Cara Merawat Parut Chicken Pox Orang Dewasa

Chicken pox dikenali juga sebagai cacar air, jintungan atau bertih (berbeza istilah mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan mudah berjangkit .



Ia boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur, kebiasannya pada kanak-kanak. Tapi jangan fikir kanak-kanak je akan dijangkiti virus ni ye, malah ia akan lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.


Bagaimana Chicken Pox Berjangkit?

Cara virus merebak adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang telah dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada cadar, selimut,pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.


Apakah Tanda dan Gejala ?

Penghidap chicken pox kebiasaannya akan mengalami demam diikuti dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, di dalam mulut, belakang dan seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.(tapi kadang2setiap orang jangkamasa tidak sama)




Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.


Gambar di bawah menunjukkan fasa chicken pox.






Bahayakah chicken pox ? Apakah Komplikasinya?

Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Namun adakala penyakit boleh menjadi lebih teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.

Siapakah yang berisiko untuk terkena jangkitan serta mendapat komplikasi teruk?

Ibu mengandung boleh memberi kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi. 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.


Cara Rawatan Moden


Setelah berjumpa doctor , penghidap chicken pox akan di bekalkan dengan ubat-ubatan seperti:-

Ubat Anti-viral
Antibiotik
Losyen Calamine
Ubat antihistamin untuk mengurangkan gatal
Panadol untuk demam
Ubat tahan sakit (untuk penghidap yg terkena jangkitan teruk)



Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti.

Komplikasi akibat chicken pox - radangan kulit dan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Oleh kerana penyakit ini berjangkit, pesakit perlu dikuarantin dan tidak boleh keluar ke tempat awam. Di rumah pula, langkah-langkah keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan. Basuh tangan sebelum dan selepas memegang pesakit dan elakkan perkongsian barangan peribadi. Pakaian pesakit juga perlu dibasuh secara berasingan.


TESTIMONI


Jom tonton video di bawah ini , anda pasti terkejut dengan wajah beliau ketika terkena chicken pox.












Testimoni berikut juga terkena chicken pox terkena jangkitan daripada anaknya sendiri









Cara Merawat Parut Chicken Pox Dengan SHAKLEE



Vitamin E




-membantu menghilangkan parut
- menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit
- menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
-menjaga kelembapan kulit


Vitamin C 


-sebagai antihistamine semulajadi untuk mengurangkan gatal-gatal,mempercepatkan proses pemulihan dan menghilangkan parut
-sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
mencerahkan kulit
-merangsang pembentukkan dan peningkatan kolagen yang akan menjaga kekenyalan serta kehalusan kulit


Nutriferon


-untuk meningkatkan daya tahan tubuh melawan serangan penyakit


ESP



- memberi tenaga dan membantu proses pemulihan dari dalam badan .
- mencerahkan bekas-bekas parut


Garlic Complex





- bertindak sebagai antibiotic semulajadi






Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya

    whats app LIZA 012-3645895@


bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=411d393824b67db8bad71a4fb00d5773


FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Lagi link menarik 

Produk Penjagaan Kulit Yang Selamat dan Berkesan 2018

Cara Menghilangkan Jeragat Secara Berkesan

Tips Pulihkan Kayap Sebelum Menjadi Kronik
Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697




Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




Petua Merawat Resdung Secara Semulajadi

Resdung adalah radang yang berlaku di bawah membran dan ianya meliputi dinding ruang sinus. Punca utama adalah akibat jangkitan kuman, alahan atau masalah sistem imun badan seseorang yang tak cukup kuat.

Bercerita pasal resdung saya sendiri pernah mengalaminya dan alhamdulilah semakin pulih.



Punca penyakit resdung ni banyak sebenarnya.Penghidap resdung sangat sensitif kepada habuk, perubahan cuaca, pencemaran alam, bulu haiwan seperti kucing dan jangkitan kuman.

Pesakit resdung biasanya sering mengalami keadaan flu seperti hidung tersumbat, rasa pedih pada pipi, sakit sekitar mata dan kepala.

Di Malaysia dalam 60 hingga ke 65 peratus warganya diancam oleh penyakit sinuisitis ini. Namun, peratusan ini berkurangan sebanyak 50 peratus apabila pesakit mendapatkan rawatan dan masalah utama adalah ramai orang menganggap ini adalah masalah selesema yang biasa-biasa.



Simptom Penyakit Resdung



🍀 Batuk sampai kerongkong dan anak tekak gatal.

🍀 Telinga atau hidung selalu tersumbat.

🍀 Air hidung atau mukus mengalir keluar melalui hidung

🍀 Mata selalu berasa gatal dan apabila digaru ia berubah merah berair.

🍀 Bersin dengan terlalu kerap atau berterusan

🍀 Simptom paling jelas, bila hidung penuh lendir dan kahak hingga sukar bernafas sehingga suara menjadi sengau.

🍀 Demam dan sakit kepala








Siapa Yang Berisiko Dijangkiti Resdung?

🍀 Mereka yang alergik kepada habuk, makanan dan bulu akibatnya hidung tersumbat.

🍀 Hidung berbeza dari biasa contohnya septum dinding pemisah hidung bengkok.

🍀 Ada ketumbuhan dalam rongga hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit

🍀 Selaput lendir yang sering mengalami radang menyebabkan mukus tersumbat

🍀 Imunisasi tubuh yang lemah


    Petua Mencegah Simpton Resdung

    1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab

    2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang

    3) Kerap untuk membersihkan carpet/permaidani. Gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.

    4) Pakai penutup hidung semasa mengemas rumah.

    5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.

    6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka, Lap muka dengan tuala basah dan air suam dengan kerap.

    7) Kurangkan atau hindarkan dari makanan laut seperti udang, kerang dan sotong.






    Komplikasi resdung

    Apabila kuman atau alergen tidak dapat dibendung lagi, jangkitan mungkin merebak ke kawasan sekitar, termasuk otak, tulang muka, telinga dan tonsil.

    Selain itu, jika seseorang turut mengalami masalah asma, keadaan mungkin akan lebih teruk jika dia mendapat jangkitan sinus.

    Mereka ini berkemungkinan mempunyai masalah dengkur yang kronik dan juga sering dijangkiti selsema dan melarat.



    Cara Merawat Resdung


    Resdung hanya menunjukkan simptom apabila seseorang terkena alahan atau jangkitan. Untuk simptom yang ringan seperti selsema atau bersin, kebanyakan pesakit resdung yang tidak dirawat akan berasa lebih baik dalam 2 minggu.

    Sekiranya mengalami simptom yang lebih teruk seperti sakit kepala, demam atau bengkak sekeliling mata, ataupun jika simptom berlanjutan sehingga hari ke 10-14, sepatutnya antibiotik akan dimulakan dan biasanya mereka akan berasa lebih lega dengan antibiotik.

    Menurut kajian yang diterbitkan oleh Jurnal of American Medical Assocation pada Januari 2012, antibiotik biasanya tidak diperlukan dalam sinusitis ringan.

    Simptom-simptom resdung juga dapat dikurangkan melalui ubat selsema, pemecah kahak atau hingus melalui hidung sama ada pil ataupun spray.




    Petua Merawat Resdung


    1) Bahan-bahan
        Seketul Halia
        1 camca Lada Hitam biji
        Air secukupnya




     Caranya:-

    Basuh bersih halia (jangan dibuang kulit) masukkan Lada Hitam dan air (jangan penuh jangan sikit, agak-agak hapus Halia tu) ke dalam 1 bekas.

    Panaskan dalam api sederhana sehingga mendidih

    Bila dah sejuk @ suam-suam kuku (Ikut keselesaan) korang kumur dengan air tersebut, amalkan setiap pagi, petang dan malam, insyaAllah..

    Bila dah habis boleh tambahkan air dan ulangi langkah 2 sehinggalah warna bertukar menjadi putih.




    2) Bahan-bahan
       8 biji limau nipis
       10 helai daun pandan





    Caranya:-

    Hiris daun pandan halus-halus seperti bunga rampai

    Hiris dan perahkan limau nipis ke atas daun pandan.

    Gaul sehingga sebati

    Sapu ke seluruh wajah.

    Boleh amalkan pada jam 10.00 pagi sehingga 3 petang.




    3) Bahan-Bahan
       4 batang Kayu manis
       Secebis kain putih/kain bersih




    Caranya:-

    Tumbuk atau kisar kayu manis sehingga menjadi serbuk

    Biarkan serbuk kayu manis sehingga kering

    Letakkan serbuk tadi ke tengah-tengah kain dan ikat seperti sup bunjut

    Gosokkan bunjut kayu manis ke tapak tangan dan hidu berkali-kali



    4)  Bahan-bahan
         3 biji bawang merah
         2 helai daun sireh
         Secubit biji sawi





    Caranya:-

    Hiris halus 3 biji bawang merah.

    Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.

    Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih.

    Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.




    Rawatan Resdung Tradisional

    Pernah tak anda menjalani pelbagai rawatan untuk buang resdung seperti di bawah? Mesti ada yang pernah kan ?

    1) rawatan resdung melalui bekam




    2) rawatan resdung menggunakan lintah





    3) rawatan resdung menggunakan asap

    Saya pernah menjalani rawatan menggunakan asap tu. . Dalam beberapa kali jugak , last2 saya stop sebab tak tahan pada asapnye.hu..hu



    Petua Merawat Resdung Dengan Berkesan

    Sebenarnya saya jugak pernah mengalami resdung ni, kalo terkena hujan, terlalu panas, telalu sejuk atau berada di tempat yang berhabuk confirm terbersin2 non stop tau.

    SHAKLEE mempunyai rangkaian produk yang terbukti selamat, semulajadi dan berkesan . Alhamdulilah setelah mengamalkan SHAKLEE resdung saya beransur pulih...







    Alfalfa Complex


    🍀 Berfungsi mengurangkan paras radang penyakit resdung (sinuisitis).

    🍀 Diperkaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap radang daripada alahan, gegata dan resdung.

    **pesakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai supplement.



    B Complex

    🍀Ramuan B6 dalam B Complex berfungsi penting untuk memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu menghasilkan antibody tubuh.

    🍀Berfungsi seperti anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menstabil hormon penghidap dan lebih tenang secara natural bagi mengurangkan sakit di bahagian muka.

    🍀Berfungsi membantu pembinaan protein dalam badan.



    Vitamin C


    🍀Peranannya adalah antioksida yang hebat dalam mengoptimumkan antibodi & imuniti dalam menyerap serangan resdung.

    🍀Mempercepat proses penyembukan.

    🍀Vitamin C memastikan proses pemuliharan dan proses metabolisme dalam tubuh berperanan dengan sempurna dan ungg

    🍀 Agen antioksida paling banyak di paru-paru. Alergen atau jangkitan kuman akan menghasilkan banyak radikal bebas, jadi tugas vitamin C ialah untuk meneutralkan radikal bebas ini.



    Omega-3


    🍀Juga untuk mengurangkan keradangan. Ini adalah alternatif untuk mereka yang mempunyai masalah SLE



    Garlic



    🍀 Garlic berfungsi sebagai antibiotik semulajadi yang mengawal jangkitan



    Jom tonton video di bawah merupakan pengidap resdung yang telah mendapat kesan positif dari pengambilan produk Shaklee secara berterusan.






    Resdung jika tidak dirawat dengan cepat akan memberi impak serius sama ada pesakit itu kanak-kanak atau dewasa.
    Resdung kronik boleh mengakibatkan nanah bertakung dalam ruang sinus frontal. Jika nanah tidak dikeluarkan, ia akan dipenuhi kuman.

    Akibatnya, bakteria boleh memasuki otak dan mengakibatkan jangkitan pada otak atau meningitis. Jika dibiarkan boleh membawa maut.


    Jika anda berminat untuk order bolehla whats up saya


           whats app
    LIZA 012-3645895
    @
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin


    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.




    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.





























    Petua Kulit Cantik Semulajadi

    Pada zaman media sosial ini untuk dapatkan produk kecantikan secara online amatlah mudah.Semuanya di hujung jari sahaja. Tapi sejauh mana kita tahu produk yang digunakan selamat ?

    Jangan mudah terpedaya dengan promo acah2 semulajadi sedangkan bahan yang digunakan mengandungi bahan terlarang yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Ramai yang mendambakan kulit putih secara luaran sahaja tanpa memikirkan kesihatan dalaman untuk menghasilkan kulit yang sihat dan cantik.

