang Shaklee dengan orang-orang yang mereka kenali dan temui, dan bagaimana untuk membina pasukan. Dan, dalam masa pasukan mereka berkembang, pasukan anda turut sama berkembang! Lebih ramai yang berkongsi, menaja dan berkembang, lebih berjayalah setiap individu itu jadinya.

Inilah pentingnya mencari penaja dan mentor yang betul supaya anda boleh di bimbing dan tidak di biarkan seorang diri.


Ini adalah serba sedikit mengenai Bagaimana Perniagaan Shaklee Berfungsi . Banyak lagi cara dan perkara menarik yang perlu anda tahu. Dunia sekarang semakin maju, tapi majukah kita. Sampai bila kita nak berada di zon selesa atau comfort zone.




Keluar dari kepompong dan buktikan anda juga mampu berjaya dan mendapat pendapatan lumayan samada 3 angka, 4 angka atau 5 angka? Anda sahaja yang akan menentukan sejauh mana perniagaan anda boleh maju bersama Shaklee. Mereka telah berjaya , kita juga pasti berjaya.



Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya


LIZA 012 3645895

http://www.wasap.my/60123645895


Shaklee ID : 1246697

Kasmaliza Othman

FB : Kasmaliza Othman

IG : LoveMrVitamin



ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE dengan klik icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Kualiti dan Keselamatan Produk Shaklee

Di zaman teknologi serba canggih ni kita di lambakkan dengan pelbagai produk makanan dan kecantikan. Lebih-lebih lagi dengan pembangunan dunia IT segala penyebaran maklumat pantas di sampaikan atau di viralkan melalu media social seperti FB , IG , Twitter dan sebagainya.

Namun adakah kita juga termasuk dalam golongan yang mudah terpedaya dengan iklan-iklan sebegitu yang menjanjikan keputusan dan keberkesanan yang pantas . Pastikah anda bahawa bahan-bahan yang terkandung di dalam produk tersebut adalah selamat? Ataupun produk tersebut daripada bahan-bahan yang boleh di beli secara borong seperti produk timbang kilo? Awas! Hati-hatilah jangan lihat pada harga dan iklan sahaja . Kaji betul-betul sebelum membeli kerana jika tersalah pilihan buruk akibatnya.



Kenapa Mesti Percaya Pada Kualiti dan Keselamatan Produk Shaklee?

Perkara yang paling penting untuk di titikberatkan adalah kandungan produk tersebut. Produk yang selamat pastinya datang daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan standard Shaklee tiada tandingannya.

Bahan-bahan untuk menghasilkan produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenannya adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.





Kajian

Untuk memastikan produk Shaklee selamat digunakan , lebih 100,000 ujian kualiti di lakukan pada setiap tahun.
Shaklee menguji lebih daripada 250 ujian racun serangga, dimana ia melebihi syarat yang di tetapkan oleh  UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP).

Shaklee juga menyaring lebih daripada 350 bahan tercemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu. Bahan cemar lain seperti logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob turut menjalani penyaringan.

Shaklee juga tidak melakukan ujian ke atas haiwan.

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan.

Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007.
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30




Lebih 100 Pembentangan & Kertas Saintifik di terbitkan

Produk Shaklee disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda.

Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin lain atau tiada suplemen sama sekali.


Tiada Bahan Pengawet, pemanis atau Perasa Tiruan


Tetap dengan prinsip Shaklee ingin mengekalkan kesemulajadiannya, semua produk Shaklee tiada bahan pengawet , pemanis atau perasa tiruan . Tanpa kita sedari segala produk di luar sana di campur dengan pelbagai perisa tiruan.




Bebas Gluten


Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.



Bukan GMO (non-GMO)

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

Terbiodegradasi


Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

Terbukti


Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.


Telomere

Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen Shaklee selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna yang sihat tanpa-suplemen.

Produk Di Patenkan


Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.



Shaklee menitikberatkan pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang adalah merangkumi pilihan pemakanan makanan seimbang,gaya hidup sihat, senaman dan suplimen bagi mencapai kesihatan yang optimum.



Video Credit to Shaklee US




Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya

LIZA 012 3645895

http://www.wasap.my/60123645895


Shaklee ID : 1246697

Kasmaliza Othman

FB : Kasmaliza Othman

IG : LoveMrVitamin




ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE dengan klik icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Review Produk Shaklee

Assalamualaikum..hari ni saya nak share pasal produk shaklee..

Dulu saya pernah consume ESP dan Omega tapi biasala kan hangat-hangat taik ayam kan..hi..hi..kejap makan kejap tak..

Ada satu kejadian ni yang tetiba menggerakkan hati saya. Ada seorang sahabat ni dia muda lagi 20 an macam tu dengan anak 1 umur 2 tahun. Saya dapat berita dia telah meninggal dunia ketika ingin mendapatkan rawatan di klinik kerana asthma lalu meninggalkan anaknya yang masih kecil dan tak mengerti apa-apa.

Saya terdetik selama ni saya sering berulang alik ke hospital swasta (company tanggung semuanya) berjumpa dengan Doktor Pakar memandangkan saya mempunyai penyakit asma atau lelah, migrain yang kuat, sakit tulang belakang ,sakit lutut  dan resdung.

Berapa lama lagi saya harus menjalankan rutin saya setiap bulan menelan pelbagai jenis steroid  bertahun lamanya.Mati itu pasti tapi kita sebagai manusia kan mesti berikhtiar.



Saya bermula dengan membeli 2 botol VIVIX dan secara tak langsung mendapat keahlian Shaklee percuma. Dan yang bestnya saya layak untuk dapat bonus dari Shaklee dalam bentuk tunai sebanyak RM34. Beli vitamin dapat pula cashback mestila seronok kan.



Selepas tu saya add on lagi Omega,Lecithin, Alfafa,Vita C , Bcomplex ,Ostematrix ,ESP ,Cinch,Garlic,Herb Lax,Nutriferon,Peppermint Ginger Vitalea dan sekarang yang terbaru Coq troll.

Pada awal pengambilan VIVIX dalam 2hari macam tu saya rasa penat letih dan mengantuk sangat tau..memang rasa nak tidur aje..rasa lemah...tapi saya tekad teruskan sebab saya yakin ini adalah body adjustment reaksi positive yang berlaku dalam badan saya.

Lepas 2 hari saya dah ok tapi mengalami demam dan bersin tanpa henti berlanjutan 1 minggu. Masuk minggu kedua eh..eh..saya dah tak bersin lagi..resdung saya telah berkurang..alhamdulillah..migrain saya pun sama..biasanya saya nikalodi serang migrain hanya injectionlah cara yang dapat menghilangkan sakit tu..dan yang penting lelah saya juga semakin menunjukkan perubahan.Alhamdulillah ..Terima kasih Allah terima kasih Shaklee..

Anak-anak saya pun dah start consume Shaklee iaitu Mealshake,vitakids dan omega. Alhamdulillah kesihatan makin baik.




Ada orang cakap dia makan tak jadi apa pun..cuba tanya diri sendiri berapa lama awak makan Shaklee? Disiplin kah anda makan setiap hari atau pun makan bila anda ada mood saje..Cukupkah pengambilan air kosong dalam badan anda? Erm kalau semua nya "tak" hi..hi...jawapannya ada pada anda sendirilah..Ambil apa pun suplimen ia perlukan kesabaean yang tinggi...semoga Allah memudahkan urusan anda dan memberi kesihatan yang baik kepada kita semua..insyaAllah saya harap sedikit sebanyak saya dapat membantu anda







Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya

LIZA 012 3645895

http://www.wasap.my/60123645895


Shaklee ID : 1246697

Kasmaliza Othman

FB : Kasmaliza Othman

IG : LoveMrVitamin


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.



Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE dengan klik icon di bawah





http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697




Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Ganjaran Berbisnes Bersama Shaklee

Setiap orang yang berbisnes pastinya inginkan pulangan, keuntungan ataupun ganjaran. Jarang-jarang sahaja orang berbisnes semata-mata ingin mengisi masa lapang sahaja.




Kelebihan sebagai Pengedar Shaklee, anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran iaitu:-


Untung Runcit

Ini adalah Untung Runcit yang anda dapat dari jualan produk. Katakan anda membeli produk dengan Harga Pengedar (DP) dan anda menjual semula produk dengan Harga Runcit (SRP) yang telah disyorkan , maka anda mendapat Untung Runcit dari perbezaan harga tersebut.
(Untung Runcit = SRP - DP)



Bonus Kumpulan Peribadi



Apabila anda dan Pengedar Kumpulan Peribadi (downline anda) anda menjana jualan produk bulanan, anda akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut.

Jumlah Bonus Kumpulan Peribadi dibayar berdasarkan kepada jumlah jualan terkumpul bagi bulan kelayakan berdasarkan Jadual Bonus Kumpulan Peribadi Shaklee .



Bonus Kepimpinan


Anda berpeluang untuk mendapat bonus kepimpinan ini apabila anda telah mencapai tahap Senior Supervisor dan mula membina Supervisor lain di dalam organisasi anda sendiri.

Anda akan mendapat Bonus Kepimpinan bulanan pada jumlah setiap Pemimpin Perniagaan sehingga enam generasi di bawah anda, bergantung pada pangkat anda. Ini adalah bonus atas usaha anda bagi menyokong dan membangunkan kumpulan anda.



Bonus Infiniti



Bonus Infiniti adalah bonus bulanan yang dibayar maksimum 1.5% di atas Nilai Mata Kumpulan (GPV) bagi setiap orang berdasarkan Pangkat anda serta Pangkat Pemimpin Perniagaan dalam
organisasi anda - bermula dari pangkat Coordinator.



Program Gold Ambassador (Duta Emas)

Sebagai Pengedar Shaklee, anda berpeluang dan mempunyai keistimewaan untuk memperluaskan perniagaan anda ke peringkat antarabangsa.


Insentif Tahunan & Program Pengikhtirafan


Program Lawatan Insentif

Berusaha untuk dapatkan Mata Ganjaran yang akan membolehkan anda dan ahli keluarga anda layak untuk lawatan ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengikhtirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjang tahun. Ini bukan calang-calang lawatan ye, tetapi ianya bertaraf 5 bintang.


Pengikhtirafan


Anda akan diikhtiraf dan diberi ganjaran di atas kejayaan anda setiap tahun.




Program Subsidi Kereta (Car Bonus)

Apabila anda Berjaya mencapai pada tahap Supervisor, anda akan berpeluang untuk mendapat bonus kereta bulanan. Pemimpin yang layak untuk program ini anda di berikan anugerah tunai,  terpulang pada anda nak menggunakan ganjaran tersebut untuk membayar kereta bulanan anda sekarang atau untuk membeli kereta baru.

Peserta bagi program ini perlu memenuhi pra-syarat jumlah unit setelah yang diperlukan selepas di mana beliau boleh mendapat pencapaian bonus tunai bulanan memenuhi syarat-syarat jumlah unit bulanan yang diperlukan.



Insentif Tahunan & Pengikhtirafan




Program Lawatan Insentif

Sebagai seorang pemimpin perniagaan (pangkat Supervisor dan di atas), anda boleh mengumpulkan mata persidangan secara bulanan. Jumlah mata yang dikumpul dalam tahun kewangan (April hingga Mac) akan melayakkan anda dan ahli keluarga untuk melancong ke desitinasi hebat yang dianjurkan oleh Shaklee, dalam Negara dan sekeliling dunia.

Pengiktirafan

Pemimpin perniagaan (pangkat Supervisor dan ke atas), akan diiktiraf secara tahunan atas pencapaian mereka.


Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya

LIZA 012 3645895



http://www.wasap.my/60123645895
ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee




Shaklee ID : 1246697

Kasmaliza Othman

FB : Kasmaliza Othman

IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.



Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE dengan klik icon di bawah










Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Tips Berpantang Sendiri Dengan Mudah

Tidak semua orang bernasib baik berpantang dengan ibu atau ibu mertua. Lebih-lebih lagi mempunyai anak-anak yang telah bersekolah. Kebanyakan ibu-ibu moden sekarang memang berpantang sendiri.




Namun jangan anggap berpantang sendiri ni tiket untuk anda untuk mengelat dan tidak berpantang betul-betul.


Menjalani tempoh berpantang sendiri di rumah memerlukan si ibu yang bakal bersalin untuk membuat persedian sebanyak yang mungkin supaya proses berpantang dapat berjalan dengan lancar.
Dalam situasi begini, bantuan suami sangat di perlukan.




Antara Tips Berpantang Sendiri Dengan Mudah



Perancangan






Sebelum bersalin  anda perlu mempersiapkan perancangan supaya anda mampu mengurus keluarga di samping menjaga kesihatan diri anda dan bayi.

Sebaiknya di awal minggu pertama  tempoh berpantang suami ambillah cuti , kerana pastinya di awal kelahiran sedikit kekok untuk melakukan tugas rutin dalm berpantang.

Contohnya, bangun awal pagi supaya anda dapat mengurus diri, suami boleh bantu memasak.  


Penjagaan Diri Isteri






Menyediakan air panas di dalam termos air panas dan letakkan termos air panas itu di sebelah baldi yang telah diisi air paip. Ini memudahkan si isteri untuk mandi ketika ketiadaan suami.

Sediakan Air Herba Untuk Mandian Isteri . Sekarang, mandian herba boleh di dapati dalam bentuk uncang /sachet. Cuma rendam di dalam air panas sahaja, anda sudah boleh menikmati air rendaman
herba dan akar kayu.




Makanan Berpantang






Untuk penyediaan makanan berpantang, jangan pening-peningkan kepala..macam saya sendiri ...beli ikan selar atau tenggiri yang siap di siang / potong , so balik rumah bersihkan just letak kunyit garam dan lada hitam then bakar je atas pemanggang ajaib / pan.

Untuk sayur pula , kalau nak mudah boleh amalkan ulam pegaga atau minta suami buatkan sup sayur.

Cara-caranya :-

Tumiskan bwg putih,bawang , halia,lada hitam ,masukkan air then boleh masukkan lobak putih dan sawi . Saya makan menu yang sama setiap hari sehingga habis berpantang.

Jadi bagi suami yang bekerja kenalah berkorban sedikit, waktu malam siap2kan smua bahan2 untuk di masak.. so subuh tu terus masak je..kalo barang semua dah tersedia proses memasak ikan dan sayur dalam 15minit sahaja..

Untuk sarapan pada pengalaman saya biasanya akan ambil roti atau biskut bersama air milo shake dengan ESP Shaklee. Ermmm..sedap tau.

Seandainya "malas" atau rasa "renyah" bagi seorang suami untuk masak boleh aje membuat tempahan melalu telefon individu yang menyediakan perkhidmatan menyediakan lauk pantang.. Tinggal bayar aje..hi..hii




Susun Atur Rumah / Bilik








Sebelum bersalin pastikan mengemas rumah dahulu untuk pastikan kebersihan sekeliling terjamin bagi keselesaan ibu dan bayi.
Selain itu letakkan barang-barang bayi seperti baby cot , bouncer , bakul yang di isi keperluan bayi seperti baju , diapers , minyak dan sebagainya.

Ini bertujuan memudahkan si isteri dan meminimumkan pergerakannya. Jadi takdela penat si ibu nak ke sana ke mari.



Berbengkung







Walaupun berpantang sendiri jangan lupa untuk berbengkung. Jangan risau zaman sekarang sangat moden, banyak bengkung moden yang senang untuk di pakai.

Amalan berbengkung dapat mengecutkan rahim yang bengkak serta turut membantu menetapkan kedudukan peranakan daripada ‘jatuh’. Ia juga memperbaiki postur, menghilangkan sakit belakang dan mempercepatkan keluar darah kotor.


Minimumkan kerja rumah



Jika berpantang sediri ni lebih baik elakkan dari melakukan kerja rumah. Mintalah bantuan suami .
Waktu berpantang ada waktu yang terbaik untuk badan si ibu untuk rehat sepenuhnya bagi mempercepatkan memulihan luka dalaman.



Handphone sentiasa di sisi

Almaklumlah bila kita sendirian di rumah macam-macam perkara tidak di ingini boleh berlaku. Ambil no telefon jiran dan pastikan handphone berada di sebelah anda setiap masa ..jadi senang la untuk anda membuat panggilan seandainya berlaku kecemasan.

Sebagai suami pula pastikan anda sentiasa membuat panggilan atau boleh aje menggunakan aplikasi whats app atau mesej untuk bertanyakan khabar bagi memastikan isteri sihat dan baik-baik sahaja di rumah. Bagi suami yang tempat kerjanya berdekatan dengan rumah bolehlah pulang ke rumah pada waktu rehat.


Kita merancang, berdoa dan bertawakal tapi kita tak dapat elak daripada ketentuan Yang Maha Esa andai ditakdirkan terjadinya sesuatu yang kita tak jangka.



Perkhidmatan Confinement lady


Bagi yang mampu dan sudah ada bajet khas ketika berpantang,bolehlah menggunakan khidmat confinement lady . Sekarang terdapat pelbagai agensi yang menyediakan khidmat ini. Perkhidmatan
ini merangkumi penjagaan ibu dan anak termasuk berbengkung memandikan dan memasak lauk berpantang.


Berfikiran positif


Banyakkan membaca, bercakap, mendengar dan melihat perkara yang positif, baik-baik dan indah-indah untuk menenangkan minda, menggembirakan hati dan membina keberanian.

Sekarang kan dunia IT , google sahaja ilmu tentang proses bersalin dan berpantang. Jadi apabila banyak ilmu kita tahu, kita akan rasa lebih yakin dan bersedia untuk berpantang sendiri

Untuk kesihatan yang optimum pastikan anda mengambil suplimen tambahan bagi mengembalikan tenaga anda dan memulihkan luka dalaman..Apabila badan kita sihat ldan bertenaga maka lebih mudah untuk kita menjaga diri sendiri dan juga bayi.


Suplimen Tambahan


Samada berpantang sendiri atau tidak suplimen tambahan amat penting bagi memulihkan tenaga dan luka tempat bersalin dengan cepat . Pastikan suplimen tersebut tidak mempunyai bahan terlarang dan selamat supaya tidak mendatangkan masalah kepada bayi yang menyusu.


Set Berpantang Premium Shaklee


Shaklee pastinya menyediakan produk suplimen yang terbaik. Sudah tentu ia nya selamat , terbukti dan berkesan.







VIVIX


Minuman botanik yang dirumuskan dengan 4 kandungan utama iaitu anggur muscadine, lobak ungu, european elderberries dan polygonum cuspidatum.

Khasiat resveratrol dan 15 polifenol yang terkandung di dalam Vivix membantu ibu yang sedang berpantang untuk sembuh segera dalam masa 1-2 minggu.

✔️Menyembuhkan organ peranakan.
✔️Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
✔️Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
✔️Mengembalikan kecantikan tubuh.
✔️Mengelakkan stress atau gila meroyan.



ESP


Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.Shaklee menggunakan protein soya yang tidak-diubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).

Protein soya berasaskan tumbuhan ini memberi tenaga kepada anda dalam menjalani tempoh berpantang dan juga penting untuk meningkatkan proses penyembuhan luka dalaman. Ia juga membantu si ibu untuk mendapatkan berat badan yang ideal .



VITAMIN C

✔️ Bantu mengelakkan jangkitan luka
✔️ Tingkatkan imuniti tubuh ibu dan mengelakkan demam & rengat
✔️ Meningkatkan kualiti susu ibu dan imun anak
✔️ Membantu menambah darah


ALFALFA


✔️ Jamu moden untuk kecutkan rahim
✔️ Bantu keluarkan lebihan darah beku
✔️ Mengelakkan rengat
✔️ Menyegarkan tubuh ibu
✔️ Meningkatkan susu ibu
✔️ Sebagai fiber untuk melawaskan
✔️ Mengelakkan badan berangin
✔️ Mengelakkan kembung perut bagi anak yang menyusu



OSTEMATRIX

✔️ Sumber kalsium
✔️ Melegakan lenguh lenguh badan dan sakit sakit
✔️ Mengelakkan migraine
✔️ Menggantikan susu bagi ibu yang tidak suka minum susu
✔️ Membantu pelawasan



VITALEA

✔️ memberi tenaga segera
✔️ bantu penambahan berat
✔️ menyerikan wajah yang sudah pucat
✔️ sebagai multivitamin bagi yang tak gemar makan sayur dan buah



B COMPLEX


✔️ sebagai anti-stress elakkan kemurungan
✔️ memberi tenaga tambahan
✔️ berfungsi meningkatkan darah



OMEGA GUARD



✔️ berkesan untuk melancarkan aliran susu
✔️ mengelakkan bengkak susu
✔️ meningkatkan imuniti bayi menyusu dan juga ibu




Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya
LIZA 012 3645895

http://www.wasap.my/60123645895
ATAU
Anda terus boleh order online melalui website Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=955af57e4945553eb308faa9fb62de43


Shaklee ID : 1246697
Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE dengan klik  icon di bawah

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cawangan Shaklee Di Malaysia

Di Malaysia terdapat 7 cawangan Shaklee termasuk Ibu Pejabat Shaklee. Seandainya anda ingin membeli sendiri di cawangan sangat di alu-alukan.




Walaubagaimanapun pastikan anda mempunyai ID Shaklee dahulu sebelum membuat pembelian di mana-mana kaunter Shaklee.

Jadi anda perlu menghubungi saya untuk saya membuat pendaftaran secara online. Kemudian pihak Shaklee akan mesej kepada anda no ID dan pasword kepada anda sejurus pendaftaran di buat.

Jadi anda perlu menghubungi saya untuk saya membuat pendaftaran secara online. Kemudian pihak Shaklee akan mesej kepada anda no ID dan pasword kepada anda sejurus pendaftaran di buat.

Dan anda terus boleh membuat pembelian di cawangan shaklee atau pun di website Shaklee2u


Anda boleh menghubungi saya di

📲  012.3645895

Kasmaliza bt Othman

Shaklee ID 1246697

FB : Kasmaliza Othman

IG : Lovemrvitamin

Page :
www.lovemrvitamin.blogspot.my


Berikut adalah senarai cawangan Shaklee :-


Ibu Pejabat(HQ)


Ground Floor, Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Tel: 03-5622 3188
Fax: 03-5622 3099

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am - 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am - 07:00 pm


Kuala Lumpur


No 32, Jalan Seri Rejang 3, Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur.


Tel: 03-4142 1067
Fax: 03-4142 1027


Isnin hingga Jumaat:

10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):

10:00 am to 07:00 pm



Penang


No. 81, 83 & 85, Jalan Todak 6, Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.


Tel: 04-383 8261
Fax: 04-383 8560


Isnin hingga Jumaat:

10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):
10:00 am to 07:00 pm



Sabah


Lot 4.1, Neutron Point, Lorong Poin Neutron, Jalan Lintas Khidmat, 88300 Kota Kinabalu.

Tel: 088-393 848
Fax: 088-393 851


Isnin hingga Jumaat:
10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):

10:00 am to 07:00 pm  

Johor


14, Jalan Molek 1/10, Taman Molek,
81100 Johor Bahru 

Tel: 07-352 5188
Fax: 07-352 4188 


Isnin hingga Jumaat:

10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):
10:00 am to 07:00 pm



Perak


32, Medan Istana 1, Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.

Tel: 05-241 8260
Fax: 05-241 8263


Isnin hingga Jumaat:
10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):

10:00 am to 07:00 pm




Kelantan


319, Section 25, Bandar Kota Bharu, Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.


Tel: 09-747 8688
Fax: 09-747 7711


Ahad hingga Khamis:

10:00 am to 07:00 pm

Sabtu (pertama & ketiga):

10:00 am to 07:00 pm





Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Mengurangkan Sakit Akibat Adhesion Colic

Adhesion Colic ialah keadaan di mana usus-usus melekat antara satu sama lain dan organ dalaman kesan daripada prosedure pembedahan yang pernah di alami .

Pembentukan parut juga menjadi penyebab Adhesion Colic di mana parut akan terbentuk dari tisu fibrois untuk menyambung bahagian tisu yang luka dan tidak bersifat elastik.




Jadi ia akan mengganggu fungsi usus di mana usus mengecil akibat dari pembentukan parut yang berlebihan. Maka di sebabkan itu makanan dan gas tidak boleh melaluinya lalu mengembang dan menyebabkan kesakitan pada bahagian abdomen.


Punca Penyebab Terjadinya Adhesion Colic

Antara punca penyebab kepada terjadinya adhesion colic adalah seperti :-


1. Amalan meminum pati haruan/gamat selepas pembedahan .  Statistik kajian perubatan menunjukkan bahawa wanita yang bersalin secara pembedahan atau ceaserean adalah golongan  paling berisiko tinggi untuk mendapat adhesion colic jika mengamalkan pati haruan dan gamat. Di katakan haruan/ gamat bertindak seperti 'gam' yang menyebabkan punca pelekatan usus-usus dan rahim melekat pada organ lain.







2. Kesan atau komplikasi akibat pembedahan organ dalaman terdahulu seperti pembedahan appendicectomy (buang appendix). Masalah ini akan timbul apabila tubuh kita memberikan respon yang berlebihan kepada tisu yang luka.





Simpton - Simpton Adhesion Colic





Individu mengalami masalah ini mengalami masalah-masalah seperti berikut:


- Sakit perut kerana berlakunya perlekatan yang melibatkan sistem saraf.

- Perut akan rasa kembung /angina disebabkan oleh small bowel obstructions.

- Loya dan ingin muntah.

- Tidak boleh membuang angin/gas

- Gagal membuang air besar akibat usus yang tersumbat. (intestinal obstruction).

- Usus pecah. Ini tahap paling kritikal. Nauzubillahimizalik, mintak di jauhkanlah.




Rawatan Moden




Anda mesti ALERT. Seandainya simpton-simpton Adhesion Colic tersebut berterusan selama lebih dari 12 jam, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan mendapatkan rawatan doktor kerana dikhuatiri usus telah tersumbat sepenuhnya.

Setelah doctor mengdiagnos , pesakit akan diberi suntikan penahan sakit seperti morphine, tramadol, atau pethedine. Dan sekiranya kesakitan berpanjangan , maka ujian ultrasound dan abdominoscopy akan dijalankan untuk melihat punca masalah ini dengan lebih tepat.

Jika didapati keadaan membahayakan nyawa, kemungkinan pembedahan segera akan dijalankan bagi menggelakkan usus dari pecah .



Cara Mengurangkan Sakit Akibat Adhesion Colic Dengan Shaklee






Vivix


- Minuman botani pekat yang kaya dengan polifenol tumbuhan. Polifenol adalah sejenis fitonutrien yang sangat tinggi antioksidan. Ia bertindak memelihara sel dari kerosakan radikal bebas dan juga membantu dalam pemulihan sel tubuh yang rosak dan abnormal

- Membantu memberi kesihatan yang baik dengan memperbaiki hingga ke peringkat sel DNA

- Bersifat anti radang dan anti inflamasi


HerbLax


- Ramuan gabungan pelbagai herba yang membantu melancarkan proses penghadaman dan memudah proses pembuangan sisa di usus. Memberi manfaat kepada pesakit adhesion colic yang menghadapi kesukaran untuk membuang air besar. Dengan pengambilan Herb Lax masalah sembelit juga dapat di atasi.



Peppermint Ginger Plus
- Melegakan rasa loya dan muntah dan mengurangkan rasa sakit pada abdomen dan juga kembung perut

- Membantu membuang angin dalam usus dan membantu merawat Sindrom Gangguan Usus




Sekiranya anda mengalami simpton atau tanda- tanda yang disebutkan tadi, lebih-lebih lagi anda mempunyai sejarah pembedahan melibatkan bahagian abdomen , janganlah teragak- agak mendapat konsultasi  daripada Doktor Pakar, sekurang-kurang anda tahu tahap keseriusan Adhesion Colic anda.



Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya
LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=572db77188410e0cd6b5a8755716423c



Shaklee ID : 1246697
Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin




Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.



Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Apabila menyentuh perihal kesuburan , sudah pastinya semua orang akan menuding jari kepada kaum wanita atau isteri adalah penyebab kegagalan untuk hamil. Kenapa ini berlaku? Ini kerana kaum lelaki jarang bersetuju untuk menjalankan rawatan untuk mencari punca permasalahan ini berlaku.

Statistik menunjukkan satu daripada enam pasangan berkahwin akan mempunyai masalah untuk mendapatkan cahayamata.

Tahukah anda masalah ketidaksuburan lelaki lebih sukar dirawat berbanding dengan wanita dan di dapati anggaran 40 % sahaja masalah kesuburan lelaki yang boleh dirawat. Jadi sebagai ikhtiar untuk mengatasi masalah ini jom kita lihat apakah Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki.






Faktor Penyebab Ketidaksuburan Lelaki


Antara faktor yang menjadi punca ketidaksuburan lelaki adalah seperti :-

- Gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan pengambilan minuman alcohol

- Berat badan yang melebihi atau obesity

- Amalan pemakanan yang tidak seimbang dan terdedah dengan makanan yang mengandungi bahan kimia merbahaya.

- Stress atau tekanan kerja juga merupakan penyebab penurunan penghasilan sperma yang berkualiti.

- Sperma yang abnormal adalah seperti tidak cukup sifat atau cacat iaitu sperma tiada ekor dan gagal berenang ke telur. Sperma yang sihat sahaja boleh disenyawakan oleh telur. Jika sperma tidak normal disenyawakan, risiko isteri untuk keguguran adalah tinggi.






- Jumlah sperma yang kurang di dalam air mani. Air mani yang banyak tidak semestinya mengandungi kandungan sperma yang tinggi dan berkualiti.

- Tahap kelajuan sperma berenang adalah rendah. Hanya sperma yang laju dan kuat sahaja dapat berenang hingga menembusi ovum (telur isteri)


Tips- Tips Bagi Meningkatkan Kesuburan Lelaki


1. Amalkan pemakanan seimbang dan sihat





2. Hindari hubungan seks yang tidak sihat atau secara rambang

3. Kawal berat badan dengan bersenam untuk dapatkan BMI unggul - Menurut kajian, berat badan berlebihan memberikan impak yang buruk kepada kualiti, pergerakan dan bilangan sperma.
Lelaki yang obesiti lebih cenderung untuk mempunyai jumlah sperma yang kurang.






4. Kawal stress dengan baik - Stress yang melampau menjadi punca ketidakseimbangan hormone yang akan merencatkan penghasilan sperma.


5 . Berhenti merokok - lelaki yang merokok mempunyai tahap kesuburan jauh lebih rendah berbanding mereka yang tidak merokok. Kajian menunjukkan kesan racun dalam rokok terhadap kesihatan sperma.





6 . Pemakaian - Elakkan pakaian yang ketat. Pakai seluar dalam yang longgar . Memakai seluar dalam yang ketat dan sendat juga penyebab kemandulan dan sperma yang tak berkualiti.


Cara Meningkatkan Kesuburan Lelaki Dengan Shaklee






Vivix

- Vivix adalah minuman botani ekstrak 4 tumbuhan premium yang kaya dengan polifenol dan antioksidan resveratrol yang dapat memberi impak kepada kesihatan reproduktif lelaki .

- Kajian menunjukkan resveratrol dapat meningkatkan aras hormon testosteron, dengan itu meningkatkan bilangan sperma dan mobilitinya.

- Vivix mempunyai kandungan antioksidan yang sangat tinggi. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah “Oxidative Damage” bagi mengelakkan kerosakan sel.

Vivix berfungsi dengan cara:

1. Meningkatkan tenaga sel dengan mengaktifkan tapak tenaga sel iaitu mitokondria.

2. Menggalakkan pertumbuhan sel sperma baru yang sihat.

3. Mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas dan mutasi DNA.

4. Mengawal ketidakseimbangan hormon dalam badan

5. Memperbaiki masalah 'erectile disfunction', keinginan seksual dan masalah kesuburan lelaki



Coq Troll Plus

- CoQ-Troll Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg CoQ10 bersama dengan resveratrol dan tokoferol.
- CoQ10 terbukti dapat menambah kuantiti sperma, dan menambahkan kualiti Ovum dan meningkatkan kesuburan.

- Memberi tenaga kepada sperma untuk berenang dan meningkatkan mortaliti sperma dalam air mani.

- Ia juga merupakan antioksidan penting yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.


Vitamin E & Selenium


- Vitamin E lengkap dengan Selenium dapat membantu meningkatkan kualiti sperma dari segi motiliti/pergerakan sperma

- Selenium diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai sperma yang rendah ialah apabila mempunyai kandungan selenium yang rendah.

- Mampu meningkatkan paras testosteron lelaki. Paras testosteron yang cukup dapat meningkatkan stamina dan minat pada hubungan seksual.

- Dengan bertambahnya Vitamin E dalam badan maka pergerakan sperma, peratus sperma yang hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat.



Vitalea


- Multivitamin tertua yang lengkap untuk keperluan badan. VitaLea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting seperiti Zink yang diperlukan oleh orang dewasa.

- Kekurangan nutirien tambahan  ini boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki .

- Zink juga membantu meningkatkan kesihatan seksual dan pemacu seks. Ia juga bertindak untuk menguatkan kepala sperma untuk menembusi ovum bagi proses persenyawaan.


Lelaki atau wanita mana ingin di label sebagai tidak subur atau mandul . Anda jalanilah ujian kesuburan terlebih dahulu untuk mengetahui punca sebenar masalah ini.

Jangan ego , tidak salah menjalani ujian tersebut,malah ini dapat membantu mencari punca penyebab kegagalan isteri untuk hamil (setelah isteri juga berikhtiar - Cara Meningkatkan Kesuburan Wanita Untuk Mudah Hamil ) . Jangan risau terdapat banyak cara yang kita boleh ikhtiarkan.



Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya
LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ec232f76820d2cc7fead727ed14487ba



Shaklee ID : 1246697
Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin




Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Cara Merawat Bartholin Cyst Secara Semulajadi

Pernahkah anda mendengar perkataan Bartholin Cyst? Ataupun kemungkinan anda menghadapi masalah ini tanpa menyedari bahawa ia adalah Bartholin Cyst.


Apakah Bartholin Cyst?


Bartholin Cyst adalah penyumbatan kelenjar bartholin dibahagian bibir dalam vagina dimana ianya berfungsi untuk merembeskan cecair pelincir semasa hubungan intim.

Kebiasaannya ia berlaku disebabkan oleh sel-sel mati dan cecair pelincir yang terlalu pekat.






Kelenjar Bartholin terletak pada setiap sisi pembukaan faraj. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan cecair yang membantu melincirkan vagina.

Kadangkala, pembukaan kelenjar-kelenjar ini menjadi terhalang, lalu menyebabkan cecair berkumpul ke dalam kelenjar. Akibatnya berlakulah pembengkakan yang dikenali sebagai Bartholin Cyst.

Sekiranya berlaku jangkitan, nanah terbentuk di kawasan yang dijangkiti dan menyebabkan kesakitan ketika berjalan dan duduk.





Tanda-tanda Bartholin Cyst


Di antara tanda-tanda Bartholin Cyst adalah seperti:

- Bengkak dan kemerahan di kawasan vulva
- Benjolan yang menyakitkan di kawasan vulva
- Tidak selesa ketika berjalan, duduk atau melakukan hubungan suami isteri
- Berair di kawasan cyst berkenaan
- Demam dan menggigil






Punca-punca Bartholin Cyst


- Jangkitan kuman atau bakteria : Jangkitan kelamin (STI) ketika melakukan hubungan intim .

- Penyakit kelamin seperti Gonorhea dan sifilis yang disebabkan selalu bertukar pasangan juga boleh menjadi punca kepada permasalahan ini.

- Keputihan kronik: Tidak terhad kepada golongan yang berkahwin sahaja malah golongan wanita belum berkahwin juga berisiko untuk menghidapinya.

Ramai wanita memandang remeh tentang keputhan yang dialami sedangkan ia menjadi tempat bakteria membiak.

- Tidak menjaga kebersihan di kawasan vagina . Pastikan selepas membuang air, kemaluan faraj di lap dengan bersih dan ini akan menggalakkan pembiakan bakteria E.coli

- Alat pencukur bulu di kemaluan juga boleh menjadi punca ia terjadi. Setiap kali mencukur bulu kemaluan , pastikan menggunakan pencukur baru dan bersih

- Kalenjar bartholin tersumbat

- Faktor umur : Bertambahnya umur seseorang wanita, maka semakin bertambah risiko untuk mendapat Bartholin Cyst.

Rawatan Moden Bagi Mengatasi Bartholin Cyst


1. Marsupialization


Prosedur di mana kantung dibentuk dengan membuat potongan ke atas cyst tersebut dan menjahit sisi bersama. Ini membolehkan cyst tersebut mengecut.

2. Sitz bath




Penghidap Bartholin Cyst perlu berendam di dalam besen yang berisi air suam di mana ia boleh membantu mengecut dan mengeringkan cyst yang kecil dan dijangkiti kuman.


3. Pembedahan





Pembedahan ini dilakukan bertujuan untuk mengecutkan cyst yang bersaiz besar dan telah dijangkiti.



4. Antibiotik



Seandainya cyst tersebut telah dijangkiti bakteria, doktor akan merawatnya dengan menggunakan antibiotik.


Cara Merawat Bartholin Cyst Secara Semulajadi Dengan Shaklee




Vivix

- Vivix merupakan jus pekat yang mempunyai antioksidan yang sangat tinggi 10x lebih hebat dari resveratrol.

- Ia  membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan  sel yang tidak normal.

- Ia juga menghasilkan sel-sel yang sihat agar dapat melawan punca terjadi penyakit ini.

- Membantu meningkatkan fungsi sistem imun badan.



GLA Complex


- menstabilkan hormon wanita

- membantu mengecutkan cyst / fibroid dengan cepat

- mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan

- menghalang salur darah dari tersumbat



VITAMIN C Sustain Released



- meningkatkan dan menguatkan daya imun tubuh melawan penyakit

- mempercepatkan penyembuhan cyst / fibroid

- membantu memusnahkan sel yang abnormal

- membantu penyembuhan dengan lebih cepat



Garlic Complex

- Bertindak sebagai antibiotik semulajadi bagi melawan jangkitan bakteria dan meningkatkan sistem imun badan.

- Bertindak sebagai antikulat



Masalah rakyat Malaysia ni , kebanyakkan mereka yang mengalami masalah ini segan untuk mendapatkan rawatan jika melibatkan masalah pada kawasan intim

Seandainya saiz cyst semakin besar dan menyakitkan, pastikan anda mendapat rawatan doktor dengan segera.

Selain itu anda juga boleh melengkapkan rawatan dengan pengambilan suplemen semulajadi bagi membantu prosed penyembuhan dan untuk menyokong kesihatan di samping mencegah cyst dari berulang kembali.




Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya
LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895

ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f9c72bf63a16cf2a796d68fe71a73109



Shaklee ID : 1246697
Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.