Tips Menjaga Luka Bersalin Caeser Dengan Berkesan

Anda bersalin secara normal atau pembedahan? Alhamdulillah saya bersalin normal. Ramai juga dikalangan kenalan saya bersalin secara pembedahan atau ceaser. So hari ni saya nak kongsikan Tips Menjaga Luka Bersalin Caeser Dengan Berkesan.

Pembedahan caesarean (juga dikenali sebagai c-section) adalah pembedahan di mana pakar obstetrik (perbidanan) membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan.



Pembedahan ini adalah pembedahan besar yang paling biasa di kalangan wanita.

Kenapa Pembedahan Caesarean Dilakukan?

Pembedahan caesarean dilakukan kerana ibu tidak boleh melahirkan anak secara normal.

Terdapat 2 keadaan yang menyebabkan pembedahan itu dijalankan. Jika ibu menghidap darah tinggi dan diabetes semasa kehamilan, selain saiz bayi dalam kandungan terlalu besar, caesarean dilakukan secara pilihan.

Kaedah caesarean turut dilakukan bagi mengurangkan risiko ibu mengalami keguguran, mandul dan masalah uri rendah. Pembedahan caesarean akan dilakukan secara kecemasan jika bayi lemas dan ibu menanggung sakit bersalin yang terlalu lama.

Tulang punggung ibu kecil manakala bayi terlalu besar, dan laluannya dikhuatiri tidak muat.

Ibu tidak boleh meneran atau tidak dapat mengatasi tekanan semasa kelahiran kerana sakit, koma atau pengsan dan sebagainya.

Pintu rahim tidak boleh terbuka walaupun sudah di induce (poor progress).

Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi dan sebagainya.

Bayi songsang – dibimbangi semasa bersalin kepala bayi tidak dapat keluar.

Bayi lemas – bayi berak dalam perut, lemas, jantung bayi berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Apabila itu berlaku, pembedahan kecemasan perlu dibuat ketika itu juga bagi menyelamatkan bayi.


Apa itu luka caesarean?



a. Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit.

b. Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali. Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

c. Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

Melahirkan anak secara pembedahan (Ceaserean) memerlukan kita menjaga luka tersebut dengan lebih rapi lagi..memandangkan luka dan jahitan tersebut adalah lebih besar berbanding luka episitomi, penjagaannya juga agak berbeza kerana lukanya di perut dan bukan di vagina.


Tips menjaga luka bersalin Caeser Dengan Berkesan


Luka akibat pembedahan C-Section mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Jika merasa lemah dan tidak selesa, itu perkara biasa.

1. Membuat pergerakan diawal pembedahan


-Mungkin ramai ibu-ibu yang tak berani nak bergerak selepas pembedahan yang besar, alasannya kerana takut benang jahitan akan terbuka tapi kalau kita membuat sebarang pergerakan ia akan mengurangkan risiko darah beku dan fenomena jahitan terbuka ini memang jarang sangat nak berlaku.

2. Makan makanan berzat dan seimbang

Selepas pembedahan, kita akan kehilangan bendalir tubuh, mineral dan protin jadi di sarankan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin.


Selepas bersalin digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buah banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan

Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Minum air secukupnya


Seperti yang kita tahu air adalah agen pembuang toksin dalam badan namun ada juga mitos yang mengatakan minum terlebih air boleh menyebabkan faraj berair dan rahim kembang, nak percaya atau pun tak saya pun tak pasti tapi dah namanya pun mitos kan.


Untuk saya yang telah melahirkan 2 orang anak , sewaktu berpantang saya memang minum banyak air lagi bila kerap menyusu akan terasa cepat haus.

Kita disarankan untuk meminum air yang secukupnya selepas kelahiran adalah untuk mengatasi masalah kekurangan air, kerana jika kita kekurangan air boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan.

Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Jadi minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

4. Berhati-hati ketika mengambil ubat tradisional


Pengambilan herba-herba dan ubat tradisional ni memang popular di kalangan kita terutamanya dalam masyarakat melayu tapi tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak.

Anda perlu berhati-hati terhadap pengambilan ubat-ubatan tradisional terutamanya dari segi kebersihannya. Dikhuatiri kandungannya akan membahayakan kesihatan.Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang anda.

5. Makan pil penahan sakit

Memang tidak disarankan untuk para ibu mengambil pil penahan sakit ini namun sakit yang keterlaluan menyebabkan anda tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Untuk itu dapatkanlah ubat penahan sakit yang sepatutnya untuk memastikan anda berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

6. Menyusu badan secara eksklusif

Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh anda pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Anda juga boleh mendapatkan tip menyusu dari kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

7. Pastikan luka kering dan bersih

Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu tapi gunalah angin yang sejuk ye jangan yang panas pula nanti rasa sakit pada kesan jahitan tu pulak. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko jangkitan kuman.

Bagi mengelakkan jangkitan dan bernanah, pastikan luka sentiasa bersih dan kering:

• cuci luka ketika mandi

• keringkan luka dengan pengering rambut

• sapukan ubat yang dibekalkan terutama sebelum memakai bengkung


8. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa.

Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali.

Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul.

Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak.

Sekiranya bahagian yang terbuka tidak terlalu besar, doktor akan biarkan sembuh dengan sendiri. Akan tetapi, sekiranya yang jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

9. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai ‘keloid’ terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E.

Keloid wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Walau bagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering.

10. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat.

11. Pakai bengkung


Anda boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ia selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut anda juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus.

Ia juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang anda. Pakai bengkung yang lembut dan berasaskan dari kain. Elok dipakai satu minggu selepas pembedahan.

Jika anda ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku.

• letakkan tisu sebagai lapik sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh terutama pada bahagian luka


12. Elak aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan

Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.

13. Dapatkan bantuan ahli keluarga

Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa anda menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana anda baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Anda tidak boleh melakukannya sendirian.


Jangan pandang remeh pada Tanda-Tanda amaran atau serius selepas ceasarean


1. Demam berterusan.

2. Sakit pada tempat luka

3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

4. Keluar nanah dari tempat luka

5. Tanda kemerahan pada sekitar luka

6. Keluar air jernih dari tempat luka

7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak

8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka


Tips menjaga luka bersalin Ceaser Dengan Berkesan menggunakan SHAKLEE



Vivix

Salah satu jenis Polyphenol, yang dipanggil Resveratrol, memang sangat bagus, dalam ujian makmal membuktikan DNA lebih kuat dari kerosakan dengan mengamalkan resveratol. Wanita yang bersalin, bila ambil vivix, luka akan cepat sembuh

Ostematrix

Membantu menghilangkan lenguh-lenguh otot

Ostematrix juga sangat bagus untuk atasi masalah sembelit. Magnesium di dalam Ostematrix Shaklee membantu menarik air ke dalam usus yang seterusnya bertindak untuk melembutkan najis bagi mengelakkan berlakunya sembelit





B-Complex

Membantu tubuh menghasilkan sel darah merah baru selepas kehilangan banyak darah semasa proses bersalin

Bertindak sebagai anti stress dan menjadikan ibu lebih tenang


Sustained Release Vitamin C


Membantu menyembuhkan luka jahitan dan memulihkan tisu yang rosak selepas bersalin.


Membantu tubuuh melawan penyakit kerana ia meningkatkan daya tahan tubuh.


Penting dalam membentuk kolegen untuk kesihatan dan kecantikan kulit.


Vitalea Iron Formula

Melengkapkn vitamin harian dengan membekalkan 23 jenis mineral dan vitamin yang diperlukan oleh sistem tubuh.

Membantu pembentukan sel darah merah yang berkualiti untuk badan kembali cergas.

Zinc Complex

Penting dalam membaiki luka pembedahan dan luka dalaman

Membantu anak yang disusukan mendapat bekalan zinc melalui penusuan susu ibu.


TESTIMONI

Ikuti pengalaman testimoni ini



Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar!







Dengan Set Bersalin Caesar Shaklee ini, ia dapat mambantu ibu-ibu agar lebih selesa semasa berpantang dan mengurangkan risiko-risiko selepas bersalin seperti :

🍀 Kesakitan dari pembedahan
🍀 Trauma bersalin kerana kesakitan melahirkan
🍀 Badan tidak selangsing dahulu
🍀 Sembelit
🍀 Keguguran rambut
🍀 Kuantiti susu badan yang sedikit

Jika anda berminat untuk order whats up saya




whats app LIZA 012-3645895
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin




Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.






























No comments:

Post a Comment