Chicken pox dikenali juga sebagai cacar air, jintungan atau bertih (berbeza istilah mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan mudah berjangkit .
Ia boleh berlaku pada pelbagai peringkat umur, kebiasannya pada kanak-kanak. Tapi jangan fikir kanak-kanak je akan dijangkiti virus ni ye, malah ia akan lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa.
Bagaimana Chicken Pox Berjangkit?
Cara virus merebak adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang telah dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada cadar, selimut,pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.
Apakah Tanda dan Gejala ?
Penghidap chicken pox kebiasaannya akan mengalami demam diikuti dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, di dalam mulut, belakang dan seluruh tubuh. Ruam chicken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.(tapi kadang2setiap orang jangkamasa tidak sama)Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.
Gambar di bawah menunjukkan fasa chicken pox.
Bahayakah chicken pox ? Apakah Komplikasinya?
Ruam atau cacar air chicken pox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Namun adakala penyakit boleh menjadi lebih teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian.
Siapakah yang berisiko untuk terkena jangkitan serta mendapat komplikasi teruk?
Ibu mengandung boleh memberi kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chicken pox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
Cara Rawatan Moden
Setelah berjumpa doctor , penghidap chicken pox akan di bekalkan dengan ubat-ubatan seperti:-
Ubat Anti-viral
Antibiotik
Losyen Calamine
Ubat antihistamin untuk mengurangkan gatal
Panadol untuk demam
Ubat tahan sakit (untuk penghidap yg terkena jangkitan teruk)
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti.
Komplikasi akibat chicken pox - radangan kulit dan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
Oleh kerana penyakit ini berjangkit, pesakit perlu dikuarantin dan tidak boleh keluar ke tempat awam. Di rumah pula, langkah-langkah keselamatan dan kebersihan perlu dititikberatkan. Basuh tangan sebelum dan selepas memegang pesakit dan elakkan perkongsian barangan peribadi. Pakaian pesakit juga perlu dibasuh secara berasingan.
TESTIMONI
Jom tonton video di bawah ini , anda pasti terkejut dengan wajah beliau ketika terkena chicken pox.
Testimoni berikut juga terkena chicken pox terkena jangkitan daripada anaknya sendiri
Cara Merawat Parut Chicken Pox Dengan SHAKLEE
Vitamin E
-membantu menghilangkan parut
- menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit
- menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
-menjaga kelembapan kulit
Vitamin C
- menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit
- menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
-melindungi kulit dari sinaran ultra ungu
-menjaga kelembapan kulit
Vitamin C
-sebagai antihistamine semulajadi untuk mengurangkan gatal-gatal,mempercepatkan proses pemulihan dan menghilangkan parut
-sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
mencerahkan kulit
-merangsang pembentukkan dan peningkatan kolagen yang akan menjaga kekenyalan serta kehalusan kulit
Nutriferon
-untuk meningkatkan daya tahan tubuh melawan serangan penyakit
ESP
- memberi tenaga dan membantu proses pemulihan dari dalam badan .
- bertindak sebagai antibiotic semulajadi
Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya
whats app LIZA 012-3645895@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895
ATAU
Anda terus boleh order online melalui website Shaklee
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin
Lagi link menarik
Produk Penjagaan Kulit Yang Selamat dan Berkesan 2018
Cara Menghilangkan Jeragat Secara Berkesan
Tips Pulihkan Kayap Sebelum Menjadi Kronik
Daftar Ahli Satu Kelebihan
Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.
Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah
Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
perkongsian yang bagus dan bermanfaat
ReplyDelete