    Petua Kulit Cantik Semulajadi

    1. Jus lemon


    Kandungan jus lemon mengandungi enzim membantu membuang sel-sel mati di kulit jadi secara tak langsung ia dapat membantu mengurangkan parut di kulit dan melicinkan serta melembutkan kulit.

    Petua kulit licin ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

    Caranya:

    1-Perah sebiji lemon dan ambil jusnya. Sapu jus pada bahagian kulit yang berparut . Biarkan selama 10 minit dan bilas. Lakukan setiap hari.

    2-Campurkan setengah jus lemon ke dalam satu bekas yang berisi putih telur. Gaul hingga sebati dan sapu pada muka seperti mask. Biarkan 10 minit dan bilas. Lakukan sekali atau dua seminggu.



    2. Madu



    Madu telah digunakan sejak sekian lama kerana khasiatnya yang pelbagai. Bukan saja boleh dimakan, ia juga elok untuk disapukan pada kulit.

    Caranya:

    Ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar. Biarkan selama 10 minit dan bilas.

    Campurkan sedikit madu pada putih telur dan sapu pada muka. Basuh dengan air dan pencuci muka untuk menghilangkan bau telur.

    Sebelum tidur, campurkan tiga sudu madu bersama satu setengah cawan serbuk kayu manis. Sapu pada muka dan biarkan semalaman. Keesokan hari, bilas seperti biasa.



    3.Aloe Vera



    Bahan aktif dalam aloe vera terbukti berkesan merawat parut, blemish, mengurangkan kedut dan garisan di muka.

    Caranya:

    Ambil gel daripada daunnya dan sapu pada kulit beberapa kali seminggu

    Jadikan mask dengan campurkan satu sudu gel aloe vera, dua sudu jus lemon dan satu sudu madu. Tekap pada muka, leher dan bahagian yang kasar selama 15 hingga 20 minit.



    4. Air



    Percaya tak. petua kulit licin yang paling berkesan secara semulajadi adalah hanya dengan air.
    Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik.

    Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.Anda digalakkan minum air dengan banyak. Apabila badan banyak dengan cecair, ia akan membuang toksin dan sisa pepejal dalam badan yang boleh memudaratkan kesihatan.


    Di samping itu, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan air.



    5.Tomato




    Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan di belah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit.

    Kemudian bilas dengan air bersih, nak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus di amalkan setiap hari barulah boleh nampak tau.



    6.Timun




    Parut isi timun atau hancurkan, campurkan bersama perahan limau. Tempek ke muka dan tunggu sehingga kering. Sesudah itu, bolehlah dibilas dengan air bersih atau air suam. Nak cepat hasilnya, buat setiap malam.



    7.Beras Pulut





    Ia berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan dan menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping mencerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

    Caranya :

    Gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak . Selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi seperti serbuk. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.




    8. Barli




    Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Kemudian, tumbuk barli yang telah di goreng itu hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut dengan rata di wajah anda sebelum tidur.

    Untuk mendapatkan hasil, amalkannya sekurang-kurangnya seminggu sekali.


    Petua Kulit Cantik Semulajadi Dengan SET THE RADIANT 4 SHAKLEE




    Promo best bulan ni dengan setiap pembelian set ini anda akan mendapat voucer bernilai RM60 (dengan syarat menjadi ahli)

    Dalam set ni ada 4 supplimen :-

    ESP
    Vitamin C
    GLA Complex
    Collagen Powder



    🌿ESP🌿



    Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:

    ✅Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
    ✅Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
    ✅Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
    ✅Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
    ✅Menyokong pengeluaran asid amino glutation.


    🌿Vitamin C🌿


    Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :

    ✅Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
    ✅Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
    ✅Membantu dalam penyembuhan luka.
    ✅Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

    🌿Shaklee Collagen Powder🌿



    Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.

    Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;

    ✅Kulit yang lebih anjal.
    ✅Mengurangkan kedutan.
    ✅Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
    ✅Mengurangkan parut.




    🌿GLA Complex🌿


    Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:

    ✅Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
    ✅Mengekalkan kelembapan kulit.
    ✅Melawan keradangan.


    TESTIMONI











    Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya


         whats app LIZA 012-3645895@
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895


    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin




    Daftar Ahli Satu Kelebihan
    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


    Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



    http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697




    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.