Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin Dengan Semulajadi

Sembelit selepas bersalin atau semasa berpantang adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan kaum-kaum ibu yang baru melahirkan anak. Personally saya juga tak terkecuali mengalaminya.. Sembelit selepas bersalin membuatkan kita rasa takut dan fobia untuk membuang air besar. Takut untuk meneran kerana risau kan luka jahitan yang masih baru.


Jangan tak percaya kalo saya katakan ada ibu yang menjadi fobia dan serik untuk bersalin lagi hanya semata-mata mengalami pengalaman sembelit yang teruk semasa berpantang.Saya ingin kongsikan Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin Secara Semulajadi.

Normal ke sembelit selepas bersalin?

Adalah perkara yang normal jika anda tidak dapat membuang air besar selama beberapa hari pertama selepas melahirkan bayi. Kira-kira 20% ibu-ibu mengalami sembelit selepas melahirkan.

Di hospital, anda mungkin tidak rasa hendak membuang air jika anda diberi enema semasa peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh membuang air besar:

Jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan anda semasa hamil boleh menyebabkan sembelit.

Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi lebih lemah.

Punca-Punca Sembelit

πŸ€ Melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;

πŸ€ Mengambil pil zat besi yang boleh menyebabkan sembelit;(tetapi bukan kalsium magnesium)

πŸ€ Mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan diman luka bersalin anda memerlukan jahitan (bagi yang bersalin normal)

πŸ€Kurang minum air, biasanye ketika berpantang kita berbengkung kadang kite sudah berbengkung kemungkinan kita malas untuk membuka bengkung.

πŸ€ Pengambilan jamu atau akar kayu yang brsifat panas juga menyebabkan badan kekurangan air, sekaligus menyebabkan sembelit.

πŸ€ Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan turut menjadi penyumbang kepada masalah sembelit. Alasannya, kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan ‘sejuk’.

-Pengambilannya dikatakan boleh memudaratkan ibu dalam pantang padahal sayur dan buah kaya dengan serat yang berfungsi membantu proses penghadaman dan mempercepatkan aliran keluar sisa makanan dari tubuh.

πŸ€Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.

πŸ€ Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

πŸ€Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Faktor-faktor masalah sembelit kepada ibu selepas bersalin

Otot pada abdomen menjadi kendur menyebabkan tekanan pada bahagian dalam abdomen lebih rendah daripada biasa.

Otot pada usus juga mengendur kerana kadar hormone progesterone yang tinggi semasa hamil.
Takut hendak membuang air besar kerana bimbang jahitan pada luka epistomi terbuka atau rasa sakit pada bahagian tersebut.

Sakit ke membuang air besar selepas bersalin?

Perasaan takut untuk membuang air besar mungkin membuatkan masalah ini lebih teruk. Kegusaran boleh membuat anda mengetatkan otot, bukannya mengendur dan membukanya. Cuba alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Jika anda dikenakan jahitan, jangan bimbang kalau-kalau ia akan terkoyak apabila anda membuang air besar. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak membuang air besar kerana sembelit akan meregangkan lantai pelvis anda.

Cara Atasi Sembelit Selepas Bersalin

1) Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum.


2) Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka.


3) Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.

4) Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.

5) Sesetengah doktor akan membekalkan ubat julap atau pelembut najis apabila anda keluar daripada hospital.


6) Mula makan dan minum dengan kerap sebaik saja anda melahirkan bayi anda. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

7) Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari.

8) Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring untuk jangka masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

9) Lipat sekeping tuala wanita yang bersih menjadi dua, dan pegang berhampiran perineum anda atau melitupi jahitan, dari arah hadapan. Ini membantu menyokong lantai pelvis anda. Ia juga membantu anda merasa yakin bahawa jahitan anda tidak akan terbuka (ini tak akan berlaku!).

-Apabila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila membuang air besar. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah semasa anda meneran.

10) Ketika membuang air besar ,posisi mirip mencangkung. Duduk sepenuhnya, tetapi jangan mencangkung, kerana badan masih belum stabil. Luruskan belakang, angkat lutut supaya lebih tinggi dari pinggung. Letak kaki di atas bangku supaya lebih tinggi, dan pijak dengan jari kaki. Dalam masa sama, letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi paling mirip dengan mencangkung, kerana posisi inilah yang paling baik untuk menggerakkan usus.






Tips Atasi Sembelit Selepas Bersalin  
Secara Semulajadi dengan SHAKLEE


Ostematrix

Ostematrix adalah suplemen yang mengandungi Calcium, Magnesium & Vitamin D.

Ostematrix mengandungi magnesium di mana ia adalah mineral yang penting untuk kesihatan Kardiovaskular dan Otot. Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon membolehkan tindakan Peristalsis biasa.

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Jadi Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.

Kalo nak lagi best amalkan SET BERPANTANG SHAKLEE

TESTIMONI



“Alhamdulillah, selamat bersalin 3 Feb 2012 baru nie. Hari nie genap 6 hari berpantang, dan 6 hari gak saya dah mula makan set berpantang shaklee + makan OsteMatrix cegah sembelit.. Saya tak sembelit langsung, jahitan tak rasa sakit sangat dan luka nampak cepat sembuh dari dulu.”


TESTIMONI

Jom kita saksikan video ni , tiada lagi fobia sembelit selepas bersalin..





Seksanya sembelit hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu. Untuk order :-


whats app LIZA 012-3645895

@

bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin

ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee




https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ba91c53141a643c6e46492fc64d8eebb


Daftar Ahli Satu Kelebihan

Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment