Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi.
Dianggarkan kira-kira 1 daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semasa mereka hamil.
Apa itu buasir?
Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur.Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.
Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda.
Apakah Simpton-Simpton ?
- Gatal di sekeliling dubur
- Darah merah terang selepas anda membuang air
Kenapa wanita hamil mengalami buasir?
Ketika hamil, jumlah darah dalam badan bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi akan mengendurkan dinding salur-salur darah.Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) ,lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar.
So inilah sebabnya kenapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil.
Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.
Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan.
Tips Elak Buasir
Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
Membuat senaman lantai pelvis setiap hari boleh membantu mengelakkan buasir daripada berlaku. Senaman ini meningkatkan peredaran darah di sekitar kawasan dubur dan menguatkan otot-otot dalam faraj dan perineum (bahagian di antara faraj dan dubur). Senaman tersebut juga boleh membantu semasa proses bersalin dan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
Cara Rawat Buasir
- Mandi air panas untuk mengurangkan kegatalan dan sakit.
- Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
- Gunakan tekanan sejuk seperti pek ais untuk melegakan kesakitan di sekitar dubur dan mengurangkan bengkak.
- Bersihkan tempat yang terjejas dengan lembut dan menyeluruh selepas anda membuang air besar. Selepas mencuci, lap dengan tuala lembut atau tisu tandas yang lembut untuk mengeringkannya. Gunakan tisu tandas putih yang tidak mempunyai bau.
-Cuba tolak masuk buasir yang terkeluar itu secara perlahan-lahan menggunakan jari yang bersih apabila anda mandi.
- Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil semasa hamil.
Cara Merawat Buasir Ketika Hamil Dengan Shaklee
Omega guard : mengurangkan bengkak akibat buasir, kurangkan radang dan kesakitan
Osteomatrix : melembutkan najis dan memudahkan proses pembuangan najis tanpa perlu meneran
TESTIMONI
Jika anda berminat untuk order boleh whats up saya
whats app LIZA 012-3645895@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895
ATAU
Anda terus boleh order online melalui website Shaklee
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin
Daftar Ahli Satu Kelebihan
Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.
Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah
Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment