Cara Mudah Hamil Dengan Semulajadi

Cara Mudah Hamil

Setiap pasangan yang sudah berumahtangga pasti inginkan cahaya mata. Di sini saya ingin kongsikan Cara Mudah Hamil Dengan Semulajadi dengan izin Allah.Insya Allah.

Sebelum menggunakan apa2 cara atau produk di nasihatkan membuat pemeriksaan dengan doctor dahulu supaya kite boleh tahu apa masalah yang menyebabkan kita susah hamil





Punca Lambat Hamil

Terdapat pelbagai punca yang menjadi penyebab lambat @ sukar hamil,di antaranya adalah:-

🌸 Keputihan - Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat. 


🌸Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Secara tak langsung ,ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ini menyebabkan ovum tidak mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.

🌸Keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak. Selain itu, kulat atau bakteria yang ada di sekitar faraj juga boleh mengganggu kualiti sperma yang memasuki faraj. Jadi masalah keputihan janganla kita pandang remeh ye...

🌸 Haid Tidak Teratur (ketidakseimbangan hormon)- Seseorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar hamil. Mempunyai haid yang tidak teratur, tiada haid dalam satu tempoh panjang, atau haid keluar hanya sedikit menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.


🌸 Pcos/cyst/fibroid - Tahukah anda bahawa aras FSH (Folikel Stimulating Hormone) dalam badan seseorang berkorelasi dengan kualiti dan kuantiti telur dalam ovari dan mempengaruhi kawalatur kitar haid seseorang. FSH adalah sejenis hormon yang boleh memberi kesan secara langsung kepada peluang untuk hamil. Jika badan tidak dapat menghasilkan FSH yang secukupnya, ia akan memberi kesan kepada ‘simpanan telur’ dalam ovari seseorang.




🌸Keadaan dimana aras FSH yang rendah ini biasa dikesan pada mereka yang mengalami PCOS. Secara umumnya, bagi wanita yang dalam ikhtiar untuk hamil, aras FSH yang baik adalah dibawah 10mIU/ml. Namun bila aras FSH ini terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia akan mengganggu aturan kitar haid dan seterusnya menjejaskan peluang untuk hamil.

🌸Wanita yang menghadapi masalah PCOS selalunya menghadapi masalah kitaran haid di mana telur sangat sukar untuk mencapai tahap kematangan untuk disenyawakan bersama sperma.

🌸Jika seseorang di diagnose mempunyai cyst/fibroid juga merupakan salah satu punca sukar hamil.

🌸Kegemukan / obesity - Kajian oleh Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita yang mempunyai berat berlebihan berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat.


Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran. Obesiti sememangnya berkait rapat juga dengan ketidakseimbangan hormon justeru boleh mencetuskan masalah dengan ovulasi dan kitaran haid.

Wanita yang mempunyai berat tidak ideal mengambil masa yang lama untuk hamil daripada wanita dalam lingkungan berat badan yang sihat dan apabila mereka hamil mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat komplikasi kehamilan seperti keguguran, diabetes dan kelahiran pra-matang.

Malah, berat badan berlebihan juga selalu dikaitkan dengan masalah PCOS, di mana ia merupakan antara faktor utama masalah kesuburan wanita.

🌸Gaya hidup- makan makanan yang tidak seimbang dan tidak berzat . Seseorang yang merokok atau minum arak juga didapati mengundang kepada sukar hamil





Tips Merangsang Kehamilan



Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.

Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.

Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.

Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.



Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.

Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.

Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

    Selain itu bagi yang beragama islam doa pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:


Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)


Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)


Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)


Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)


Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)


Di samping cara2 di atas dan lain2 usaha kat sini saya juga ingin cadangkan set kesuburan SHAKLEE samada yg baru atau yang lama sudah berusaha untuk hamil namun masih gagal. Berusahala selagi boleh selebihnye terserah pada kuasa Allah.


Set Kesuburan Shaklee yang disarankan ini juga sebenarnya bagi meningkatkan kesuburan bukan sahaja untuk isteri malahan untuk suami juga.




🍀 Zinc Complex



Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif .

Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’.

Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.


🍀 Vitalea


Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan.

Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.


🍀 B Complex


Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon.

Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.




Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan selenium.


Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


🍀 GLA Complex



Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.


🍀 Alfalfa Complex




Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


TESTIMONI




Kita sebagai manusia cuma boleh berusaha..selebihnye kita serahkan pada Allah. InsyaAllah saya doakan anda berjaya hamil hendaknya..





  • 🍀 Bagi yang berminat untuk mendapatkan set kesuburan ini boleh terus hubungi saya 🍀



whats app LIZA 012-3645895 
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

FB : Kasmaliza Othman

IG : LoveMrVitamin




Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.


















6 comments:

  1. Alhamdulillah, saya takde sebarang masalah untuk hamil cun2 tak cepat dan tak lambat sgt.

    Pada yg masih TTC, good luck. Boleh try set kehamilan shaklee plak lps tu

    ReplyDelete
  2. Interesting juga tips untuk mudah hamil ni.
    Terima kasih atas info.

    ReplyDelete
  3. nak conceive ni kadang2 tak boleh fikir sangat stress jadinye nanti kan..

    Kulit Kering & Bersisik?

    ReplyDelete
  4. banyak juga kan punca sukar hamil ni. perlu atasi segera. tq sharing :)

    ReplyDelete
  5. Info yang menarik..tq for sharing..

    ReplyDelete