Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi

Kurniaan yang paling berharga bagi wanita adalah rahim. Rahim lemah atau peranakan jatuh adalah suatu trajedi yang mengerikan. Namun masih ramai wanita di luar sana memandang enteng perkara sebegini.

Tahukah anda ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan berkemungkinan menyebabkan penderitaan emosi . Tahniah kepada anda kerana anda adalah wanita yang mengambil berat tentang peranakan jatuh . Jom kita lihat dan pahami Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi.


Apa itu Peranakan Jatuh?




Peranakan jatuh ini berlaku apabila apabila ligamen dan otot pada bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh menampung organ pada bahagian berkenaan sehingga menyebabkan rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing pula menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.


Peringkat/Tahap Peranakan Jatuh






Tahap 1: Rahim jatuh sikit pada vagina
Tahap 2: Pintu rahim jatuh hingga ternampak pada permukaan faraj
Tahap 3: Rahim terkeluar daripada permukaan faraj
Tahap 4: Keseluruhan rahim memang terkeluar

Punca Terjadi Peranakan Jatuh


Antara punca-punca penyebab berlakunya peranakan jatuh adalah seperti :-
  1. Kehamilan
  2. Bersalin secara normal lebih-lebih lagi kelahiran menggunakan bantuan forsep/vacuum
  3. Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
  4. Berusia
  5. Menopaus dan putud haid
  6. Menghidapi batuk kronik
  7. Obesiti
  8. Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
  9. Sembelit kronik
  10. Mengangkat bebanan yang berat
  11. Jatuh terhentak dengan kuat
  12. Keturunan
  13. Menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.



Simpton-Simpton dan Kesan Peranakan Jatuh


  1. Sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak lawas.
  2. Sakit perut yang luar biasa dan rasa kejang pada bahagian bawah perut
  3. Sembelit, rasa tidak puas buang air besar
  4. Rasa sakit pada pinggang dan sengal di ari-ari
  5. Berasa seperti ada sesuatu yang berat di celah alat sulitnya.
  6. Terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri
  7. Kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang (peranakan jatuh peringkat ke-3)
  8. Sakit ketika bersama suami
  9. Sakit pada dinding faraj
  10. Keluar cecair dari rahim dan keputihan/lendir putih yang banyak daripada biasa




Langkah-langkah Pencegahan


• Melakukan senaman pelvik tidak tertumpu kepada wanita berkahwin sahaja, tetapi bagus juga di praktikkan oleh wanita yang belum berkahwin. Ini bagi menguatkan otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas pembedahan, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.

• Boleh memakai sut pelangsingan badan yang sesuai tetapi janganla memakai korset yang amat ketat.

• Elakkan berdiri dalam tempoh terlalu lama.

• Jangan merokok

• Rancang kehamilan sebaiknya, elakkan mengandung pada jarak yang rapat antara satu-satu kelahiran.

• Amalkan pemakanan yang berserat tingggi bagi mengelakkan sembelit kronik. Elakkan daripada meneran di bilik air lebih 15 minit.




Cara Merawat Peranakan Jatuh



Senaman Kegel iaitu kemut seperti menahan kencing



1. Untuk mengekalkan otot, letakkan satu tangan pada perut anda untuk memastikan perut anda menjadi lebih tenang.




2. Pastikan punggung dan otot perut anda santai. Sekiranya anda sedang berbaring, maka anda harus rata di belakang dengan tangan anda di sisi anda dan lutut anda dan bersama-sama.




3. Kemut otot pelvik anda selama 5 saat. Sekiranya 5 minit terlalu lama untuk anda, anda boleh mengemut selama 2-3 saat sahaja.




4. Lepaskan otot anda selama 10 saat. Sebaiknya, anda harus sentiasa merehatkan otot pelvik untuk 10 saat sebelum anda mengulangi semula latihan. Ini memberi masa yang cukup kepada otot untuk berehat dan untuk mengelakkan ketegangan. Kira hingga 10 sebelum anda memulakan ulangan seterusnya.



5. Ulang latihan 10 kali. Sekiranya anda bermula dengan mengemut otot-otot selama 5 saat, kemudian kemut selama lima saat, berehat selama sepuluh, dan ulangi latihan ini sepuluh kali. Ini sepatutnya cukup satu set Kegels untuk satu masa dan anda perlu melakukan set yang sama tidak melebihi 4 kali sehari.





6. Lakukan Pull-In Kegels. Ini adalah satu lagi variasi Kegel. Bayangkan otot pelvik anda sebagai vakum. Tegangkan punggung dan tarik kaki anda up dan in. Bertahan dengan kedudukan ini selama 5 saat dan kemudian lepaskannya. Lakukan ini 10 kali berturut-turut.




** Jika sakit belakang atau perut selepas anda melengkapkan satu set latihan Kegel, ini menunjukkan bahawa anda tidak melakukannya dengan betul.



Urutan






Anda boleh melakukan urutan di rumah sendiri untuk sementara waktu , tetapi di syorkan dapatkan khidmat bidan untuk sengkak rahim.

1. Mulakan urutan sendiri pada perut supaya lembut urat perut.

2. Bila urat perut dah lembut, perlahan-lahan angkat kaki ke atas dinding dan pada masa yang sama tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke sebelah atas ( ke arah pusat).

3. Urut perlahan-lahan dari bawah naik ke atas. Jika berasa sengal, berhenti dahulu dan ulang semula sehingga anda berasa lega.

4. Rehat seketika sebelum bangun.


**pastikan mendapatkan nasihat doktor dan memilih bidan yang berpengalaman



Pesari faraj




Pesari faraj iaitu alat berupa gelang yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim daripada jatuh.

Namun ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.



Pembedahan




Rawatan pembedahan menjadi pilihan terakhir bagi kes peranakan jatuh yang serius. eii...mengerikan, nauzubillahiminazalik mintak dijauhkan la ye.



Cara Merawat Peranakan Jatuh Secara Semulajadi


Jika anda mempunyai simpton-simpton peranakan jatuh dinasihatkan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui lebih terperinci .

Sebagai alternatif lain anda boleh mencuba suplimen Shaklee yang ada kajian saintifik dan terbukti selamat.




ESP - merupakan sumber protein dan sangat penting bagi menguatkan rahim.

Alfalfa Complex - di kenali sebagai jamu moden berfungsi membantu mengecutkan rahim

Vitamin E - berfungsi untuk membantu menguatkan otot-otot peranakan.


Suplimen-suplimen  ini membantu menguatkan otot pelvik dan ligamen di sekitar rahim. Jika anda mengandung antara ketiga-tiga produk ini hanya ESP sahaja yang sesuai untuk ibu mengandung.



Jangan risau ye, selagi boleh di usahakan , kita cuba elakkan ia menjadi lebih serius.



Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895


ATAU
Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6a9ecebba6789a0757799e09946e51be



Shaklee ID : 1246697 

Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment: