Tips Atasi Senggugut Ketika Haid

Apabila bercerita pasal senggugut atau period pain ramai yang mempunyai pengalaman mereka tersendiri.Sama seperti saya juga pernah melalui kesengsaraan senggugut...sakit ke senggugut ni..sakit dik oi...mcm rasa kontraksi nak bersalin tu tau...So harini saya akan kongsikan Tips Atasi Senggugut Ketika Haid.





Apa itu senggugut?


Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis sewaktu datang haid.Pelvis pula adalah tempat di mana organ seperti rahim, ovari (kilang telur), saluran falopio dan pundi kencing berada.

Senggugut kerap berlaku kepada golongan wanita semasa usia remaja dan awal 20an. Ia juga boleh berlaku pada mereka yang baru sahaja mengalami haid pertama. Namun masih ada golongan 30an yang mengalami senggugut.


Bagaimana senggugut terjadi?


Gambaran macam inilah rasa sakit senggugut
Gambaran macam inilah rasa sakit senggugut


Senggugut sering terjadi di sebabkan pengecutan di bahagian uterus atau otot rahim. Jika pengecutan terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan.

Akibatnya, bekalan oksigen ke rahim terputus. Kerana kekurangan oksigen, otot rahim memberi kesakitan dan kesan kekejangan.

Jenis-jenis senggugut


Senggugut terbahagi kepada dua :-

Senggugut primer


Disebabkan pengecutan organ rahim yang berlebihan, dan dikawal oleh bahan bernama prostagladin.

Senggugut sekunder

Disebabkan oleh struktur organ pembiakan yang tak normal seperti penyakit fibroid dan endometriosis.


Tanda-Tanda Senggugut


Kebiasaannya senggugut teruk berlaku akan dituruti bersama dengan beberapa gejala-gejala seperti mengalami:

- Rasa loya dan muntah-muntah
- Sakit kepala yang berdenyut-denyut
- Masalah penghadaman seperti sembelit, cirit birit, pedih ulu hati atau senak perut.
- Pitam atau pengsan
- Kehadiran sindrom premenstruasi (PMS) seperti ketegangan dan sakit pada payudara, bengkak abdomen, gangguan emosi atau mudah rasa marah atau cepat melenting.
- Sakit yang berterusan selepas 24 jam pertama haid dan sakit berkurang selepas 2 atau 3 hari berikutnya.



Petua Atasi Senggugut



Pemakanan





Perbanyakkan – Buah-buahan, sayur-sayuran, dan makanan yang berserat tinggi. Jika teringin makan coklat, coklat gelap yang kurang manis adalah pilihan terbaik.
Snek seperti buah-buahan kering dan kekacang seperti almond dan cashew nut juga amat sesuai kerana ia berprotein tinggi

Elakkan – Makanan berproses dan berminyak, gula dan garam berlebihan, minuman berkafein, snek yang tidak berkhasiat.



Bertuam atau heating pad






Ini cara yang agak berkesan untuk membantu mengurangkan sakit senggugut. Dengan tuaman panas, otot-otot yang sedang mengecut dengan keterlaluan akan menjadi lebih relaks.


Minum Air




Minum air suam bersama beberapa campuran herba. Antara herba yang sering digunakan adalah seperti halia, biji pinang tua, rumput jarum emas, rumput cengkih padangdan pudina.

Cara-cara:-

Untuk halia masukkan bahan ke dalam segelas air suam.
Untuk biji pinang tua, anda perlu membakar dan menumbuk ia sebelum dimasukkan dalam air suam. Untuk rumput jarum emas dan rumput cengkih padang pula perlu direbus terlebih dahulu. Minum air rebusan.


Bagaimana Cara Wanita Ini Mengatasi Rasa Sakit Senggugut Seperti Nak Patah Pinggang?

 

Tips Atasi Senggugut Ketika Haid Dengan Shaklee


Supplemen ini dapat  membantu mengurangkan rasa sakit senggugut dan yang paling penting dapat memastikan tubuh menerima nutrisi yang secukupnya untuk membantu mengatasi senggugut.



GLA Complex




Wanita yang mengalami senggugut tidak dapat menukarkan asid lenolenik dengan baik untuk menjadi GLA (asid linolenik gama). Pengambilan GLA tambahan dapat mengurangkan simpton senggugut.

GLA  digunakan oleh wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – iaitu sejenis bahan berupa hormon yang berkesan membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. GLA Complex Shaklee juga mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel


Ostematrix 
(Kalsium, Magnesium & Vitamin D)




Paras kalsium menurun ketika haid dan ini menyebabkan kekejangan pada otot rahim dan perut. Pengambilan ostematrix menaikan paras kalsium.

Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu bagi mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang,

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.


B Complex





Mengandungi kesemua jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk menangani senggugut serta mengurangkan stress dan rasa sakit senggugut.




Jangan ambil ringan atau mudah apabila anda mengalami senggugut. Kadangkala, kesakitan atau kekejangan yang berlaku secara serius adalah petanda bagi beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan rahim seperti endometriosis dan fibroid (cyst).Dapatkan kepastian daripada doktor sekiranya anda kerap mengalami senggugut pada setiap bulan.







Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895


www.wasap.my/60123645895



ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=46f7269d07490bb7bb9937f5a0647913



Shaklee ID : 1246697
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin



Daftar Ahli Satu Kelebihan



Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah














Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment: