Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Dengan Berkesan

Baru-baru ini rakan saya di masukkan ke wad kerana mengalami tekanan darah yang sangat tinggi. Dewasa ini permasalah ini adalah sangat biasa di seluruh Malaysia, walaupun ia kelihatan normal di kalangan kita namun tahukah anda ia sangat merbahaya dan tidak boleh di pandang enteng.

Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi masalah ini..Masalah Tekanan Darah Tinggi timbul biasanya di sebabkan stres, kebimbangan, dan ketegangan .Harini saya nak kongsikan Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Dengan Berkesan.






Apakah yang di maksudkan dengan Tekanan Darah Tinggi?


Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam arteri.
Hipertensi merupakan suatu keadaan tanpa gejala dan dalam diam ia menyerang, di mana tekanan yang tinggi di dalam arteri boleh menyebabkan meningkatnya rasiko terhadap stroke, aneurisma, gagal jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.






Bacaan Tekanan Darah


Tekanan Darah Normal adalah -120 / 80mmHg

120- adalah Tekanan Darah Systolic iaitu tekanan arteri maksimum yang khas semasa penguncupan ventrikel kiri jantung. Masa di mana penguncupan ventrikel berlaku dipanggil systole.

80- adalah Tekanan Darah Diastolik iaitu tekanan arteri minimum yang khusus semasa bersantai dan dilatasi ventrikel jantung apabila ventrikel diisi dengan darah.







Tahukah anda tekanan darah tinggi semasa kehamilan boleh membahayakan bayi dalam kandungan seperti kelahiran bayi pramatang (tidak cukup bulan), pendarahan atau tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan, serta pertumbuhan janin yang terencat. Ibu-ibu hamil pun harus berwaspada ye.

Faktor Penyebab Tekanan Darah Tinggi


Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada tekanan darah tinggi .

- Umur/usia - risiko menghidapnye meningkat seiring dengan pertambahan usia

- Keturunan

- Merokok

- Obesiti atau lebih berat badan

- Kurang bersukan /olahraga /aktiviti fizikal

- Terlalu banyak minum alcohol / minuman keras

- Pengambilan garam yang tinggi

- Stress atau tekanan hidup



Gejala-gejala Tekanan Darah Tinggi





Antara gejala atau tanda anda mengalami tekanan darah tinggi seperti:-


1. Kesukaran bernafas

2. Sakit kepala

3. Pendarahan dari hidung

4. Keletihan dan kerap mengantuk

5. Tinnitus atau berdering di telinga

6. Berkeringat berpeluh

7. Penglihatan kabur


Pemakanan Untuk Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi


Tekanan darah tinggi boleh dikawal dengan ubat-ubatan atau bahkan secara semula jadi, tetapi dengan mengubah diet pemakanan dan meningkatkan senaman anda juga dapat mengawalnya dari menjadi lebih kronik yang akhirnya boleh mengakibatkan serangan Stroke.





Mengambil Diet Seimbang yang terdiri daripada protein tanpa lemak, karbohidrat kompleks, buah-buahan segar dan sayur-sayuran akan membantu mengekalkan tekanan darah anda stabil.

Beberapa makanan terbaik yang dapat membantu menurunkan tekanan darah semulajadi termasuk:

Sayuran


Memakan pelbagai jenis sayuran kerana sayur-sayuran adalah makanan antioksidan tinggi dan mengandungi nutrien seperti serat, vitamin C,dan vitamin K.

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, sawi dan sayur sayuran lain kaya dengan kalium.

Buah-buahan

Mengamalkan makan buah-buahan segar adalah cara yang baik untuk meningkatkan pengambilan serat, elektrolit seperti kalium dan magnesium, dan antioksidan, terutama buah-buahan seperti beri, sitrus, dan kiwi.


Kacang dan Kekacang

Kekacang seperti kacang merah dan, kacang hitam adalah sumber yang baik bagi meningkatkan pengambilan serat, protein, vitamin B dan antioksidan.


Susu badam
Minum susu badam  setiap hari untuk mencegah tekanan darah tinggi. Ia kaya dengan lemak sihat seperti asid lemak Omega-3.


Minum Air Kosong


Minum 2 hingga 3 liter air setiap hari. Ini akan memberikan anda elektrolit yang diperlukan bagi mengekalkan cecair dalam badan anda.


Jus Delima

Jus delima kaya dengan antioksidan yang tinggi dapat membantu menurunkan tekanan darah anda.



Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Dengan Shaklee



VIVIX




Vivix kaya dengan resveratrol sangat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Resveratrol dapat menurunkan trigliserida , LDL, dan lemak berlebihan di dalam darah serta meningkatkan nisbah kolesterol HDL dan LDL.

Resveratrol ini berperanan sebagai ” pembersih pembuluh darah “, membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah terbentuknya pembekuan darah.

Ia juga dapat mencegah terbentuknya arteosklerosis (keradangan pada pembuluh darah), mencegah kekejangan pembuluh darah, mengawal bekalan darah normal ke seluruh jaringan dan organ tubuh,
serta dapat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan tekanan darah serta mencegah penyakit yang berkaitan dengan saluran darah jantung.


OMEGA GUARD




Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.




GARLIC COMPLEX



Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.



Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.





Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c0ff722f9fac93e89919c7b09695dda5


Shaklee ID : 1246697 Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah


http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697



Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


2 comments:

  1. Bahaya darah tinggi ni. Thanks info ni. Sgt membantu.

    ReplyDelete
  2. Bahaya darah tinggi ni. Thanks info ni. Sgt membantu.

    ReplyDelete