Cara Merawat Stroke Secara Semulajadi

Apabila kita dengar perkataan STROKE kita tahu penyakit ni begitu sinonim dengan penduduk di Malaysia bahkan di seluruh dunia.Ia juga merupakan penyebab kematian ke-3 terbesar di Malaysia.

Cuba kita lihat di sekeliling kita ada tak sesiapa yang mengalami stroke? Mesti ada kan..kalo bukan keluarga terdekat mesti ada terdengar cerita dr kawan2 kan..so hari ni kita cerita bagaimana Cara Merawat Stroke Secara Semulajadi?


APA ITU STROKE?

Stroke atau angin ahmar adalah kehilangan fungsi otak yang disebabkan terhentinya aliran darah ke otak.

Bila aliran berhenti selama lebih daripada beberapa detik, sel-sel jaringan otak yang tidak dapat nutrisi dan oksigen akan mati dan menyebabkan kerosakan fungsi otak.

Stroke ada 2 jenis :-

1) Stroke Ischemic
Stroke jenis ini berlaku bila salur darah ke otak tersumbat. Salur darah ni tersumbat disebabkan oleh ketulan darah atau bila ada arteri yang mula sempit dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah



2) Stroke Hemorrhagic
Stroke hemorrhagic berlaku sebab salur darah pecah, darah terkeluar dari salur darah dan membunuh sel otak. Salah satu penyebab stroke ini adalah tekanan darah tinggi





TANDA-TANDA BILA SESEORANG TERKENA STROKE

Tanda-tanda stroke adalah kelemahan yang berlaku secara tiba-tiba pada wajah, lengan atau kaki, selalunya serangan akan berlaku di salah satu sisi tubuh (lumpuh sebelah badan).




Antaranya seperti:-

πŸ€ Wajah melabuh - Satu sisi muka terasa berat muka atau kurang deria rasa.
πŸ€ Lemah anggota tangan - Salah satu tangan rasa lemah atau kebas.
πŸ€ Sukar bertutur – pertuturannya mungkin tidak jelas.
πŸ€ Mengalami kekeliruan secara tiba-tiba dan sukar memahami sesuatu perkara.
πŸ€ Kebas kaki, tangan atau muka secara tiba tiba
πŸ€Menghadapi masalah penglihatan atau tidak dapat melihat secara tiba tiba samada sebelah atau kedua belah mata.
πŸ€Hadapi masalah untuk berjalan, pening dan hilang keseimbangan secara tiba tiba.
πŸ€Sakit kepala melampau secara tiba -tiba tanpa sebab diketahui
πŸ€Bila di serang stroke, biasanya sebelah badan akan lumpuh.
πŸ€Stroke bergantung pada sisi otak yang dipengaruhi, bahagian otak yang terkena dan peringkat kecederaan otak.
πŸ€Setiap orang mungkin memiliki tanda-tanda stroke yang berbeza.

PUNCA BERLAKUNYA STROKE

πŸ€Faktor usia yang meningkat, semakin berisiko mendapat stroke.
πŸ€Sejarah keluarga yang mempunyai stroke.
πŸ€Berpenyakit tekanan darah tinggi
πŸ€Kandungan kolesterol tinggi.
πŸ€Perokok tegar.
πŸ€Berpenyakit diabetes
πŸ€Obesiti
πŸ€Mengalami strok ringan sebelumnya
πŸ€Tingginya kadar homosistein (sejenis asid amino di dalamdarah)
πŸ€Penagih atau penggunaan alkohol yang tinggi.
πŸ€Kemurungan dimana wanita pertengahan umur dengan kemurungan klinikal mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat stroke.


CARA ELAK STROKE (Angin Ahmar) Supaya Tidak Cacat Seumur Hidup

1. Memantau  Bacaan Tekanan Darah
Paling penting untuk kita sentiasa tahu keadaan tekanan darah kita. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk lebih lanjut.

2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang
Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.

3. Buang Tabiat Merokok
Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.

4.Kurangkan Ambil Garam
Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.

5. Kawal Bacaan Diabetes
Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.

6. Kurangkan Minuman Alkohol
Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke jika diambil overdose. Maksimum sekurang-kurang dalam 2 gelas sehari ataupun lebih baik berhenti terus minum alkohol. Itu lebih baik.

7. Selalu Bersenam
Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman di gim. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.

Selain itu terdapat supplement daripada SHAKLEE yang dipercayai dapat membantu dalam merawat atau sebaiknya mencegah daripada stroke.

🌸Bagaimana VIVIX Membantu Pesakit Stroke🌸



1. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot dan menggalakkan sel menjadi sihat semula.

2. Ramuan Vivix juga adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan yang ada dalam anggur Muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel

3. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati dan tidak normal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.

4. Vivix membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang akan menyebabkan serangan kardiovaskular / jantung.

5. Ramuan vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.

6. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.


7. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam mengekalkan berat badan ideal.

8. Ekstrak purple carrot membantu dalam kesihatan salur darah dan platlet yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.

9. Ekstrak Elderberry pula membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.


Vivix telah menunjukkan bukti, ia banyak membantu dalam pemulihan pesakit stroke.




Vivix ni bukan la ubat ..ia ada makanan tambahan . lanya adalah pilihan supplement yang bagus untuk mendapat kesihatan yang lebih baik ..rasanye tak salah kalo kita mencuba..kan kite kena berusaha dulu barula tawakal ..betul tak..so jom order dengan saya    untuk dapatkan harga yg lebih menarik..

Bagi yang berminat untuk mendapatkan VIVIX ini boleh terus hubungi saya

whats app LIZA 012-3645895
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



3 comments:

  1. Replies
    1. Kan kak wan..nauzubillah mtk.jauh dr kita semua..prevention better then cure

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete