Makanan Dan Resepi Penambah Darah Bagi Ibu Hamil

Pernahkah kita terfikir adakah makanan yang kita makan setiap hari merupakan makanan yang cukup nutrisi yang di perlukan oleh badan kita atau tidak? Antara punca berlakunya kekurangan darah ialah kekurangan 4 nutrisi penting dalam penghasilan darah dalam badan kita iaitu Asid Folik, Vitamin B12, Vitamin C dan Zat Besi.

Bagaimana pula ibu hamil yang mempunyai masalah anemia atau Hb rendah? Pastinya ibu-ibu risau memikirkan macammana caranya untuk meningkatkan Hb rendah. Di sini saya akan kongsikan Makanan Dan Resepi Penambah Darah.

Jenis-Jenis Makanan Tambah Darah

Tanpa kita sedari sebenarnya makanan untuk tambah darah @ meningkatkan Hb boleh di hidangkan dalam sajian seharian kita.


Ikan




Ikan mengandungi asid lemak Omega-3. Antaranya seperti  Ikan Salmon. Ia  boleh meningkatkan bacaan Hb anda ketika mengandung .Ia mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah. Ikan juga sangat sesuai untuk diet anda kerana ia adalah makanan yang rendah nilai kolesterolnya.


Bagi anda yang menggemari telur ikan pula, ini berita baik untuk anda! Telur ikan juga mengandung nutrisi berkhasiat sepert protein, karbohidrat, dan zat besi yang boleh membantu dalam menaikkan bilangan hemoglobin.


Daging Merah


Berbanding dengan daging putih dalam ayam , daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa daging merah juga mempunyai lebih kandungan lemaknya berbanding daging putih. Oleh itu, elakkan pengambilan daging berlemak dan jangan ambil secara berlebihan karena ia boleh meningkatkan risiko pada jantung.

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil.


Tembikai




Tembikai merupakan  salah satu makanan yang dapat membantu menambah darah . Buah ini kaya dengan vitamin A.

Vitamin A terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.


 
Jambu Batu





Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren



Pisang




Pengambilan dua biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan peghasilan sel-sel baru.


Buah Delima




Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.


Buah-buahan Kering



Buah-buahan kering sangat sesuai sebagai makanan kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil.

Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.


Roti Dan Bijirin Berserat Tinggi




Roti dan bijirin berserat tinggi seperti beras merah memiliki kandungan karbohidrat, serat semulajadi, dan zat besi untuk meningkatkan sel-sel darah.

Selain itu roti jagung, bijirin penuh serat (whole grain), pasta, ini berkesan dihidangkan kepada ibu hamil untuk menangani anemia.

Oat memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna.


Kekacang Dan Bijian



Sumber kekacang boleh didapati daripada sayuran seperti kacang panjang, kacang buncis, dan kacang botol. Anda boleh memakan kekacang sebagai snek atau kudapan.

Antaranya kekacang almond, pistachio, walnut, atau kacang badam yang dapat dicerna secara perlahan oleh sistem pencernaan, sehingga dapat mebantu menaikkan tekanan darah. 
*pastikan anda tidak mengalami sebarang alahan terhadap kekacang ini.

Biji-bijian seperti kuaci, biji bunga matahari, atau biji labu juga amat bermanfaat. Menurut rujukan, 100 gram biji labu mengandung 15 mg zat besi, iaitu 83% dari nilai anjuran harian.




Sayuran Berdaun Hijau




   




Sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan vitamin, zat besi dan asid folik semulajadi membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

Sayuran yang mengandungi zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau seperti bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, dan sawi juga membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.

Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mmapu melawan penyakit dan jangkitan. 


Kerang




Kerang juga salah mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan.


Telur


Telur yang bahagian kuningnya sahaja yang mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan penghidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah. Bagus untuk tambah darah.


Madu



Untuk tambah darah, pastikan madu yang asli, dan bukan yang tiruan atau diletakkan gula.
Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan.


Kurma




Makanan tambah darah yang menepati sunnah ialah kurma. Khasiat kurma memang tidak dapat disangkal lagi. Ia juga dapat membantu memberi tenaga dan meningkatkan penghasilan sel darah merah.



Resepi Penambah Darah


Berikut ialah resepi cadangan jus bagi menambah kuantiti darah dalam badan anda, terutamanya ibu mengandung.



Jus Daun Ketumbar



Daun ketumbar ni kebiasaanny dimasukkan didalam masakan kan? Daun ini juga sangat kaya dengan zat besi dan sesuai dijadikan bahan utama bagi menaikkan darah anda.

Bahan-bahan :

1 ikat daun ketumbar
1 biji timun
1 biji epal hijau atau buah oren
1/2 biji perahan lemon

Cara- cara :

Basuh bersih dan masukkan bahan-bahan diatas ke dalam  juicer atau pengisar. Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari untuk dapatkan kesan dan peningkatan kuantiti darah anda.


Jus Bayam, Ubi Bit dan Beri



Jus ini mengandungi jumlah zat besi yang tinggi dan bagi membantu penyerapan zat besi, vitamin C dimasukkan sekali dalam ramuan jus ini.


Bahan-bahan :

1 cawan buah beri merah
3 biji radish kecil (sejenis lobak)
2 genggam bayam
1 biji ubi bit
1/2 biji perahan lemon

Cara-cara:

Basuh bersih dan masukkan bahan-bahan diatas ke dalam  juicer atau pengisar.Jangan lupa masukkan air bagi memudahkan ia dikisar. Minum setiap hari.

Jus Ubi Bit
 



Ubi bit antara tumbuhan yang juga kaya dengan zat besi, manakala lobak dan lemon pula membantu penyerapan zat besi dengan lebih mudah.


Bahan-bahan :

4 saiz sederhana ubi bit merah
4 biji lobak merah
1/2 biji lemon
2 sudu masak yis


Cara-cara:

Basuh dan potong ubi bit merah, lobak dan lemon. Jadikan jus dengan menggunakan juicer ataupun blender. Setelah dijadikan jus, masukkan yis, dan kacau dengan sudu. Minum jus ini setiap kali sarapan untuk efek yang lebih baik.



Dapatkan Nasihat Doktor

Rujuklah kepada pakar sekiranya anda berasa letih dan tidak bermaya. Dengarlah nasihat doktor dan misi di klinik kesihatan dalam membantu anda untuk melawan gejala anemia ini.

Amalkan gaya hidup yang sihat serta pemakanan yang seimbang.

Makan ubat yang diberi mengikut jadual serta boleh mencuba makanan untuk mencegah anemia seperti yang telah disenaraikan di atas.


Suplimen Tambahan

Selain daripada pengambilan makanan yang berkhasiat seperti di atas, pastikan anda meminum air kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas. Elak atau kawal pengambilan kafein dan makanan rapu yang berlebihan.

Jika bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut rutin yang telah ditetapkan atau boleh juga ikhtiar dengan suplimen tambahan produk hebat dari Shaklee yang sememangnya di luluskan oleh KKM, halal, dan semulajadi.

Rujuk Petua Atasi Hb Rendah Ketika Hamil

No comments:

Post a Comment