Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa

Anda pernah sembelit? Rasanya majority pernah mengalaminya kan..Tetapi malu nak cerita. Biasalah kan kalau melibatkan kawasan sulit memang agak berat untuk kita menceritakan kepada orang lain.

Malangnya kita lebih cenderung untuk menahan sakit akibat masalah sembelit tersebut daripada menceritakan masalah ini untuk mendapatkan rawatan. Ramai yang pandang ringan jika mengalami sembelit. Bagaimana Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa?


Sembelit adalah masalah yang biasa bagi ramai orang. Ia nampak macam simple tapi sangat memeritkan kepada pesakit yang menghidapnya.

Sembelit berlaku apabila pergerakkan usus menjadi perlahan dan menyebabkan anda tu kurang ke tandas berbanding hari-hari biasa. Pergerakkan usus yang perlahan menyebabkan anda membuang air besar lebih lama dari kebiasaannya. Anda mungkin terpaksa meneran, najis keras seperti batu dan bersaiz kecil dan rasa seperti tidak lawas.

Golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih mudah mengalami sembelit.

Sering sembelit boleh menimbulkan menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan, selain sukar menumpukan perhatian, mengantuk, malas, lesu kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.


Punca sembelit

Antara punca sembelit ialah:

🍀 Kurangnya minum air
🍀 Kurang pengambilan serat
🍀 Perubahan corak pemakanan
🍀 Selalu menahan diri dari membuang air besar atau bertangguh-tangguh
🍀 Kurang bersenam atau kurang pergerakan tubuh badan terutama warga tua
🍀 Pengambilan ubatan tertentu
🍀 Masalah saraf dan otot dalam sistem penghadaman
🍀 Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah disebabkan peningkatan usia
🍀 Tekanan

Baru-baru ini, Jabatan Pengawalan Dadah Kebangsaan (FDA) mengeluarkan amaran terhadap penggunaan laksatif berasaskan natrium fosfat (Sodium phosphate) yang mudah dibeli dari kedai farmasi tanpa preskripsi doktor berikutan 13 kematian (12 dewasa dan seorang kanak-kanak).

Bahan aktif natrium berfungsi memaksa air masuk ke dalam usus besar bagi melembutkan najis.


Polyp dan kanser

Usus kecil/besar yang mengalami keradangan atau halangan contohnya berpunca dari kewujudan polyp bersifat malignan (kanser) juga boleh menyebabkan sembelit.

Najis mungkin akan didapati berbeza daripada satu sesi pembuangan air besar ke sesi lain dengan sifat keras, lembut atau cair.

Sila dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sering mengalami sembelit jenis ini.

Ketahuilah terdapat kanser yang dihidapi seseorang pada tempoh yang lama contohnya selama 20 tahun tetapi tidak menerbitkan simptom yang menggusarkan hati penghidapnya.

Contohnya, sakit perut dan sembelit dianggap sakit biasa. Mereka tidak tahu mereka menghidap kanser sehingga mereka mendapatkan pemeriksaan doktor pakar kanser.

Jika anda sering mengalami sembelit, langkah paling bijak adalah belajar mencari puncanya.

Sesetengah puncanya mudah dielakkan sama ada bagi mencegah pembentukan sembelit atau merawatnya.


Bahaya Sembelit

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Apabila usus tersumbat anda juga berisiko mengalami kanser usus..


Sembelit bukan sahaja dipercayai boleh menyebabkan kanser kolon namun kanser pada bahagian tubuh yang lain. Terdapat seorang penghidap kanser otak juga pernah mengakui kanser otaknya disahkan berpunca daripada sembelit yang dialaminya selama berdekad-dekad.

Sering sembelit dan tidak diatasi secara sempurna akan menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada organ hati untuk menjalankan detoksifikasi secara berkesan.
Hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.

Sembelit juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan daripada tubuh secara cekap.

Ini akan menyebabkan peningkatan paras molekul radikal bebas.

