Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil

Alhamdulillah dan tahniah anda hamil. Namun apabila hamil perkara yang biasa menjadi topik perbualan hangat antara ibu-ibu adalah mengenai HB..tinggi ke , rendah ke, maintain ke? Betul kan?




Hb rendah ketika mengandung bukanlah perkara yang luar biasa namun ia sama sekali tidak boleh di pandang enteng. Saya yakin ramai di kalangan  ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama . Adakah penurunan Hb ini membawa petanda positif atau negative? So harini suka untuk saya kongsikan Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil.

HB (hemoglobin) tu apa ye?

Hemoglobin atau HB merupakan molekul protin di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk di angkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan.




Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah. Dalam keadaan normal 100 ml darah mengandungi 15 gram hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03 gram oksigen.

Aras hemoglobin pula kebiasannya ditentukan sebagai jumlah hemoglobin dalam gram (gm) bagi setiap dekaliter (100 mililiter). Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja, dan jantina seseorang itu.

Aras normal adalah :-

1 - Baru lahir : 17-22 gm/dl
2 - Usia seminggu : 15-20 gm/dl
3 - Usia sebulan : 11-15gm/dl
4 - Kanak-kanak: 11-13 gm/dl
5 - Lelaki dewasa: 14-18 gm/dl
6 - Wanita dewasa: 12-16 gm/dl
7 - Lelaki separuh usia: 12.4-14.9 gm/dl
8 - Wanita separuh usia: 11.7-13.8 gm/dl


Apa itu anemia atau kurang darah?




Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (Hb) di dalam darah berkurangan. Lazimnya kita mengenali sebagai "kurang darah" atau HB rendah .

Biasanya jumlah hemoglobin sebelum hamil dan semasa hamil pasti akan berubah. Namun begitu, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.

Apabila ibu hamil dikesan mengalami masalah Anemia, ia bermaksud darah tidak berupaya membawa bekalan oksigen yang cukup untuk keperluan fungsi tubuh.

Tanpa oksigen yang mencukupi, sel tisu dan organ tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan baik seperti yang sepatutnya.

Anemia perlulah di atasi sebaiknya dengan segera, jika tidak, risiko atau komplikasi berpanjangan kepada bayi yang dikandung.


Apakah Punca Hb Rendah?





Menurut Dr Jumeah Shamsudin, pakar perbidanan dan sakit puan DEMC Specialist Hospital, ibu  hamil yang mengalami anemia sering keletihan, tidak bermaya, mudah berasa penat dan sentiasa mengantuk .

Salah satu punca Hb rendah adalah kerana kekurangan nutrisi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang dan lemahnya penyerapan nutrisi dalam tubuh.

Hb rendah kebiasanya menunjukkan badan anda kekurangan nutrisi berikut :


1- Kurang zat besi (iron)







Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. . Ia mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.


2- Kurang Vitamin B12







Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Ibu hamil yang tidak makan daging, produk tenusu, telur, mempunyai risiko tinggi kekurangan Vitamin B12. Ini juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.



3-  Kurang Asid Folik (vitamin B9)





Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat.

Semasa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya akan menyebabkan badan gagal menghasilkan sel darah merah yang mencukupi. Ibu hamil diwajibkan mengambil asid folik kerana kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.


Risiko kekurangan Hb






Risiko Kepada Bayi:


- Keguguran.
- Bayi meninggal di dalam kandungan.
- Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir.
- Bayi menghidapi anemia.
- Bayi  menghidapi lewat perkembangan.
- Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.


Risiko Kepada Ibu

- Penambahan darah (blood transfusion) sekiranya kehilangan darah yang banyak semasa bersalin.
- Jika berlaku pendarahan, keadaan akan lebih mudarat.
- Kemurungan selepas bersalin.
- Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
- Mudah mendapat jangkitan.
- Kematian ibu


Petua Atasi HB Rendah Ketika Hamil Dengan Shaklee

Hb rendah janganlah di pandang sebelah mata. Ia melibatkan nyawa seandainya tidak di atasinya dengan baik.


Empat produk ini merupakan asas dalam set kehamilan Shaklee. Ia ada inisiatif bagi membantu anda untuk mengatasi masalah Hb rendah semasa mengandung iaitu :-


Vitalea with Iron Formula 


-Mengandungi 28 Multivitamin dan mineral lengkap termasuk zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Ia juga penting dalam penghasilan sel darah merah yang lebih sihat.


Sustained Released Vita C Plus




-Membantu penyerapan nutrisi terutama zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan sistem pertahanan badan


B Complex 


-Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk vitamin B12 dan folat. Membantu meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin.


Ostematrix


-Membekalkan keperluan kalsium,magnesium dan vitamin D kepada ibu. Sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan tulang. Ibu yang sering mengalami sengal-sengal badan, kejang kaki atau cramp, sukar tidur malam, dan sembelit sangat digalakkan untuk mengambil ostematrix.


TESTIMONI 1

Jom tonton video di bawah , beliau kongsikan bagaimana beliau mengatasi Hb rendah.


TESTIMONI 1









Selain dari mengambil suplimen tambahan anda juga sangat di galakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Di sini juga saya ada kongsikan  Makanan Dan Resepi Penambah Darah




Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012-364 5895 klik saje di bawah ni:-


www.wasap.my/60123645895



ATAU


Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=09cf7074bd4cb67ef52bdb5e160a7002






Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. Bahaya sangat masalah HB rendah ni kan. Baik ikhtiar dengan Shaklee dari memudaratkan diri dan bayi dalam kandungan.

    ReplyDelete
  2. Betul tu laily....bahaya kan...tak.boleh pandang remeh ...😊

    ReplyDelete