Petua Merawat Kencing Kotor Dengan Berkesan

Pernah tak anda merasa macammana kencing tak lawas atau lebih di kenali sebagai kencing kotor? Ataupun anda terkucil, padahal anda baru saja membuang air kecil sekejap tadi? Saya pun selalu menghadapi masalah ni.

So hari ni saya akan kongsikan Petua Merawat Kencing Kotor Dengan Berkesan..Tahu tak, ini adalah salah satu simpton kepada masalah pundi kencing. Masalah pundi kencing lebih kerap menyerang wanita. Jangkitan ini biasanya berlaku kepada wanita yang berusia di antara 20 hingga 50 tahun.


Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat kencing kotor (UTI) kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.


Apa Itu Kencing Kotor?

Kencing kotor merupakan sejenis jangkitan pada saluran kencing dan 80% kes adalah disebabkan kuman bakteria E.coli

Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:

🍀Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

🍀Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.

🍀Keradangan uretra atau uretritis.

Tanda-Tanda @ Simpton Kencing Kotor

🍀Kerap ke tandas -terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak

🍀Tidak dapat mengawal kencing

🍀Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil

🍀 Sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)

🍀Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk

🍀Perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan)

🍀Demam atau kenaikan suhu badan dan seram sejuk

🍀Berasa sakit ketika melakukan hubungan seks

🍀Loya dan muntah


Punca-Punca Kencing Kotor

🍀Yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar.
-Perbuatan yang demikian akan menggalakkan bakteria dari dudur atau faraj memasuki uretra.

🍀Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada kencing kotor kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.

🍀Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.

Komplikasi

Seandainya jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, iaboleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.


Petua Merawat Kencing Kotor

Pengambilan antibiotic


- Mesti mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu)


Minum banyak air





-sekurang-kurangnya 10 gelas sehari supaya dapat menyingkirkan bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.

- Elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.

Menggunakan Baking Soda


-Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.

Air Barli

-minum air barli boleh hilangkan kencing kotor.






Cara-cara :-

1)Masa rebus barli tu letak secubit garam (untuk rasa lemak-lemak )
2)Masa rebus jugak ni, bolehlah letak helaian daun pandan (Wangi semerbak je baunya)
3)Boleh jugak perahkan limau (limau nipis / limau kasturi/lemon) ke dalam gelas sebelum minum air barli tu
4)oleh tambah gula sikit...
5)Kalau ada yang suka pudina, letak daun pudina sehelai dua pun boleh...
6)Kalau nak letak kiub ais pun boleh jugak

Pengambilan buah buahan atau jus

Ambil jus buah buahan tanpa gula bagi membantu mengelakkan bakteria melekat pada dinding pundi kencing.Vitamin C yang terdapat dalam buah buahan juga dapat membantu menyediakan keadaan yang berasid yang dapat membantu membunuh bakteria.



Buah belimbing antara buah buahan tempatan yang sesuai untuk digunakan sebagai cara alternatif merawat masalah kencing kotor. Ianya kaya dengan antioksidan, pottasium dan vitamin C.

Saintis daripada Thailand pada tahun 2002 telah berjaya mengenal pasti bahawa belimbing boleh membunuh kuman E Coli, Klebsiella,Staphillococus aureus, Pseudomonas aeruginosa yang dikaitkan dengan jangkitan masalah ini.

##Jika anda sedang atau pernah mengalami masalah ginjal dan melakukan dialisis atau pernah mengalami batu karang pada ginjal ELAKKAN buah belimbing kerana ia mengandungi asid oxalic yang boleh memberikan mudarat kepada mereka yang mengalami masalah ginjal atau buah pinggang.


Minum air kelapa







- Minum air kelapa juga membantu mengelakkan jangkitan pada saluran air kencing terutama di kalangan ibu hamil


Buang air kecil


-Jangan menanguh jika ingin membuang air kecil.Menahan air kencing dalam pundi kencing mengalakkan pembiakan bakteria.

Tukar tuala wanita dengan kerap






Langkah Pencegahan

- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian.

- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.

- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendakalah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan

- Bersihkan faraj anda dengan teliti setiap hari, tetapi elakkan penggunaan sabun yang kuat, douch, krim antiseptik dan produk pembersih wanita yang boleh membunuh bakteria baik dan merengsakan saluran kencing yang sensitive.

- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.

- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.

- Bagi wanita hamil dinasihatkan terus berjumpa doktor untuk rawatan.

- Kurangkan minuman manis dan berkafein.

-Tukar pakaian dalam dan seluar ketat setiap hari.

-Pastikan tuala yang guna untuk lap selepas buang air adalah tuala yang bersih.


Cara Merawat Kencing Kotor Dengan SHAKLEE



ALFALFA - berfungsi sebagai anti kulat
-Dipercayai sebagai tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang.


GARLIC - berfungsi sebagai antibiotik semulajadi
-Menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria, virus dan yis.



ZINC COMPLEX - membantu pemulihan saluran urinary
VITAMIN C - mengasidkan urin, menjadikan pundi kencing selamat dari bakteria membiak dan mengukuhkan sistem imun badan.

Jom lihat video ini



Special link

Sesiapa yg nak kulit bersih berseri boleh tonton video di bawah..❤




Bagi yang berminat untuk mendapatkan SET KENCING KOTOR ini boleh terus hubungi saya
whats app LIZA 012-3645895
@
bagi yang access blog ini melalui handphone terus klik di sini www.wasap.my/60123645895

FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f807d346ea8dca278c97b975e1f81580









Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
















32 comments:

  1. say apun sering mengalami kencing kotor ni. terima kasih ats perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2...saya tulis ni pun berdasarkan pengalaman saya jugak..:-) tq sudi baca

      Delete
    2. Hi nak Tanya .ada tak rasa skit di bahagian pinggang Dan rasa mcm angin tak lepas ?

      Delete
  2. Sy nak Tanya ada tak masak kena tu dkt bahagian sebelah pinggang macam rasa angin xlepas .?

    ReplyDelete
  3. Ye fiqa...sy dulu2 mmg sakit dr pinggang smpai ke.ari2...😊

    ReplyDelete
  4. serius rupanya masalah kencing kotor ni...

    ReplyDelete
  5. tq sis..kongsikan pasal kencing kotor

    ReplyDelete
  6. Terima kasih puan liza kongsikan tentang kencing kotor..memang sakit kalau kena ni..terasa nak berguling dalam bilik air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru kena ni. Saya suspek sebab harini banyak makan mi kuning. Sakittt... uhhh

      Delete
  7. Sy pon baru kena..harap2 la dngn perkongsian ni dpt membantu sy ..sakit nya ..tuhan saja yg tahu

    ReplyDelete
  8. Saya ada simptom jangkitan kencing. Kalau boleh 24 jam duduk dlm tandas, sbb asyik rasa nak kencing saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis ..kalo dah kena mmg rasa nk duk bilik air terus..hu..hu

      Delete
  9. sy br lpas jumpa doc, test air kencing siap berdarah dn nanah... to the max!! ... alhamdulillah.. antibiotik mmg membantu dn doc ckp bkn kerana xbersih tkadang cucian wanita xsesuai ngan kita serta kuman dr najis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ...ada jugak kes yang gunakn cucian wanita terkena kencing kotor...lain org lain simptonnye...hrp sis cpt sembuh ye...

      Delete
  10. Adik ipar saya yg tgh pregnant pun kena jg, skrg kena tahan wad, mcm mna nk tolong?

    ReplyDelete
  11. Sy nak berkongsi ....selain dari bali...blh cubatjus oren...mcm twister oren ker...tapi pastikan lepas tu minum air yg byk sbb manis...tapi sgt berkesan meredakan

    ReplyDelete
  12. Saya mengalaminya skrg,rasa sakit mcm nak pecah kat tutttt masa buang air kecil

    ReplyDelete
  13. Ubat untuk cuci air kencing (clean urine) ada tak

    ReplyDelete
  14. Minum vit c soluble yg larut dlm air..insya Allah cepat reda rasa sakit bila nk buang air kecil..dan banyak minum air putih..

    ReplyDelete
  15. Kenapa ye sy kerap pi tnds . Nk kerja pn ssh .

    ReplyDelete
  16. Hai..kak nak tnya..klu sedang hamil ..boleh tak mnum air baking soda tu..

    ReplyDelete
  17. Nak tanya antibiotik utk kencing kotor bole beli kat farmasi..

    ReplyDelete
  18. Terima kasih puan atas perkongsian..

    ReplyDelete
  19. Sy nk tny , bru ni sy kna kncing kotor ad drh skit .. bila dktr bgi antibiotik .. dlm brp hri rsa ok .. tp mngecewakn .. rsa kncing tu tk lras blik .. rsa skit bila nk kncing tu ad jga tpi xbrp skit dri sblum ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin anda juga menghadapi masalah kencing tak lawas juga. Seeloknya segeralah berjumpa doktor semula supaya doktor boleh memantau tahap sakit anda itu agar ia tak menjadi lebih parah lagi. Anda juga boleh mencuba beberapa petua untuk atasi masalah ini. Semoga bermanfaat.

      Delete
  20. Sy pun alami.slps ke doc pun skjp jer ok ..mmg pncci wanita kot punca

    ReplyDelete
  21. Saya sedang mengalaminya.masuk Hari ke4.kencing kotor.mmg Tak selesa.

    ReplyDelete
  22. Sy tgh prgnnt skrg...tpi air kencing sy kotor dan berdarah..spe2 thu mcm mne nk cegah

    ReplyDelete
  23. Saya pun ada masalah kencing tak henti agaknya dalam 5 kali dalam sejam nak ke toilet je tapi bila dah masuk tandas setitis pun susah nak keluar.

    ReplyDelete
  24. Anak saya umur 7 tahun dah diberi doctor antibiotic pun tak lega sakit kemaluan. Jadi Kali kedua, mungkin sebab kurang minum air juga belum berkhatan. Bolehkah dia Cuba shaklee?

    ReplyDelete