Pernah dengar tak pasal penyakit kayap ni? Hari ni saya nak kongsikan Tips Pulihkan Kayap Sebelum Menjadi Kronik.
Apa itu kayap?
Kayap dalam istilah perubatan dikenali sebagai herpes zoster . Ia adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).
Kayap kebiasaannya akan menyebabkan keradangan pada satu urat saraf (dermatome) di satu bahagian badan tertentu sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).
Penyebab Kayap
Penyebab penyakit kayap adalah berikutan dari pengaktifan virus varicella zoster. Virus yang mula menghuni badan seseorang apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox).
Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan padad saraf tersebut.
Risiko Utama Penyakit Kayap
- Umur semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun semakin berkurangan
- Remaja / kanak-kanak
- Pesakit kanser
- Penghidap HIV
- Pesakit TB
- Penghidap chicken pox
- Remaja / kanak-kanak
- Pesakit kanser
- Penghidap HIV
- Pesakit TB
- Penghidap chicken pox
Dalam jangka hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.
Tanda-tanda Kayap
- Rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala.
- Simptom ini dialami sebelum tanda-tanda pada kulit timbul. Ia kebiasaannya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan antara 3 hingga 5 hari.
- Simptom ini dialami sebelum tanda-tanda pada kulit timbul. Ia kebiasaannya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan antara 3 hingga 5 hari.
- Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.
Komplikasi Kayap
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut.
Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain.
Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun.
Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).
Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).
Apabila tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun).
Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).
Rawatan
Beberapa kaedah rawatan bagi meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah :
- Ubat seperti potassium permanganate di sapu untuk mengeringkan gelembong-gelembong air.
- Ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) seperti diclofenac dan
ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
- Ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.
- Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.
- Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
- Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.
Tujuan Rawatan
- Meredakan kesakitan
- Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
- Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Tips Pulihkan Kayap Sebelum Menjadi Kronik Dengan Shaklee
Melalui pembacaan di atas dapat kita pahami bahawa badan kita memerlukan suplimen untuk menyokong system imun badan kita lebih-lebih lagi pada pesakit kayap.
Vivix
Vivix terhasil dari ekstrak botani yangg tinggi antioksidan dan bergabung dengan polifenol yang menjadikan ia lebih hebat dari produk yang hanya mempunyai resveratrol sahaja.
InsyaAllah bagus untuk saraf kerana salah satu bahan utama adalah polyganum cuspidatum di mana ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk merawat sakit saraf.
Oleh kerana kayap berkait rapat juga dengan saraf jadi ia sangat sesuai diambil oleh pesakit kayap.
Vivix juga bersifat anti bakteria, anti virus dan mengandungi antioksida yang tinggi. Ia juga membantu memperbaharui sel yang rosak.Vivix memiliki satu teknologi yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke DNA, so ia sangat penting dalam pemulihan system saraf yang sudah terjejas dan rosak.
Fungsi VIVIX bagi pemulihan Kayap
~Menguatkan sistem imun
~Membaiki sel yang rosak dengan pantas
~Membantu memperbaiki struktur kulit yang rosak
~Mengurangkan rasa sakit
~Memelihara keseluruhan kesihatan
~Membantu anda merasa lebih bertenaga
~ Membantu masalah urat saraf akibat kayap yang kronik
Didalam kajian makmal, ramuan Vivix menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisme utama penuaan pada tahap selular iaitu :-
- Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
- Menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru Mitochondria)
- Melambatkan pembentukkan protin AGE ( Advanced Glycation End products)
Nutriferon
Nutriferon bertindak menguatkan sistem ketahanan badan dan membantu pesakit melawan penyakit yang sedang menyerang.
Nutriferon berfungsi menaikkan sistem imun anda dan melawan semua virus-virus yang menyerang. Penyakit kayap ini menyerang bila sistem imun kita lemah. Maka sangat perlu untuk memperkuatkan sistem imunisasi tubuh.
Nutriferon berfungsi menaikkan sistem imun anda dan melawan semua virus-virus yang menyerang. Penyakit kayap ini menyerang bila sistem imun kita lemah. Maka sangat perlu untuk memperkuatkan sistem imunisasi tubuh.
Garlic Complex
Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk meningkatkan sistem daya tahan badan.
B-Complex
B-Complex Shaklee adalah suplemen yang terdiri daripada 8 jenis vitamin B yang sangat diperlukan oleh badan. Vitamin B1 yang terdapat dalam B-Complex Shaklee dapat membantu mencegah terjadinya kerosakan urat saraf dan memulihkan gangguan saraf.
B Complex juga adalah vitamin anti-stress yang mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Ia memainkan peranan kerana penting untuk pesakit tidak stress dan mempunyai emosi yang stabil dalam tempoh penyembuhan.
Kajian menunjukkan pengambilan Bcomplex dapat mengurangkan kesakitan dan meredakan ketegangan saraf
Lecithin
Lecithin Shaklee merupakan supplement yang diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.
Selain dari bertindak untuk membakar lemak di dalam badan , Lecithin juga boleh mencantikkan kulit dan menghilangkan parut akibat serangan kayap
Sustained Release Vitamin C
Vitamin C tinggi antioksida juga menguatkan antibodi badan pesakit kayap. Vitamin C ini penting untuk mengurangkan parut kayap.
Secara umumnya Vitamin C dikenali sebagai vitamin pelbagai fungsi dan sangat penting dalam meningkatkan sistem pertahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
TESTIMONI
Siti Norhayati Abdul Halim
Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. Kene tang muke plak tu. Habis separuh muke seblah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah puasa langsung!
Lepas kena discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.
NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muke…
LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di’jajah’ kayap tu. Memang jadi “two face” bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan jua B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde ‘two face’.
Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B COMPLEX TU… serta adik beradik laien yang menggembirekan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~
Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil yang didatangkan tu. Kayap ni dia bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!
Kayap ni juga ada komplikasi ya. Baru tau. Bagus artikal ni. Sungguh informatif.
ReplyDelete