Cara Mengatasi Masalah Kebas Tangan

Pernah tak berlaku kepada anda kebas-kebas ? Saya yakin dan pasti setiap orang pasti pernah melaluinya kan . Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan juga kaki.

Tahukah anda jikalau anda mengalami masalah kebas di tangan berkemungkinan bukan mebas tangan biasa? Jom kita ikuti perkongsian kali ini memgenai Cara Mengatasi Masalah Kebas Tangan.




Mengapa kebas boleh berlaku?


Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.


Penyempitan Salur Darah

Ia berkait rapat dengan gaya hidup seharian kita. Dari segi pemakanan yang kurang sihat, tidak bersenam, serta amalan seperti merokok dan minum alkohol adalah antara punca kepada penyempitan saluran darah.

Jadi proses aliran darah ke seluruh tubuh akan terganggu dan menyebabkan seseorang itu mudah berasa kebas, sesemut atau sakit dihujung jari dan kaki. Perkara ini sering terjadi kepada pesakit yang mempunyai kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, pesakit kencing manis dan juga strok.


Masalah Pada Saraf Itu Sendiri

Saraf yang tercedera akibat kemalangan . Saraf juga boleh bermasalah akibat daripada pengumpulan bahan toksin didalam badan.


Dalam sesetengah kes, tekanan juga boleh menyebabkan masalah kebas ini seperti penyakit Carpal Tunnel Syndrom.









Menurut Perunding Ortopedik, Tangan dan Pembedahan Mikro Hospital Beacon Dr Terence Tay Khai Wei, antara masalah kesihatan yang dikenal pasti berkaitan kebas tangan ialah Sindrom Terowong  atau lebih dikenali Carpal Tunnel Syndrome (CTS).

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlakunya tekanan kepada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang.

Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan di bahagian nadi (Carpal Tunnel) itu sendiri. Di dalam terowong ini, banyak beberapa tisu penting yang melaluinya termasuk saraf.




Dengan kata lain CTS merupakan penyakit berkaitan saraf di mana saraf terganggu atau tidak berada dalam keadaan sewajarnya tangan khususnya pergelangan dan jari seperti ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian daripada jari manis berasa kebas,sakit, serta tidak selesa.

Tekanan berterusan kepada saraf median menyebabkan kebas-kebas pada jari yang jika dibiarkan boleh menyebabkan lemah pada tangan dan lagi buruk otot juga boleh jadi makin mengecil dan tidak berfungsi (atrophy). So masalah kebas tangan tidak boleh di pandang enteng.



Punca Penyebab Kebas Tangan / Carpal Tunnel Syndrome


Kebas tangan memang sinonim dengan wanita pada usia pertengahan.
Antara punca penyebab sindrom ini adalah :-

- Wanita atau para ibu yang banyak melakukan kerja-kerja di rumah contohnya menguli roti, menjahit dan sebagainya.

- Ia juga boleh dikaitkan dengan penyakit seperti artritis dan gout.

- Disebabkan oleh patah atau cedera pada pergelangan tangan

- Sindrom pra-haid (PMS)

- Ibu hamil

- Kesan sampingan ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.

- Kekurangan vitamin B12.

- Kekurangan darah, terlalu gemuk, dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.

- Penggunaan tangan yang berlebihan seperti menaip dalam tempoh yang lama.

- Menggunakan tangan berulang-ulang dengan kuat kerana tuntutan kerja seperti di kilang jentera berat atau mesin yang bergetar berterusan. Pemandu kereta juga boleh menghadapi masalah ini.

- Penglibatan sukan yang menggunakan pergelangan tangan seperti pemain bola baling dan badminton

- Pemain muzik professional

- Penyakit lain disebabkan gangguan hormon contohnya diabetes dan tiroid.
- Keturunan - Sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.

- Individu merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.



Simpton Sindrom Carpal Tunnel

-kebas pada tangan atau hujung jari

-lebih kebas apabila tidur diwaktu malam atau bangun pagi

-susah untuk memegang objek, tangan menjadi semakin kebas dan sakit

-kebas berkurang apabila tangan dalam keadaan rehat


Langkah dan penjagaan kesihatan


Sebaiknya dapatkan pengesahan dan pemeriksaaan yang lebih lanjut daripada mana-mana pegawai perubatan anda.


- Lakukan ujian gula di dalam tubuh anda. Ambil suplemen tambahan seperti kalsium dan vitamin.
- Lakukan senaman ringan bagi melancarkan lagi peredaran darah anda.
- Berhenti merokok kerana nikotin boleh menyebabkan pembuluh darah mengecut.
- Rehatkan diri dan elakkan daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
- Mengambil makanan dari sumber semulajadi.




Cara Mengatasi Masalah Kebas Tangan Dengan Shaklee





Omega Guard

- Minyak ikan yang mengandungi Omega 3 berfungsi sebagai anti radang pada sendi dan saraf yang bertindak mengurangkan kesakitan kepada sendi dan saraf yang bermasalah. Ia juga berfungsi untuk melancarkan aliran darah ke seluruh badan. Omega Guard ini juga berupaya menyingkirkan kolesterol yang berlebihan daripada tubuh, di mana ia adalah salah satu punca penyempitan salur darah yang boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.


B Complex

- B Complex Shaklee merupakan kumpulan vitamin B yang paling lengkap. Pengambilan vitamin B Complex amat sesuai kerana mengandungi 8 jenis vitamin B termasuk vitamin B12 yang khusus untuk fungsi saraf dan memperbaiki peredaran darah di dalam tubuh. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi dengan baik.

Ostematrix

- Membantu proses pengecutan pada otot dan saraf supaya darah dapat berjalan dengan lebih lancar. Ia juga turut membantu penyerapan kalsium ke dalam badan dan memperkuatkan tulang . Selain menjaga kekuatan tulang, ia juga dapat membantu mengelakkan masalah kejang dan kebas terutamanya ketika hamil.

Pengambilan Ostematrix sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan otot, sakit sendi dan artritis.



Jom tonton video ini , dan ketahui rahsia bagaimana Puan Lydzar mengatasi masalah ini .



Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Di harap sedikit sebanyak info dalam artikel ini dapat membantu anda.

Apa-apa pun pastikan anda mendapat nasihat dan pengesahan dari doctor anda risau kebas tangan anda kemungkinan membawa kepada penyakit yang lebih serius.


Jika anda ada apa-apa pertanyaan atau berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 3645895


www.wasap.my/60123645895

ATAU


Anda terus boleh order online melalui website Shaklee


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c229acc455bc0c2176f02370a3dee032


Shaklee ID : 1246697
Kasmaliza Othman
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.

Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697




Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit

No comments:

Post a Comment