Najis yang mengeras akibat sering mengalami sembelit menyebabkan ia mudah melekat pada dinding usus besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.

Sembelit didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar. Ia dikaitkan juga dengan pembentukan diverticulosis (kantung terbentuk pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan) dan apendiks mengalami keradangan.

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau anal fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar (terjatuh).

Cara-cara untuk merawat sembelit

🍀 Minum banyak air

-Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. Mestilah air kosong paling bagus. Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit.

-Air merupakan salah satu cecair yang terbaik yang mencuci bahan buangan dan toksindaripada badan kita. Minuman lain seperti jus dan soda, walaupun mempunyai khasiat tertentu dan semulajadi, ia perlu dikurangkan kerana kemungkinan mempunyai kandungan gula berlebihan atau mungkin menyebabkan sembelit semakin parah.

🍀 Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang mempunyai serat tinggi untuk meningkatkan jumlah pengambilan serat setiap hari.


-Sembelit juga adalah berpunca dari pengambilan lemak yang berlebih, gula bertapis dan tenusu yang berlebihan berbanding dengan serat daripada bijirin dan buah-buahan.

🍀 Tingkatkan pengambilan fiber dalam diet seharian

-Kita memerlukan sekurang-kurangnya 24-38 gram serat sehari.
-Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune.

🍀 Makan prun atau minum dua gelas jus prune. Prun sangat tinggi dalam serat dan mengandungi sorbitol, sejenis bahan yang secara semulajadi membantu melegakan sembelit.

-Prun mempunyai 14.7g daripada sorbitol setiap 100g, manakala jus prun mempunyai 6.1g per 100g. Anda perlu minum lebih banyak jus prun untuk mencapai manfaat kesihatan yang sama kerana jus prun berasal dari prun yang telah diproses dan mengandungi gula tambahan.

🍀Anda juga boleh mengambil suplemen seratselain mendapatkannya dari makanan seharian. Serat tidak boleh dihadamkan oleh enzim di dalam tubuh manusia, jadi ia tidak diserap ke dalam aliran darah.

-Serat kemudiannya kekal di dalam kolon, di mana ia menyerap air dan melembutkan najis.

-Sesetengah makanan tinggi serat termasuk: raspberi, pear, dan epal; pasta gandum (dimasak), barli (masak), dan sekam; kacang berpecah (masak), kacang hitam (dimasak), dan lentil (dimasak); artichokes (dimasak), kacang hijau (dimasak), dan brokoli.

🍀 Bersenam

Jika boleh, elakkan duduk yang lama dan sentiasa pastikan tubuh anda aktif bergerak. Membuat senaman yang agak berat adalah digalakkan, tetapi 30 minit berjalan kaki boleh membantu menggalakkan pergerakan usus yang sihat.

🍀 Guna tandas cangkung

-Jangan pandang remeh benda ni. Tandas cangkung lagi bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit.

-Mencangkung dalam kedudukan yang semula jadi untuk memudahkan perkumuhan. Tinggikan lutut anda ketika anda duduk membuang di atas tandas.

🍀 Minyak Zaitun (Olive Oil)

-Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit juga tau. Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong.

🍀 Jus lemon

-Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat detoks jugak


Cara Mengatasi Sembelit Pada Orang Dewasa Dengan SHAKLEE


Selain dari cara-cara di atas , SHAKLEE juga ada beberapa produk untuk membantu mengatasi masalah sembelit.

1)HERBLAX
Terdiri daripada 9 herba semulajadi. . Semuanya dari sumber semulajadi .Tak de langsung ubat sintetik dari bahan kimia tau

Herblax bukan sahaja membantu merawat sembelit. Tapi ia juga bertindak mendetoks badan kita dari segala toksin yang terkumpul di dalam usus dan perut akibat daripada pengambilan makanan yang tidak sihat atau tidak seimbang.

Kandungan Herblax:-

🍀Senna Leaves – Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
🍀Buckhorn Bark – Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.
🍀Licorice Root – Membantu proses detoksifikasi.
🍀Fennel Seeds – Mengeluarkan toksin yg terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.
🍀Anise seeds – Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
🍀Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.
🍀Blue Malva Flower – Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
🍀Culver’s root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
🍀Alfalfa leaves – Membersihkan usus, darah dan hati.

Kebaikan Herblax

🍀 Pembersihan najis yang tersekat.
🍀 Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
🍀 Membantu masalah sembelit.
🍀 Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
🍀 Mengempiskan perut.
🍀Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.
🍀Memudahkan fungsi usus.
🍀Menghilangkan jeragat.
🍀Mengurangkan bau badan


Siapa yang perlu HERBLAX?
🍀Pengamal tegar ubat tahan sakit.
🍀Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit .
🍀Mereka yang banyak jerawat.
🍀Pesakit gout.
🍀Mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen



2) OSTEMATRIX

Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Apa Peranan Ostematrix Dalah Set Sembelit Shaklee?

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.


Kalsium dan magnesium yang meransang pergerakan peristalsis pada dinding usus, menguatkan saraf dan otot dinding usus supaya lebih sensitif dan peka kepada signal 'membuang' daripada otak.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancer.

**Ibu hamil yang menghadapi masalah sembelit disyorkan untuk mengambil Ostematrix..calcium yang merupakan gabungan kalsium, magnesium, Boron dan Vitamin D.

Bagi ibu hamil, Magnesium dalam Ostematrix membantu melawaskan sistem penghadaman yang memudahkan anda untuk “membuang” keesokan harinya dan selamat untuk ibu hamil… Badan lebih bertenaga dan rasa lebih ringan tubuh untuk bangun pagi.**



3)ALFAFA COMPLEX




Sejenis tumbuhan herba yang memiliki gred yang paling tinggi,kaya dengan klorofil dan khasiat pelbagai nutrisi seperti:-
🍀protein
🍀asid amino
🍀klorofil
🍀serat
🍀fitokimia
🍀10 vitamin
🍀8 enzim
🍀15 zat galian
    Merupakan Formula Shaklee Signature yang dibangunkan oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) yang bebas daripada racun serangga dan hanya menggunakan baja kompas yang bebas daripada bahan kimia.

    Pengambilan 10 biji tablet alfalfa bersamaan dengan segelas susu segar.
    Alfalfa membekalkan zat galian yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain.

    Ia adalah sejenis makanan beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghapuskan toksin, mencuci hati, darah dan usus serta mencantikkan kulit dan otot.

    Alfalfa juga baik untuk memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti sebu, kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit selain boleh menghapuskan kolesterol jahat.


    4)LECITHIN


    Bertindak sebagai pelembut najis, memecahkan molekul lemak dan minyak yang tersumbat dalam salur usus penyebab perut buncit dan kegemukan, dan memudahkan lemak dibawa keluar dengan bantuan herblax dan alfalfa.


    TESTIMONI 1


    TESTIMONI 2



    TESTIMONI 3




    Masalah sembelit, jika di biarkan berlarutan, berkemungkinan boleh menyebabkan kanser usus atau kanser kolon. Nauzubillah mintak dijauhkan dari segala penyakit merbahaya. Bertindak segera untuk mencuci segala kekotoran dalam usus.


    Dengan set ini, bukan sahaja perjalanan ke tandas menjadi lancar, tapi juga boleh kempiskan perut yang buncit akibat mendakan kotoran, lemak, dan toksin pada organ perut dan usus. ALL IN ONE gitu..


    Jika anda berminat untuk order bolehla whats up saya


            whats app LIZA 012-3645895
    @
    bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

    FB : Kasmaliza Othman
    IG : LoveMrVitamin


    ATAU

    Anda juga boleh order secara online di website Shaklee di sini

    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ce6771b7c1f859f5f56119792ae868d4


    Daftar Ahli Satu Kelebihan

    Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

    Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



    No comments:

    Post a Comment