Sabun Pencuci Pakaian Tanpa Bahan Kimia

Apabila memilih sabun pencuci pakaian apakah ciri-ciri yang penting pada pencuci tersebut. Saya sangat yakin pasti anda akan memilih bau pencuci yang wangi kan? Tahukah anda kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit dan menjadi punca berlakunya tindak balas alahan.




Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Sekiranya terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga boleh menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.

Produk-produk di pasaran kebanyakkan atau boleh dikatakan majority mengandungi berpuluh-puluh bahan kimia yang berbeza namun tiada satu pun bahan kimia tersebut telah disenaraikan pada label
produk.

Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Cuba lihat sabun pencuci pakaian anda ...adakah anda yakin ia tidak mempunyai bahan kimia?



Bahan Kimia Bertoksik Berbahaya Dalam Sabun Pencuci






Agen Pencuci (surfaktan)



Bahan ini dimasukkan bagi membantu membersih dengan lebih baik. Ini termasuklah bahan kimia seperti :

Quaternium-15 - dikenali kerana membebaskan formaldehid iaitu karsinogen

Dietanolamina - dikaitkan dengan kulit dan kerengsaan mata dan mungkin masalah hati

Nonylphenol ethoxylate atau NPE - toksik kepada saraf, merengsa kulit, potensi gangguan hormon, toksik kepada hidupan akuatik

Linear Sulfonat alkil benzena atau LAS - merengsa kulit dan mata dan toksik kepada hidupan akuatik; benzena sendiri adalah karsinogen

Sulingan petroleum - dikaitkan dengan kanser dan kerosakan paru-paru


Pewangi (Fragrance)

Para pengeluar menggabungkan beberapa bahan kimia bagi menghasilkan wangian untuk memperdaya kita kononnya bau wangi pakaian kita bersih. Ini kerana persepsi kita bau yang wangi itu bersih.


Peluntur

Peluntur boleh digunakan secara berasingan atau boleh dimasukkan dalam bahan pencuci itu sendiri. Ia menyebabkan kerengsaan pada kulit, mata, dan paru-paru. Ia juga boleh mendatangkan masalah pernafasan, hati dan kerosakan buah pinggang.


Penstabil (Stabilizer)

Bahan kimia ini untuk menstabilkan formula, supaya tahan lebih lama dari tarikh luput . Contohnya  oksida Polialkalina atau etilena oksida, yang dikaitkan dengan mata dan kerengsaan paru-paru, dan juga dermatitis.


4-Dioxane

Bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan detergen. Dalam ujian bebas, Women’s Voices for the Earth mendapati 89 bahagian per juta (ppm) dalam Tide Free & Gentle dan 63 ppm dalam Tide regular.


Pencerah (brightener)

Tahukah anda apakah bahan yang mencerahkan pakaian anda? Bahan kimia apa sebenarnya yang kekal pada pakaian untuk menyerap cahaya UV dan kononnya membantu pakaian kembali cerah.

Kita biasa di perdayakan dengan iklan di kaca tv seperti "Pencuci XXX berkuasa mengembalikan pakaian anda cerah seperti baru" .  Biasa kan lihat iklan sebegini?

Bahan kimia tersebut adalah seperti :-

Naphthotriazolystilbenes - dikaitkan dengan kesan perkembangan dan pembiakan
Benzoxazolyl
Disulfonate diaminostilbene dan lain-lain lagi


Fosfat & EDTA

Bahan ini digunakan untuk membuat bahan pencuci lebih berkesan dalam air yang mempunyai kandungan mineral yang tinggi dari biasa (hard water) dan untuk membantu mencegah kotoran daripada terlekap kembali pada pakaian tersebut apabila telah dicuci.

Bahan kimia ini boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran sungai dan saliran air. Fosfat menyuburkan pertumbuhan alga yang merosakkan ekosistem.

Banyak pengeluar yang sudah tidak menggunakan fosfat tetapi menggunakan etilena diamine asid tetraacetic (EDTA) pula sebagai bahan pengganti. EDTA didapati sebagai toksik dalam kajian haiwan.
Sabun Pencuci Pakaian Tanpa Bahan Kimia.


Sabun Pencuci Pakaian Tanpa Bahan Kimia





Masih adakah sabun pencuci yang mengandungi formula semulajadi untuk pakaian yang lebih bersih dan harum. Pastinya betul- betul bersih dan bahan yang terkandung dalamnya selamat.

Cubala rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry Concentrate. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi dan juga kesihatan kita.

Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci tanpa perlu risau bahawa anda menyedut wangi bahan kimia .


Kelebihan Fresh Laundry Concentrate Shaklee





Ia pastinya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya


Keunikan Fresh Laundry Concentrate

Mesra Alam

- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan
- Surfaktan mudah biorosot
- Tanpa fosfat, borat, bahan perengsa
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Berkesan

- Berkepekatan tinggi boleh membasuh sehingga 88 basuhan
- Hanya1 auns (11.375 liter) sudah mencukupi untuk cucian muatan sederhana
- Sesuai untuk semua suhu, termasuk air sejuk
- Mengekalkan warna pakaian yang putih dan menjadikan pakaian berwarna lebih berseri


Selamat

- Hipoalergenik
- Tanpa klorin
- Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
- Tiada bahan kimia berbahaya


Selain dari pencuci fabrik Fresh Laundry Concentrate Shaklee juga ada mengeluarkan
Soft Fabric Concentrate bertujuan untuk melembukan pakaian.


Soft Fabric Concentrate (pelembut fabrik)




Pekatan pelembut fabrik 946ml ini berbau harum ini berkesan mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, berbanding produk lain yang anda sedang gunakan. Malah, rumusan berkepekatan tinggi ini amat menjimatkan dan membolehkan anda merasai perbezaannya dengan sekali sentuhan.

Kelebihan Soft Fabric Concentrate

Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns mampu melembutkan sehingga 64 cucian .

Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal kesan statik secara semula jadi

Botol kecil mudah dibawa, dituang dan disimpan


Keunikan Soft Fabric Concentrate Shaklee


Mesra Alam

- Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
- Mudah biorosot
- Tanpa fosfat
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Tanpa bahan pewarna
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Berkesan


- Amat berkesan menanggalkan minyak.
- Ultra-pekat: 16 oz. Boleh dicairkan menjadi 48 gelen
- Dua kali lebih pekat berbanding rumusan asal
- Basic H (hanya gunakan separuhsahaja)


Selamat


- Tidak toksik
- Tiada gas beracun
- Tiada bahan kimia berbahaya
- Tanpa pewangi
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tanpa klorin


Petua Berguna

Gunakan cecair Soft Fabric untuk cucian dengan mesin basuh. Ia membantu mengelakkan pakaian daripada berkedut dan melekat pada badan akibat kesan statik, malah pakaian keluarga anda terasa lebih lembutberbanding sebelumnya.





Wajarkah kita memandang enteng sahaja isu pencuci pakaian yang mengandungi bahan kimia? Lebih-lebih lagi jika digunakan untuk mencuci pakaian anak-anak anda terutamanya pakaian bayi yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit mereka. Anak-anak yang mempunya kulit sensitive dan eczema sangat di galakkan menggunakan produk pencuci daripada Shaklee.





Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895


www.wasap.my/60123645895



ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=840b2c22efca496f247caa4063cadd8c



Shaklee ID : 1246697
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah






Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment