Pasangan yang telah berkahwin pastinya menginginkan cahaya mata sendiri kan? Kebiasaan yang berlaku di kalangan masyarakat kita sering menuding jari kepada kaum isteri yang sentiasa mangsa penyebab kegagalan hamil. Tahukah anda sperma yang kurang berkualiti juga akan menyebabkan si isteri sukar untuk hamil.
Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 hingga 50 peratus kes disebabkan suami, 40 peratus lagi disebabkan isteri, manakala 10 hingga 20 peratus lagi adalah kombinasi suami dan isteri. STOP!!BERHENTI!!..menyalahkan diri masing-masing jom baca Tips Tingkatkan Kualiti Sperma Dengan Berkesan.
Apa itu SPERMA?
Sel sperma yang bergerak disebut spermatozoa sedangkan yang tidak bergerak disebut spermatium.
Sel sperma manusia dibawa oleh cairan yang dikenal sebagai semen (air mani). Secara umum, istilah sperma ini di kenali sebagai ‘air mani’.
Sperma mengandungi lemak, kalori dan kolesterol.Setiap lelaki memiliki 150 juta hingga 200 juta sperma. Setiap lelaki menghasilkan sperma sehingga berusia 60 hingga 65 tahun.
Sperma baru dihasilkan apabila dikeluarkan dari tubuh.Sperma mampu bertahan tiga hingga lima hari di dalam tubuh wanita selepas hubungan intim.
Sperma baru dihasilkan apabila dikeluarkan dari tubuh.Sperma mampu bertahan tiga hingga lima hari di dalam tubuh wanita selepas hubungan intim.
Punca Sperma Tidak Berkualiti Mempengaruhi Kesuburan
Tahap kesuburan lelaki di seluruh dunia termasuk di negara ini didapati semakin menurun berdasarkan jumlah sperma yang dihasilkan semakin berkurangan berbanding dua dekad lalu.
Ketidaksuburan dikaitkan dengan penghasilan sperma tidak berkualiti dari segi kuantiti, pergerakan dan bentuk. Bagaimanapun, ada segelintir lelaki dilahirkan dengan buah zakar yang tidak dapat menghasilkan sperma sama sekali atau sperma dihasilkan sangat sedikit.
Di antara punca sperma tidak berkualiti adalah seperti:-
1) Mengamalkan seks tidak sihat - ini akan menggalakkan jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia (disebabkan serangan sejenis bakteria) dan gonorea (kencing nanah) .Penghasilan sperma juga boleh terjejas akibat jangkitan pada zakar oleh kuman tersebut.
2) Bahan radioaktif - terdedah kepada bahan radioaktif atau kimia atau haba tinggi di tempat kerja, mengalami kecederaan di bahagian kemaluan akibat kemalangan atau bersukan .
3) Ketat - Pakaian dalam dan luaran yang ketat boleh menyebabkan testis panas dan mengurangkan jumlah sperma.
4) Pemakanan - Pemakanan yang tidak sihat atau tidak seimbang . Seharusnya makan diet yang sihat. Pilih buah dan sayuran yang kaya antioksidan. Amalan gaya hidup tidak sihat dan pengambilan makanan tidak seimbang serta berlebihan juga menyumbang kepada ketidaksuburan membabitkan lelaki.
6) Berat Badan Berlebihan - Bagi lelaki yang obesiti, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang.
7) Suhu Yang Terlalu Panas - Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama sebenarnya tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma .
8) Struktur sperma tidak sihat - Rupa bentuk sperma kurang sihat dan sempurna menyebabkan pergerakan sperma dalam saluran persenyawaan isteri terganggu .
9) Tekanan perasaan - stress akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan
Pemakanan Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga sangat berguna untuk alat reproduksi lelaki
Antara Pemakanan Untuk Meningkatkan Kesuburan Lelaki adalah :-
Buah Delima
Buah Delima mengandungi bahan antioksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Ia juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
Pisang
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah.
Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh. Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Ia juga mampu untuk memelihara sistem reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
Sayuran dan buahan berwarna oren
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan berwarna oren seperti labu dan lobak merah adalah anti-oksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan.
Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.
Tips Tingkatkan Kualiti Sperma Dengan Berkesan
Vitamin E dan Selenium
Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.
Meningkatkan kesihatan dan mortaliti sperma lelaki. Kajian menunjukkan kekurangan Vitamin E menyebabkan ketidaksuburan.Selenium diperlukan untuk menghasilkan sperma.
Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah
VITALEA
Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan hampir kesemua nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh. Ia sebagai elemen yang memenuhi ruang-ruang kosong dalam badan dengan nutrien yang tidak kita perolehi dalam diet harian.
Nutrien yang cukup diterima oleh sel-sel tubuh membolehkan segala fungsi tubuh dapat dilaksanakan dengan cekap.
Jika anda berminat untuk order boleh whats app saya LIZA 012 364 5895
ATAU
Anda terus boleh order online melalui website Shaklee
No comments:
Post a Comment