Siapa yang pernah kena ulser? Saya yakin dan pasti ramai yang pernah mengalaminya. Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami mengganggu produktiviti seharian. Sekiranya jangkitannya teruk boleh menyebabkan demam dan kelesuan.
Ulser mulut juga sinonim dengan panggilan "mata ikan" ini sememangnya mengundang ketidakselesaan dan sakit walaupun sekadar meminum air putih. Ulser ni kadang-kadang saiznya kecil sahaja tapi sakitnya hanya orang yang pernah mengalaminya saja yang tahu.
Pedihnya apabila mengunyah makanan sehingga rasa sakit ketika menelan minuman sering menyebabkan emosi terganggu. Harini ini saya akan kongsikan Cara Pulihkan Ulser Mulut Dengan Semulajadi.
Apa itu Ulser?
Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam rongga mulut.
Lepuh dan ulser sering berlaku di dalam mulut. Ia mengundang rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan juga bercakap. Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan petanda klinikal untuk sesuatu penyakit yang sedia ada.
Seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Faktor-faktor Penyebab Ulser Mulut
Antara faktor-faktor penyebab terjadinya ulser adalah seperti berikut:-- Makan makanan berasaskan buah-buahan sitrus atau berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk.
- Kesilapan ketika memberus gigi sehingga menyebabkan luka dalam rongga mulut
- Cuaca panas dan kurang minum air
- Jangkitan virus atau bakteria
- Terluka terkena benda tajam seperti tulang ikan
- Kekurangan zat makanan seperti Vitamin B12, Zat Besi dan asid folik
- Alergik atau alahan
- Kesan radioterapi dan juga kimioterapi
- Perubahan hormon dalam badan
- Stress
Cara Pulihkan Ulser Mulut Dengan Semulajadi
Terdapat pelbagai petua dan rawatan tradisi bagi memulihkan ulserAir garam
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi.
Kumurkan mulut dengan air garam selama 30 saat. Ulangi 2-3 kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
Konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis, lalu membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.
Kumur dengan air garam, memang berkesan tetapi tidak disarankan jika anda tidak tahan sakit.
Air kelapa
Adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kerana kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser.
Madu
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.
Madu merupakan anti-mikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut. Caranya dengan menyapukan sedikit madu pada ulser mulut. Madu juga bertindak sebagai pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi.
Gunakan madu dan letakan di bahagian ulser tersebut. Cara ini memang sangat berkesan dan merupakan petua meredakan ulser mulut yang berkesan sejak dahulu lagi dan sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa
Ais
Letakkan atau tuam kiub ais untuk meredakan bengkak dan denyut pada tempat terkena ulser itu , ia dapat mengecutkan ulser agar tidak membengkak dan mengurangkan radang.
Uncang Teh.
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit.
Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Baking Soda
Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali dapat membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut dan membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
Cara Elak Ulser Lebih Teruk
Ikuti petua ini bagi mengelakkan ulser menjadi lebih serius.
- Makan makanan pedas, berempah, atau berasid seperti jus oren
- Makan makanan yang keras seperti keropok, kerepek, atau kacang
- Makan makanan yang lembut seperti bubur nasi
- Meminum minuman yang terlalu panas
- Menggunakan berus gigi yang lembut untuk memberus gigi
- Banyakkan meminum air kosong
TESTIMONI
[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE].
Assalamualaikum dan salam sejahteraSaya Wan Norasiah Wan Mohd Nor, ibu kepada 4 orang cahaya, 3 hero dan sorang heroin. Suka saya nak berkongsi #shakleeeffect setelah mengamalkan supplemen Shaklee.
Sebenarnya saya mempunyai masalah ulser mulut sejak dari sekolah, universiti hinggalah dah kahwin dan beranak pinak. Boleh dikatakan setiap bulan ulser dalam mulut. Ulser ini bukan yang biasa-biasa.
Biasanya ulser berlaku di bibir, gusi dan lidah, kadang-kadang ia berlaku serentak. Allah, orang yang pernah kena saja tahu bagaimana azabnya. Kebiasaannya ulser berlaku datang sekali pakej sakit-sakit dan lemah-lemah badan serta ia menyerang sakit kepala.
Ulser dalam mulut tetapi kesannya seluruh badan. Badan rasa letih, lesu dan lenguh-lenguh dan rasa macam nak demam.
Emosi juga terganggu, ye la bila ulser dekat lidah, kita tak boleh makan seperti biasa tapi perut lapar. Kadang-kadang berair mata nak habiskan nasi suku pinggan. Usah cakap lauk pauknya, dapat telan nasi kira syukur sangat-sangat itupun makan disulami air masak.
Nak bercakap memang tak selesa. Suami memang faham sangat-sangat bila penyakit itu datang. Tak boleh tanya banyak, isyarat je.
Sampai satu tahap terpaksa amik MC sebab memang tak boleh buka mulut. Ye la macam mana nak masuk kelas ngajar, nak buka mulut pun sakit.
Allah, rasa macam tiada penyelesaian sebab semua petua-petuan saya dah cuba. Pantang orang cakap ubat ulser, saya akan ikut sebab seksanya menanggung sakit ulser. Asam keping, Bonjela, Marjerin, Garam, Madu, Listerin dan macam-macam lagi.
Pernah letak garam, asam keping pada tempat ulser, Allah... sampai menangis, pedih tuhan saja yang tahu. Taubat tak nak buat dah.
Pergi jumpa doktor pun dibagi oral aid untuk tahan sakit saje tapi tidak merawat ulser tu. Kadang-kadang terfikir juga, lama-lama kena ulser takut kena barah. Doktor kata barah pun bermula dengan ulser. Allah semakin takut saya.
Sampai la satu masa saya ambil supplemen Shaklee set ulser mulut. Set itu mengandungi ESP, B Complex dan Vitamin C. Konsisten setiap hari tanpa jemu.
Tanpa disedari, hari-hari, minggu-minggu dan bulan-bulan yang dilalui tanpa gangguan ulser, hidup terus berubah. Tiada lagi muka monyok, bad mood dan murung. Setiap hari boleh tersenyum sampai ke telinga.
Terima kasih Shaklee. selamat tinggal derita. Syukur sangat-sangat.Saya berkongsi kisah benar saya agar semua orang yang senasib dengan bebas dari ulser. Ia umpama mimpi ngeri. Jom amalkan supplemen Shaklee. Kalau ada dengar emak-emak kita atau sesiapa saja ada ulser, bantulah mereka. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Cara Pulihkan Ulser Mulut Dengan Semulajadi Dengan Shaklee
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein sangat penting untuk penggantian sel-sel baru. Jadi pengambilan ESP boleh bantu percepatkan penggantian sel-sel yang rosak akibat ulser mulut.
B Complex
Ulser mulut adalah salah satu tanda kita tubuh stress dan puncanya biasanya daripada bebanan kerja, terlebih bersenam atau kurang air dalam tubuh.
B Complex terkenal sebagai vitamin anti-stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Jadi, pengambilan vitamin B complex secara konsisten bantu mengawal emosi dan tekanan seterusnya bantu cegah dari ulser.
B Complex terkenal sebagai vitamin anti-stress dan membekalkan tenaga kepada tubuh. Jadi, pengambilan vitamin B complex secara konsisten bantu mengawal emosi dan tekanan seterusnya bantu cegah dari ulser.
Vitamin C
Sistem imun badab yang rendah menyebabkan anda mudah untuk mendapat ulser. Vitamin C membantu perkuatkan sistem imun di samping penting untuk kesihatan gusi.
Jika anda sering terdedah kepada ulser mulut adalah penting untuk anda tingkatkan sistem imun tubuh. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan Vitamin C Shaklee 500mg secara konsisten setiap hari
No comments:
Post a Comment