Tips Merawat Panau Secara Semulajadi

Baru-baru ini saya di hubungi oleh sahabat saya yang suaminya mempunyai masalah panau . Di sini saya kongsikan Tips Merawat Panau Secara Semulajadi .

Penyakit panau merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat jenis Malassezia. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila mereka yang mengidapnya berpeluh.


Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala.

Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.




Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus.

Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat.


Panau boleh melibatkan semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia.

Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.


Kebiasaannya diagnosa dibuat berdasarkan rupa panau di bahagian badan dan disahkan dengan penggunaan mikroskop. Ini melibatkan pengambilan sampel dengan cara kikisan atau penggunaan cellophane tape.

Dengan menggunakan mikroskop, kulat seolah-olah berupa sphaghetti dan bebola “daging”. Penggunaan Wood’s lamp dengan sinaran ultraungu pada gelombang 365nm boleh menunjukkan warna kekuningan pada bahagian badan yang mempunyai panau bagi sesetengah kes.





Pemerhatian secara terus menggunakan sampel kulit yang menghidap penyakit panau dengan menggunakan dakwat parker dan kalium hidroksida

Tanda-tanda awal jangkitan kulat panau


- Permukaan kulit cepat merah menjadi merah, bersisik dan gatal
- Kulat bertambah banyak apabila badan berpeluh
- Kulit bertukar menjadi kepingan flora


Panau berjangkit tak?

Tidak!! Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.


Cara Merawat Panau

Panau boleh dirawat dengan dua kaedah iaitu ubat sapu atau ubat makan/sistemik. Ubat sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan dibahagikan kepada jenis ubat yang tidak spesifik terhadap kulat dan antikulat.
Contoh-contoh ubat tidak spesifik terhadap kulat:-

Losyen 2.5% selenium sulphide
Propylene glycol
Whitfield’s ointment

Ubat sapu antikulat:

Kumpulan azole – clotrimazole, miconazole, ketoconazole, econazole, tioconazole
Krim terbinafine

Rawatan sistemik antikulat hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang mempunyai panau yang teruk, panau yang berulang atau panau yang gagal dirawat dengan ubat sapu.

Rawatan sistemik hanya boleh diberi oleh doktor atau pakar kulit disebabkan risiko kesan sampingan ubat dan tindak balas dengan ubat-ubatan lain.

Contoh-contoh ubat sistemik antikulat adalah itraconazole, fluconazole dan ketoconazole.


Bolehkah panau itu sembuh?

Ya. Secara keseluruhannya pesakit boleh sembuh dengan rawatan yang tersebut di atas. Segelintir pesakit yang mempunyai tompok-tompok pucat mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun sebelum warna kulit kembali seperti sedia kala.

Ini tidak bermakna yang rawatan itu telah gagal. Kulat menghasilkan bahan kimia yang toksik dan menghalang fungsi sel-sel pigmen semasa jangkitan aktif. Ia mengambil masa untuk pulih.

Petua Merawat Panau
Selain rawatan dari segi perubatan , terdapat juga petua merawat panau menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di sekeliling kita.

1) Lengkuas juga dapat membantu menghilangkan panau. Hanya perlu menggunakan air perahan lengkuas yang telah ditumbuk dan disapukan pada bahagian kulit yang berpanau.

Dalam cara yang sama juga,tetapi pada kali ini hanya mengambil air perahan daun lengkuas dan disapukan pada kulit yang berpanau.





2) Bagi menghilangkan panau di muka atau badan, sediakan bawang putih yang telah dibelah dua. Kemudian sapukan terus ke bahagian panau. Kulit akan menjadi kemerahan dan pedih. Petua ini seelok-eloknya dilakukan setiap hari iaitu ketika mandi. InsyaAllah panau akan hilang.


Lain-lain Tips

- Elakkan daripada menggunakan produk kulit berasaskan minyak.

- Kurangkan pendedahan pada cahaya matahari. Pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ruam atau panau yang masih ada

-Pakai syampu anti-kulat setiap hari untuk melindungi diri dari sinaran matahari yang memburukkan masalah panau

-Pakai pelindung matahari atau sunblock setiap hari. Gunakan formula tidak berminyak minimum SPF 30 dah memadai.

-Jangan memakai pakaian yang ketat dan pakai pakaian yang menyerap peluh seperti kain kapas


Tips Merawat Panau Secara Semulajadi Dengan SHAKLEE

Jika anda inginkan rawatan dari dalaman menggunakan vitamin semulajadi yang diformulakan dari bahan semulajadi yang berkualiti tinggi ,produk SHAKLEE merupakan pilihan yang sangat tepat.



Garlic Complex ~ merupakan antibiotik semulajadi yang sangat boleh menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit



Alfalfa Complex ~ bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan.



Sustained Released Vitamin C Plus
~ membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.



Herbal Blend Multi-Purpose Cream ~ Krim sapu ini bertujuan untuk melegakan keradangan kulit seperti gatal-gatal dan luka kecil.




Panau selalu di ambil ringan oleh golongan masyarakat kita. Namun saya percaya ramai yang hilang keyakinan diri di sebabkan panau. Menggunakan Set Panau ini adalah pilihan yang sangat tepat!!


Jika anda berminat untuk order bolehla whats up saya


       whats app
LIZA 012-3645895
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini  www.wasap.my/60123645895

FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Special link

Sesiapa yg nak kulit bersih berseri jom tonton video di bawah..❤



Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.















4 comments:

  1. Panau sejenis penyakit kulit yang disebabkan kulat

    ReplyDelete
  2. berapa harga utk setiap vitamin tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai farahin..boleh hubungi saya di www.wasap.my/60123645895

      Delete
  3. Berapa harga untuk set panau shaklee?

    ReplyDelete