Tips Berhenti Merokok Dengan Semulajadi

Merokok sangat sinonim dengan orang di sekeliling kita kan? Seandainya keluarga kita tiada yang merokok pastinya kawan-kawan atau saudara mara kita ada yang merokok. Lagi-lagi bila kite makan di luar sudah tentu asap rokok seolah2 bebas di hembus di udara tanpa rasa bersalah.




Tabiat merokok seolah-olah menjadi perkara wajib bagi individu tersebut. Berhenti merokok pastinya bukanlah perkara yang mudah untuk di lakukan, tapi yang pasti ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Golongan ini kebiasaannya akan melakukan pelbagai ikhtiar untuk berhenti merokok namun, gagal atau terkandas di pertengahan jalan.Harini saya akan kongsikan Tips Berhenti Merokok Dengan Semulajadi di harap boleh dijadikan panduan bagi individu yang bertekad untuk berhenti merokok.


Kenapa Sukar Berhenti Merokok?





Sebenarnya ramai dan umum mengetahui bahawa merokok membahayakan diri dan boleh menjejaskan kesihatan. Merokok akan merosakkan paru-paru, mengganggu tidur ,kesihatan mental seseorang, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain, sehinggalah anda meninggalkan tabiat tidak sihat tersebut.


Nikotin dalam rokok akan menyebabkan ketagihan yang teruk, ia mudah meresap ke dalam saluran darah apabila anda merokok.

Apabila ia memasuki saluran darah, nikotin merangsang saraf keseronokan di dalam otak. Perasaan seronok yang timbul akibat dari rangsangan nikotin akan hilang dengan cepat, lantas merangsang perokok untuk mengambil satu lagi dos nikotin. Erm...patutlah kadang-kadang kita boleh lihat
sesetengah perokok boleh menghabiskan sekotak rokok ketika bersembang-sembang dengan rakan di kedai makan.

Apakah kandungan rokok?








Tahukah anda bahawa setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut.

Di antara kandungan rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi.

Racun yang paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.


Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin seperti heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah.

Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.





Bahaya Merokok







Sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia meninggal dunia akibat penyakit berkaitan rokok setiap tahun, seperti kanser paru-paru, 13 jenis kanser lain, penyakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Jumlah yang agak besar kan?


Antara kesan dan bahaya merokok adalah seperti :-

Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk

Kandungan Nikotin dalam rokok menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin boleh mengakibatkan mati pucuk. Selain itu kualiti sperma juga akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

    Asap Rokok Mengancam Orang Lain

    Isu ni kadang-kadang hanya di pandang enteng oleh perokok. Sedarkah anda bahawa perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Ini akan mengundang masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. So adilkah bagi kami golongan yang tidak merokok, kemungkinan juga dari kalangan ibu mengandung atau golongan kanak-kanak menanggung risiko yang disebabkan oleh anda?


    Risiko  Mendapat Strok

    Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).Apakata anda bertekad untuk kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok. Fikirkanlah keluarga anda sekiranya anda sekiranya mereka hilang tempat bergantung


      Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

      Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Sebaiknya janganlah kita 'menjemput' penyakit ini. Antara kanser lain adalah  seperti :-

      Kanser mulut
      Kanser pundi kencing

      Kanser perut
      Kanser usus dan rahim
      Kanser esofagus
      Kanser tekak
      Kanser pankreas

      Kanser payudara

        Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

        Sebanyak 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan factor  utama bagi penyakit merbahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.


        Menyebabkan penyakit COPD (sekatan pulmonari kronik)


        Asap rokok, samaada daripada pengunaan tembakau atau daripada orang merokok, adalah penyebab utama sekatan pulmonari kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru progresif yang membuatkan seseorang sukar bernafas.

        COPD menjejaskan kesihatan 210 juta orang di seluruh dunia dan dijangka menjadi punca keempat kematian di dunia menjelang 2030.






        Ikuti kisah En Uzir yang merokok sejak dari remaja berjaya berhenti merokok.


        TESTIMONI






        Tips Berhenti Merokok Dengan Semulajadi Dengan Shaklee




        Saya yakin anda sudah tentu telah mencuba pelbagai produk atau cara sebagai ikhtiar untuk berhenti merokok kan? Jangan risau, tidak salah anda mencuba . Jangan putus asa, jika anda tekad untuk berhenti merokok demi menjaga kesihatan anda patut cuba rangkaian produk dari Shaklee





        VIVIX






        Vivix adalah sejenis antioksidan yang kuat, bertindak dengan cara melindungi dan membaikpulih semula struktur DNA seseorang termasuk perokok.

        Kebanyakan rangsangan sel telah lumpuh akibat kesan kehadiran agen pencemar nikotin di dalam tubuh termasuk rongga mulut, lidah, hidung, paru-paru dan jantung.

        Bagi memulihkan keadaan ini, sel-sel yang baru dan lebih sihat akan dihasilkan. Sel-sel yang rosak dan termutasi akibat nikotin akan diperbaiki dan dipulihkan kembali fungsinya dengan izin.

        Para ilmuwan dari University of Rochester mencuba untuk mengetahui potensi antioksidan dalam memperbaiki stres oksidatif atau kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Peneliti menyatakan dengan memperbaiki kerosakan akibat nikotin, tubuh akan lebih sihat dan dapat melawan efek kecanduan nikotin






        Sampai bila anda harus ego merosakkan badan sendiri dengan merokok. Sedarkah anda, anda menyedut beribu toksin ke dalam badan. Kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan RM500 - RM600 atau lebih semata untuk bajet rokok. Wah jumlah tu sangat besar. Bayangkan apa yang anda boleh buat dengan duit itu jika anda STOP merokok.



        Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895



        www.wasap.my/60123645895


        ATAU

        Anda terus boleh order online melalui website Shaklee

        https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=54ba05ed452c29d13ed7d2a752e2c32f



        Shaklee ID : 1246697
        FB : Kasmaliza Othman
        IG : LoveMrVitamin



        Daftar Ahli Satu Kelebihan



        Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


        Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah



        http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1246697


        Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

        1 comment: