Tips Berpantang Selepas Keguguran

Anda begitu gembira apabila di sahkan hamil. Namun kandungan yang di kandung mengalami keguguran siaplah yang tak bersedih kan. Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan.




Begitu juga dengan saya , saya mengalami keguguran ketika kandungan berusia 12 minggu, mungkin masih di peringkat awal namun pengalaman pertama apabila rahim di cuci (D&C) agak mengerikan bagi saya . Apakan daya kita sebagai manusia untuk melawan takdir Allah kan. Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang Selepas Keguguran .


Punca Keguguran

Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu.





Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Manakala, rahim yang tak kuat disebabkan lapisan endometrium yang nipis dan tidak stabil, disebabkan hormon yang tak seimbang




Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

1) Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
2) Ovum yang matang
3) Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran bukanlah berpunca dari sebelah pihak sahaja.


Kenapa Mesti Berpantang?


Proses D&C


Penting ke berpantang selepas keguguran ni? Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun..Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran.

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

Tempoh Berpantang Selepas Keguguran

Seandainya mengikut nasihat bidan-bidan dan petua orang lama, lebih lama berpantang tentulah lebih bagus. Jadi, mereka mengesyorkan cara berpantang keguguran adalah seperti orang bersalin, iaitu 44 hari. 

Namun begitu wanita-wanita adalah  bekerjaya di zaman ini, agak mustahil untuk berpantang seperti mana orang bersalin berpantang.Lebih-lebih lagi MC yang di keluarkan oleh pihak hospital hanyalah 2 minggu .

Jadi bagi wanita berkerja ambillah peluang ini untuk berpantang selama 2 minggu selepas disahkan keguguran, sama seperti tempoh cuti MC yang dikeluarkan oleh pihak hospital.

Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu -
tempoh berpantang  30 hari

Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan - tempoh berpantangnya 40 hari

Kandungan lebih dari 6 bulan - tempoh berpantangnya 44 hari



Tips Berpantang

Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi


Pemakanan





Cara berpantang keguguran dalam hal pemakanan sama juga seperti pantang larang ibu bersalin. Cara saya cukuplah nasi putih, ikan selar di lumur kunyit dan sup sayur sawi (saya suka hiriskan halia halus & letakkan sekali serbuk lada hitam kedalam sup tersebut .




Segala jenis ikan yang berbisa seperti terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin perlu dielakkan.





Ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.


Penjagaan Rahim


Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage).

Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.


Hamil Semula


Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3bulan pertama selepas keguguran.


Berbengkung
Di samping berbengkung , anda  juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.


Aktiviti Harian

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.


Hadkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

Tips Berpantang Selepas Keguguran Dengan Shaklee


Vivix




- Melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik secara tak langsung mengurangkan sel penuaan
- Mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
- Melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia.
- Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE. Penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel.
- Membantu meningkatkan tenaga dalam sel. Tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. Mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh.
- Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol. - Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan


Sustained Release Vitamin C




- Membantu penyerapan vitamin lain dengan baik, di mana vita c membantu pembentukkan kolagen.
- Mengandungi elemen penyembuhan membantu mempercepatkan penyembuhan kesan luka dalaman
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
- Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan


ESP - Soya Protein





- ESP ialah Susu Soya Protein berkualiti tinggi
- Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
- Mencantikkan kulit.
- Memejalkan otot.
- Membantu dalam penurunan berat badan.
- Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.


B complex




- Menukar makanan kepada tenaga, vitamin ini bagus untuk mengelakkan ibu dalam keadaan stress
- Melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan bertujuan untuk
- Mengelakkan dari gangguan emosi
- Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
- Membantu menstabilkan hormon badan kita

Omegaguard



- Omega guard kaya dengan omega 3 & sangat bagus untuk wanita keguguran
- Omega 3 akan menguatkan badan wanita & mengurangkan risiko keguguran berulang kembali
- Membantu penyembuhan luka dalaman kerana ia bertindak sebagai anti radang

VitaLea (Multivitamin)






- Multivitamin yang melengkapkan nutrisi ibu ketika berpantang
- Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran.
- Memberi tenaga.
- Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


Ostematrix (Kalsium)




- Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran.
- Membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.
- Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
- Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.




TESTIMONI


Saya sendiri keguguran pada usia kandungan 12 minggu. Janin tidak membesar dan kantungnya berusia 9minggu . Untuk pertama kalinya saya terpaksa menjalani prosidur tersebut. Walapun di bius separuh badan , namun kadang-kadang ada rasa sedikut ngilu.

Selepas sahaja prosidur di jalankan perkara pertama yang saya makan adalah VIVIX. Selepas 6jam saya berusaha bangun kerana ubat bius masih ada dan Alhamdulillah saya Berjaya ke bilik air sendiri. Masa tu baru saya terpikir seksanya kalo bersalin secara pembedahan.

Pada hari ke 3, setelah konsisten consume full set gugur dan seterusnya saya sudah berasa sihat dan bertenaga.





Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895

www.wasap.my/60123645895

ATAU

Anda terus boleh order online melalui website Shaklee

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c265abceb78e1e764103df8bf1e05388


Shaklee ID : 1246697
FB : Kasmaliza Othman
IG : LoveMrVitamin


Daftar Ahli Satu Kelebihan


Dapatkan produk SHAKLEE berserta diskaun 15-20% yang lebih menjimatkan dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang.


Anda juga boleh mendaftar secara terus dengan SHAKLEE di icon di bawah






Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment