Tips Mencegah Dan Mengawal Diabetes

Assalamualaikum,
Hari ni saya terima whats app dari sahabat lama saya..sahabat zaman kanak-kanak lagi tau...rindunya zaman kanak-kanak dulu..bertanyakan VIVIX. Katanya masa pregnant anak kedua bacaan kandungan gulanya naik.

Selepas habis berpantang bacaannya masih tinggi.Jadi saya tulis artikel TIps Mencegah Dan Mengawal Diabetes ni khas buat beliau. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau sembuh sedia kala dan semoga kita semua di hindari dari penyakit berbahaya.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit popular menyerang rakyat Malaysia. Diabetes merujuk kepada bacaan gula (glukosa) dalam badan kita yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.



Tahukah anda penyakit diabetis telah menjejaskan kira-kira 4.6 juta kehidupan di Malaysia. Ia memberi gambaran di mana setiap 5 orang dewasa di negara ini menghidap kencing manis dan angka ini menjadikan Malaysia berada di tangga yang ke 10 di dunia dengan jumlah pesakit kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Kebelakangan ini, penyakit kencing manis bukan sahaja menyerang golongan berusia tetapi lebih membimbangkan lagi apabila ia kian menular di kalangan kanak-kanak seawal umur 6 tahun! Ya Allah 6 tahun tu muda lagi kan..


Punca Diabetes

1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi

Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi.

Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan tak boleh ambil langsung semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.







2. Pengambilan “refined carbs” yang tidak terkawal

Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.


3. Tidak beraktivivti

Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup

Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat digunakan di dalam badan.

5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggang dan perut)


Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6. Merokok


Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi


Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan


Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis

9. Tidak mengambil supplemen (jangan sembarangan memilih supplement)

Ramai yang menganggap pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To Diabates, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

10. Pengambilan ubat-ubatan (saya pun pernah ambik ni untuk asma)

Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru.

Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis

11. Sejarah keluarga


Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula

12. Umur

Tidak dapat dinafikan, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

13. Kerintangan insulin

Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi.

Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis.

Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.


Tanda-Tanda Diabetis

🍀Sering dahaga dan sering perlu minum air.
🍀Sering ketandas.
🍀Terasa badan lemah.
🍀Berat badan turun dengan cepat
🍀Penglihatan semakin kabur.
🍀Terasa pening kepala.

**Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.

Siapakah Yang Berisiko Tinggi?
Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :-

🍀Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik)
🍀Mereka yang berat badan agak tinggi
🍀Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas
🍀Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.
🍀Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.


Tips Elak Diabetes

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG).

Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan.

Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.


Senaman
Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.


Penjagaan Berat Badan


Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.


Pemeriksaan Diri Sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh Doktor Secara Tahunan atau secara berkala

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%.

Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%.

Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.


Makanan Untuk Mengawal Diabetes

Bawang Putih



Bawang putih mengandungi allicin dan flavonoid yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan memberikan perlindungan imuniti badan. Bergabung dengan Vitamin B1 (Thiamin) ia membantu pankreas merembeskan insulin dengan baik di dalam badan.


Ikan Salmon


Lemon mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi dan membantu merendahkan skala glisemik di dalam darah.

Avocado







Kekacang seperti seperti badam, cashews,walnut dan kacang tanah membantu badan meningkatkan kerintangan ke atas insulin.


Kulit Kayu Manis





Kulit kayu manis kaya dengan antioksidan, boleh dikisar untuk dijadikan rempah masakan mahupun dimasukkan sedikit ke dalam air untuk diminum. Oat mengandungi serat beta-glucan yang membantu merendahkan gula dalam darah dan membantu mereka yang ingin kurus.


Ubi Keledek





Ubi keledek dipercayai mengandungi antioksidan dan vitamin B6 yang tinggi yang bagus untuk kesihatan.

Mengandungi serat yang tinggi berbanding ubi kentang yang lain, ia juga mempunyai nilai glisemik yang rendah.

Ubi keledek mempunyai kesan positif terhadap kerintangan badan terhadap insulin

Peria





Nutrisi phytokimia di dalam sayur peria yang pahit membantu badan menurunkan paras gula dalam badan






Kajian mengatakan dengan memakan 2 biji epal sehari dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua dan menurunkan paras gula di dalam darah.

Teh Hijau





Soya dicadangakan oleh para doktor sebagai diet yang dapat mengurangkan paras gula dalam darah kerana ia mengandungi protein yang lengkap tanpa kolesterol dan kurang lemak. Soya dapat mengurangkan risiko diabetes jenis kedua.


Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?


Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes.





Membantu Mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin 
Antioksidan yang terkandung dalam vivix dapat membaikpulih sel dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel tubuh. Justeru, pengambilan secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik disebabkan oleh kerosakan gen sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kencing manis menjadi semakin parah.



Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah
Pencernaan karbohidrat akan menghasilkan tenaga gula yang menjana tenaga untuk tubuh manusia. Harus diingat, pengambilan karbohidrat yang tak terkawal akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus berisiko untuk diabetes.

Polifenol adalah bahan yang dihasilkan oleh anggur muscadine akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat. Semua ramuan yang disebutkan ini adalah bahan yang terkandung dalam Vivix Shaklee dan dapat menyumbang mencegah kandungan gula berlebihan dalam darah yang menyebabkan diabetes.


Mengurangkan Risiko Kerosakan Mata Dan Mempercepat Proses Penyembuhan Luka.

Perkara yang sering menghantui pesakit diabetes dan seharusnya waspada kepada yang sihat ialah pesakit diabetes berisiko untuk hilang daya penglihatan dan apabila terluka ianya lambat sembuh dan sehingga satu tahap kaki terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman. Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam menjaga dan memperbaik penglihatan mata dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.


Mengurangkan Risiko Pembentukan Protein AGE

Apabila gula dalam tubuh berlebihan ia berisiko untuk membentuk Protein AGE (advanced glycation end products) dan mengakibatkan sel tubuh mati, atherosclerotic dan risiko diabetes. Salah satu objektif vivix adalah untuk bertindak sebagai tonik anti-penuaan dengan memperlahan pembentukan protein AGE.


VIVIX BUKAN UBAT

Sememangnya vivix bukanlah ubat digunakan untuk merawat diabetes atau kencing manis..Vivix
sebenarnya membantu turunkan paras gula dalam darah..

Bila kandungan gula back to normal insyaAllah seseorang pesakit tu akan FREE dari Diabetes.

1-Vivix Tingkatkan Insulin


Vivix bersifat anti radang yang menghalang sistem imun kita merosakkan ‘Beta Cell’ yang berfungsi untuk hasilkan insulin.
Kesan dari genetik yang sihat, fungsi sistem imun akan lebih fokus kepada mengatasi toksik dan radikal yang masuk ke dalam tubuh.

2-Vivix Atasi Insulin Resistance

Masalah ‘Insulin Resistance’ ini banyak dipengaruhi oleh kadar guna dalam darah.
Bila anda ambil makanan yang tinggi gula (budaya orang kita), maka tubuh akan hasilkan lebih banyak insulin untuk menukarknya menjadi tenaga.


Vivix menghalang proses ini dengan mengawal kepekatan gula dalam darah dan meningkatkan fungsi insulin untuk menukar guna kepada tenaga.

3. Vivix Perbaiki Genetik

Genetik kencing manis yang diwarisi dari ayah atau ibu akan cenderung untuk melakukan proses yang sama.
Vivix membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan pada genetik atau DNA untuk menghalang atau mengawal risiko kencing manis.


Testimoni 1








Testimoni 2



Testimoni 3

Testimoni 4



Testimoni 5

credit pic testimoni to bonda dan sifu saya celikvitamin.com

"Bismillahirohmanirohim…..saya Hjh Noriah Bt Mat Kasim mula mendapat penyakit kencing manis pd tahun 1996 semasa mengandungkan anak bongsu saya yg kini telah berusia 18 tahun.

Dipendekkan cerita masa itu kandungan gula dalam darah saya sentiasa tidak stabil 16 kadangkala mencecah 20 tangan dah mula merasa kebas2. saya mendapat rawatan dgn klinik kerajaan dan makan ubat glumet dc 500 mg(2 biji pg/mlm), melicron 80 mg (dgn sukatan yang sama) tapi kencing manis saya tetap tidak stabil hinggakan doc mengesyorkan agar saya mengambil insulin…..

Hinggalah pada tahun 2011 menantu saya adilahmanaf@celikvitamin.com memperkenalkan vivix (shaklee) kepada saya. Sejak tarikh itu kehidupan saya mula berubah, 2 bulan saya makan vivix sudah ada perkembangan positif, tangan tidak lagi kebas2, kandungan gula dalam darah saya kadang2 menurun hingga ke paras 3.5 dan paling tinggi 6.00, bohonglah kalau saya tidak ambil ubat doc, saya masih lagi makan ubat doc tapi dengan glumet dc 2 biji sahaja (pagi dan petang). Kini saya kembali sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan di usia emas ini dan saya akan tetap memilih vivix untuk menjamin kesihatan saya secara berterusan" 


Pengambilan Vivix Shaklee yang berterusan membantu merawat diabetes selain berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel badan dari kerosakan akibat serangan dari radikal bebas. Ada juga penyakit diabetes sembuh dengan mengamalkan vivix Shaklee. Ini semuanya kuasa Allah. Kita berikhtiar dan Allah yang menentukannya.

Vivix adalah satunya suplemen di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. Vivix sangat bagus untuk merawat penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, penyakit jantung dan darah tinggi. Jika ada antara kita yang menhadapi penyakit 3 serangkai, saya syorkan amalkan Vivix Shaklee


Anda masih membaca artikel ini sehingga kebahagian ini, saya pasti anda memang serius dan saya tak mahu buang masa anda! Betul tak?

Jika anda mencari Vivix Shaklee untuk diri sendiri. Ya! Anda MESTI dapatkannya sekarang untuk mengawal diabetes anda atau orang tersayang anda.


whats app LIZA 012-3645895
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-25% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.











































No comments:

Post a Comment